Showing posts with label Artis Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Artis Malaysia. Show all posts

Wednesday, March 28, 2012

Tiz Zaqyah boleh menyanyi rupanya...

Assalamualaikum wbt...

Korang-korang sekalian, Mulan cam tak percaya jer suara Tiz Zaqyah ini memang sedap dan lunak gitu... Ala-ala gemersik gitu... Tak caya cuba dengar... That`s why dia nyanyi untuk Filem Nur Kasih dulu kan...


ni masa Tiz nyanyi dengan fans dia... Dia boleh tarik kot lagu tu...



ni Tiz nyanyikan lagu untuk Remy Ishak di konti Hotfm... katanya....


lagu Nur Kasih - Tiz Zaqyah dan Yassin





Monday, March 26, 2012

Rumah Mawi Dirompak

Assalamualaikum wbt...

cantik rumah Mawi..

pencuri masuk melalui tingkap


KAJANG: Juara Akademi Fantasia ke-3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi hanya memikirkan keselamatan bayinya, Cahaya Malaika yang berusia sebulan sebaik dikejutkan perompak yang mengacukan parang ke mukanya.
Dia yang baru melelapkan mata sebaik tiba di kediamannya di Bangi Golf Resort, di sini, pada jam 2 pagi semalam selepas menyertai Konsert Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 di Pasir Gudang, Johor, bimbang empat lelaki bersenjatakan parang itu mencederakan anak sulungnya itu.
Bagaimanapun, Mawi berkata, dia bersyukur apabila melihat perompak terbabit tidak mengapa-apakan anaknya yang tidur nyenyak.

Menceritakan detik cemas itu, Mawi, 31, berkata, empat lelaki warga asing terbabit dipercayai memecah masuk banglonya melalui tingkap tepi yang tidak mempunyai gril selain menggunakan tangga untuk memanjat pagar.


sumber : harian metro










Video Scha Al Yahya Dilamar

Assalamualaikum wbt...

Seriously romantic betul Awal Ashari bila propose Scha dalam rancangan Propaganza... N surprisingly Mulan nangis jugak bila tengok Video ini... How I wish I can have this romance scene too...



p/s ; sesungguhnya Scha ni memang cute... I loike...

Wednesday, January 4, 2012

Bila Zizan Raja Lawak + Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum wbt...

Jom tengok apa kata Ustaz Azhar Idrus bila bertemu Zizan Raja Lawak... Ustaz Azhar main gitar jangan tak tau you!...





Tuesday, December 27, 2011

Khairul Fahmi Che Mat yang sangat Hot "ta"

Assalamualaikum wbt....

Tak habis lagi mengenai goal keeper terhebat Malaysia, KFCM... Khairul Fahmi Che Mat... Walaupun macam-macam kontroversi melanda diri beliau tapi beliau tak cepat melatah... Mulan tertarik dengan gambar terbaru "HOT" KFCM dalam menghiasi cover majalah GLAM Lelaki pada Januari 2012.

hot tak?? Gile kentang hot... Mau cair iman Mulan kalo bergelar jantan bila diapit dengan wanita seksi....


p/s : semoga Tahun 2012 menjadi tahun yang cemerlang buat beliau dalam bidang Bola Sepak... 


Sunday, December 18, 2011

Maya Karin dan Adegan Ranjang Dalam Ombak Rindu

Assalamualaikum wbt...

Wah, tak hengat tajuk entry di atas... Kemain lagi yea.. Mulan sangat adore dengan watak Maya Karin sebagai Izzah sebab berjaya untuk melakonkannya dengan baik sekali... Jutaan peminat semua dok tunggu watak kesayangan mereka iaitu Izzah... Meh baca apa kata Maya Karin mengenai isu Alhamdulillah yang dilakonkan dalam watak Ombak Rindu nieh...


Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakon babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak berkenaan sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Memang nampak sangatlah tak sesuai penggunaan perkataan Alhamdulillah di atas sana kan? Namun sebenarnya Maya Karin tak guna pun perkataan tersebut. Itu semuanya ditulis salah oleh wartawan-wartawan yang menemuramahnya. Kata Maya Karin:-

Saya tahu tempat mana nak cakap (Alhamdulillah). Saya cuma cakap gementar… saya terkejut… yang saya ingin lakukan itu (adegan ranjang) pun tak cakap. Saya tak perlu diperbesarkan (isu ini)… dah disalah tulis… ada juga title (tajuk) lain yang saya tak sebut langsung.

p/s : Apa pun thumbs up pada semua yang menjayakan filem Ombak Rindu nieh... Yang penting haku nangis... sob sob...

kredit beautifulnara.

Adlin Umum Perang Dengan Chef Wan Sebab Tersingkir Maharaja Lawak

Assalamualaikum wbt...

