Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Thursday, November 15, 2012

Sarapan Yang Menggembirakan

Assalamualaikum wbt....


Juadah pada pagi ini... Sangat menggembirakan tekak juga perut bolat ini....

Jom tengok berapa kalori nya...?


Telur separuh masak 2 biji - 137 kalori




83 kalori


p/s : so I manage to get 220 kalori this morning... untuk badan macam Mulan (perempuan) ialah 1600-2000 kalori sahaja...Manakala Lelaki 2000-2500 kalori... Lebih dari tu dah kira obes... So berjaga-jaga yea... 


tq singgah... ;))






Thursday, October 18, 2012

Buang Ulat Lagi!

Assalamualaikum wbt...

Kalo part 1 dulu Mulan ada cerita pasal buang ulat di muka ku kan... Lebih kurang sebulan lepas Mulan temankan adik repeat buat lagi rawatan resdung kat situ... Di mana tempatnya? Di Meru Klang... Dengan kakak-kakak yang sempoi jer so rasa comfort la... Bukan guna bomoh or whatever ilmu hitam lagi syirik di sisi agama...

Kali ni cuma buat kat muka adik jer... Kakak yang merawat tu merayu mintak adik datang lagi sekali untuk rawatan selanjutnya... Rawatan guna daun sirih pulak... Rawatan ini adalah rawatan lanjut selepas rawatan basic...

Meh tengok macam mana rawatan tu dijalankan...

adik tengah standby time nie...  


 dibacakan doa sebelum letak daun pandan...


 sesi meletak daun pandan di muka..



dalam beberapa minit ditempek daun pandan di atas muka, kakak tu picit-picit mesra pipi adik nak tengok sama ada ulat tu keluar ke belum... 




  ni time picit jerawat... kata kakak ni kita memang kena picit jerawat untuk buang nanah, 
kotoran kat muka...


this time she produced 4 ekor ulat... naik 2 ekor... dulu 1st buat 2 ekor jer... 


muka adik sekarang... dan santek dah... bebas dari jerawat...

Disebabkan permintaan dari pembaca blog ini, Mulan letakkan contact number rawatan resdung ini kat bawah ni... 

 Kak Nor :
016 391 7994

Address :
No 20, Jalan Meranti Putih 2, Tmn Desa Permai, Batu 7 1/2,
Meru, Klang, Selangor.











Monday, July 16, 2012

Buang ulat di muka ku

Assalamualaikum wbt...

Sila lihat bait-bait ayat di atas dengan jelas yea... Buang ulat di muka ku- bukan di muka buku oke...
Biar betul muka Mulan Maseirra ada ulat? EEEE... yakkksss... Ni nak citer nieh... Kat bawah ni ada video ulat-ulat yang dibuang...

Ahad lepas Mulan n makcik pergi buat rawatan resdung di Klang... Mulan bawak adik perempuan bersama sebab jerawat adik agak banyak... Mana tau boleh sembuh kan...

Makcik Mulan dah pergi buat rawatan ini sebelum ini di situ... Time tu mak nya yang buat tapi sekarang ni dia dah turunkan kepada anak perempuan, menantu dan cucunya... Masa pergi tu memang tak jumpa makcik tu pun selaku pengasas rawatan resdung nieh...

Mula-mula tu nama Mulan di panggil dan diminta duduk di atas kerusi... Then, dia ambik kain hitam dan tutupkan bahagian leher dan badan -macam kat saloon rambut tu.......Kemudian, dia ambil kain bersih dan apply di muka untuk buang bedak yang Mulan pakai masa datang tadi... Then, dia mula sapukan serbuk daun pandan ke muka... Sambil dibacakan doa... Then dalam 2 minit gitu, dia tanya ada rasa apa-apa tak di muka... Mulan dapat rasa kat muka ni seolah-olah ada benda yang bergerak... Itulah ULAT...

Then,ulat itu disapukan ke bawah bersama dengan daun pandan yang diletakkan di atas muka tadi.... Memang kita boleh nampak jelas ULAT tu bergerak-gerak babe... Dulu, Mulan Maseirra anggap ULAT atau rawatan Resdung ni adalah MITOS semata-mata... Tapi bile kena kat batang hidung sendiri baru lah haaa ko... Mau taknak percaya ko....

But seriously, tak geli pun sebab ULAT tersebut sangat kecil dan seperti cacing kerawit - cam yang selalu ada kat budak-budak kecil...  