Berita gempar bila Adlin nak isytihar perang pada Chef Wan gara-gara komen Chef Wan yang menyebabkan dia tersingkir... Aduhhh, lek lek... Cool... Jom baca apa komen Chef Wan yang menyebabkan Adlin naik hangin... Bagi Mulan kita jangan cari pasal dengan orang... Kita betulkan diri kita dulu baru boleh nak menegur salah orang... But as a pengkritik mungkin Chef Wan ada hak untuk menyuarakan pendapat dia tapi tak usahlah sampai buat status yang menjatuhkan maruah orang.... Kan... Ada yang terasa who knows kan???,,,


dan yang ini dari Adlin Aman Ramli...


Thursday, December 15, 2011

Suhaila Masih Ketagih Judi Dan Rokok – Jimmy Shanley

Assalamualaikum wbt...

Wah, tak habis lagi pasal artis nieh... Sedihnya Mulan dengar bila ada segolongan artis yang terikut-ikut dengan budaya Barat... Nak tau, jom cekidaut....

Sebelum bernikah, dia berjanji untuk meninggalkan tabiat buruk itu dan melayan saya 24 jam. Oleh sebab itulah saya bersetuju untuk berkahwin. Bagaimanapun, ia tidak berubah selepas kami berkahwin kerana Nursuhaila masih berjudi hinggakan layanan terhadap saya terhad. Dia juga enggan berada di rumah saya yang tiada talian Internet tanpa wayar. Saya juga bertanya penting ke layan FB dan BBM rakan-rakan, lalu dia menjawab lebih penting layan kawan daripada suami...


p/s : kalo Mulan opkos layan suami lagi best dowh....






kredit to beatifulnara

Monday, November 28, 2011

Ogy Ahmad Daud Akan Saman Johan Raja Lawak Kerana Menghinanya

Assalamualaikum wbt...



Episod ini berlaku semasa Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Ahad lalu. Idea pihak Astro menggabungkan Fauziah Ahmad Daud, 49, dengan Johan Raja Lawak sebagai hos mungkin dianggap boleh memberikan kelainan. Iyalah, gandingan baru dan lama siapa yang tak mahu lihat, pentas boleh jadi riuh rendah dibuatnya.

Namun, siapa sangka sebenarnya berlaku konflik senyap yang mungkin tidak disedari oleh kebanyakan penonton. Kekecewaan diluahkan oleh Fauziah atau Ogy ini mengenai sikap Johan terhadapnya sepanjang mengemudi majlis yang disaksikan hampir satu juta penonton itu.

Dakwa Ogy, Johan telah mengaibkannya di hadapan para penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung.

“Hampir satu juta penonton dapat saksikan bagaimana Johan memperlekehkan, mengaibkan dan mempersendakan saya di pentas FFM. Ini bukan gelanggang Raja Lawak. Di depan tetamu kenamaanteri pula tu.

“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.

“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” katanya.

Menurut Ogy, sepanjang majlis, dia hanya mampu beristighfar di dalam hati walau sedih dengan sikap Johan yang dianggap keterlaluan. Bagi Ogy, dia harus bersikap profesional kerana mahu tidak mahu, majlis perlu diteruskan dengan baik.

“Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar. Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya.

“Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya. Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya. Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali,” kesalnya.

Mana IQ?

Bercerita lanjut, menurut Ogy, dia juga kesal kerana sebagai seorang yang berpengalaman dalam industri terutama dalam bidang pengacaraan, dia melihat ramai ‘budak baru’ tidak pandai menghormati golongan senior.

Kata Ogy, ini bukan soal sensitiviti hanya kerana dia merupakan seorang wanita yang berusia. Tetapi sudah banyak contoh di depan mata yang menyaksikan bagaimana pendatang baru dalam industri tidak bijak menyampaikan jenaka. Malah, kata Ogy, ada yang tidak faham antara lawak bodoh dengan lawak yang punya IQ.

“Buat lawak tak perlu menghina orang. Lawak yang punya IQ dan isi, yang tak menghina atau mengutuk orang pun akan jadi satu jenaka yang boleh menghiburkan penonton.

“Lihat contoh, Harith Iskandar atau Afdlin Shauki. Mereka tak ada pun nak hina-hina orang untuk membuatkan orang ketawa. Mengapa Johan perlu buat begitu? Mengenakan saya di pentas dan menggunakan perkataan yang tidak sesuai, apa dia ingat saya ni adik diakah?” katanya.

Menurut pengarah dan penerbit ini lagi, kebanyakan jenaka yang dibuat oleh Johan juga tidak berlandaskan skrip yang disediakan oleh pihak Astro.

“Saya tahu dia berbakat untuk buat lawak tetapi cara dia melampau. Sudahlah masa latihan sebelum majlis berlangsung dia datang lewat.


“Kami diminta datang pukul 3 petang, dia sampai pukul 6 petang. Macam mana tu? Tiga jam saya menunggu, tetapi dia langsung tidak minta maaf pada saya.

“Pembantu peribadi dia yang malu dan berkali-kali minta maaf dari saya. Mana budi bahasa? Tetapi saya sedikit pun tidak bising pada dia. Kalau dia nak jawab, jawablah pada Astro, ” katanya.

Menyifatkan isu ini sebagai sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh, kata Ogy, dia nekad untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Johan.

Menurut Ogy, biar sekalipun Johan tampil memohon maaf ke atas dirinya selepas ini, namun dia tetap akan berkeras untuk menyaman pelawak tersebut.

“Saya berpegang pada hak asasi manusia. Tidak kira siapa pun, kalau mereka telah memperlekehkan maruah diri dan ibu bapa saya, saya tidak akan bertolak-ansur. Biar dia datang minta maaf sekali pun, saya tidak akan layan. Sebab seseorang harus bangkit memberi pengajaran kepada budak baru seperti dia yang tak tahu apa makna menghormati.

“Bukan saya datang cari Astro untuk minta jadi pengacara malam itu, tetapi Astro yang datang cari perempuan buruk ini untuk menjayakan majlis. Tapi saya datang bukan untuk diperlekeh-lekeh begitu,” ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Ogy, dia dan peguamnya kini sedang menguruskan proses lanjut untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah.

“Saya akan bangkit mewakili mana-mana artis senior yang rasa diri mereka diperlekehkan orang baru.

“Jangan main-main dengan Fauziah Ahmad Daud. Saya tidak akan lepaskan budak ini!” katanya lagi dalam nada cukup tegas.

sumber : utusan malaysia

Sunday, September 25, 2011

Memey dan Norman Hakim di Hari Bahagia

Assalamualaikum...

Wah, dah selamat dah persandingan Memey dan Norman Hakim... Begitu... Jom layankan gambar mereka... Mulan doakan semoga berbahagia dengan pelayaran baru ini... Jangan sampai pisang berbuah pat ploh kali...








credit to beautifulnara.com



Friday, September 23, 2011

Thursday, September 22, 2011

Apex terus berkata-kata cinta

Assalamualaikum wbt...

Taknak cakap aper... Lihat ajer picture key... The picture can say... What a man likes!!!


Tuesday, September 20, 2011

KFCM Tweet For Her Girl

Assalamualaikum wbt...

Siapakah gadis itew??? Tetttt... Tekalah sendiri... 

Credit to beautifulnara.com

Fida Kantoi

Assalamualaikum...

Today Mulan would call my page as a Gossip Day... I`m explore to celebrity world and found all this kind of story... Huhu... A people out there can judge how our celebrity is... Right???


Fida dari program Gadis Melayu

Monday, September 19, 2011

Tahniah Eira Syaziera n Azad Jasmin

Assamualaikum wbt...

jom layan kan jer gambar-gambar hari resepsi mereka... Cantik sangat Eira...











Zizan Raja Lawak Minta Maaf

Assalamualaikum wbt...

Isu Zizan Raja Lawak.. Bacalah kalu nak tahu... Pada pendapat Mulan perkara ni harus diambil iktibar oleh semua artis...


Babak yang dikatakan menghina Rasulullah:

Tuesday, August 16, 2011

Betullah Mereka Bercinta

Assalamualaikum....


Rasanya umum dah tahu pasal hubungan Yusry dan Lisa Surihani... Mereka juga tidak sembunyikan perasaan hati mereka kepada masyarakat... Since, they not hiding from the reporter to "korek" the cerita and fulfill the photography session... Wah, camni lah kan... Dua-dua sama padan... Sama cantik dan cerdik... 


Ini kata dari Yusry 


"Memang kami berkawan lebih daripada biasa, tetapi saya tidak mahu kami digelar pasangan kekasih kerana perhubungan kami adalah matang. Kalau sebut kekasih, saya rasa seperti cinta monyet atau zaman muda-muda dulu yang pernah saya alami. Lainlah kalau sudah bertunang atau berkahwin.
"Apa yang boleh saya cakapkan, saya serius dengan hubungan ini dan kami bercinta cara orang dewasa, bukan lagi seperti orang yang ingin mencuba nasib dalam perhubungan. 
Kami memang serius."
"Status hubungan itu tidak perlulah nak jelaskan, harap berikan kami ruang sebelum kami boleh berikan jawapan yang konkrit. Sebenarnya bila saya disoal mengenai Yusry sebelum ini, bukan saya tidak mahu menjawab tetapi tidak manis untuk seorang perempuan yang mula bercakap mengenai hubungan, biarlah lelaki yang memulakannya dulu," ujar Lisa.

"Sebelum saya keluarkan kenyataan, kami berbincang terlebih dahulu dan apa sahaja yang saya katakan sebelum ini hasil perbincangan saya dengannya," kata Yusry.

“Kami berdua umpama hidup di bawah mikroskop, ke mana sahaja kami pergi dan lakukan, akan menjadi bahan perhatian bualan, kami terima kerana itu jalan hidup yang kami pilih. Sebagai manusia saya sendiri tidak tahu sejauh mana, hubungan kami boleh pergi.

“Kami dalam proses mengenal hati budi, tetapi orang sudah bertanya bila nak bertunang dan berkahwin. Mana saya boleh jawab kerana saya sendiri tidak pasti sejauh mana hubungan kami boleh pergi.
“Saya pun tidak mahu bercakap lebih-lebih kerana biasanya tiga bulan pertama dalam hubungan semuanya indah-indah belaka, jika hubungan kami tidak menjadi, yang jadi mangsanya adalah kami berdua. Sebab itu saya perlu berjaga-jaga dengan apa yang saya perkatakan," luah Yusry lagi.

“Saya kalau boleh tidak mahu heboh-heboh, nanti orang cakap apa pula sedangkan kamu baru sahaja berkawan. Tetapi saya hormati pihak media yang bertanya, jadi saya hanya jawab yang termampu. Kami tidak mahu jadi hipokrit,” kata Lisa.

"Dia seorang yang merendah diri dan senang berbincang. Sebab itu usia bukanlah menjadi penghalang buat kami. Kami selesa menjadi diri sendiri ketika bertemu, dia tidak perlu menjadi muda untuk saya, dan saya tidak perlu berlagak seperti wanita yang lebih berusia ketika bersama dia," tutur Lisa yang kini berusia 25 tahun, manakala Yusry berusia 37 tahun.

"Ya, kami macam pasangan yang lain juga, kami suka menonton wayang dan habiskan waktu yang terluang bersama. Mula-mula dulu, ibu Lisa akan teman dia tetapi sekarang kami sudah mula keluar berdua," jawab Yusry dengan jujur.







Nota kaki : Mula doakan mereka bahagia...

sumber : kosmo


Monday, August 15, 2011

4 Hot Mama Summer

Layan gambar terbaru Natasha Hudson, Ziana Zain, Sari Yanti dan Nora Danish....



Psssttttttt.... Nabil nak Menikah

Assalamualaikum wbt... Jom baca gossipp...

Kata Nabil :
"Saya tidak mahu menunggu lama lagi. Bukan terburu-buru, tetapi saya tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas percintaan dengan Irma Hasmie selama dua tahun dulu kecundang di tengah jalan. Saya mengenai Zira sudah enam tahun, dia rapat dengan adik ipar saya. Tapi kami hanya kenal saja, tak rapat dan bercakap jauh sekali. Bagaimanapun, hubungan kami menjadi semakin akrab sejak awal tahun ini. Saya melihat kelebihan pada Zira yang tidak ditemui pada gadis lain. Saya suka sikapnya yang tidak suka menunjuk-nunjuk dan ikhlas. Keistimewaan Zira itulah membuatkan hati saya terbuka untuk melamarnya sebagai isteri."

Monday, May 9, 2011

Ameng Spring dendang Mati Hidup Semula di Penjara Kluang


KLUANG: Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, semalam sekali lagi menimbulkan kontroversi, apabila dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, akibat kesalahan mengedar dadah. 

Hukuman itu bukan saja menimbulkan kejutan kepada kedua orang tua penyanyi yang popular dengan lagu Sampai Hati dan Butakah Cinta itu malah menyebabkan orang ramai yang hadir turut tergamam apabila mahkamah menjatuhkan hukuman berkenaan.


Bagaimanapun ‘kejutan’ itu sebenarnya antara adegan dipersembahkan Ameng yang memegang watak sebagai Hairul bersama rakannya dalam sketsa dipersembahkan Kumpulan Kesenian dan Kebudayaan Penghuni Penjara Kluang sempena Program Mesej Dari Penjara: Zon Selatan, yang diadakan di sini, semalam.


Malah persembahan sketsa Ameng yang juga vokalis kumpulan Spring serta rakannya itu meruntun perasaan orang ramai selepas dia mendendangkan lagu Mati Hidup Semula yang pernah dipopularkan Jamal Abdillah ketika teater berkenaan. 

Program Mesej Dari Penjara: Zon Selatan itu program pertama yang diadakan di penjara negara ini bagi memasyarakatkan penjara serta membolehkan banduan dan pesalah diterima semula dan tidak disisihkan masyarakat apabila mereka keluar. 

Antara pengisian program yang membabitkan masyarakat setempat itu adalah persembahan teater, ceramah Mesej Dari Penjara, sesi dialog serta pameran hasil kerja tangan banduan yang dijual termasuk batik, kraftangan kayu dan kuih-muih. 
Ia dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr Robia Kosai. 



Shopping Shopping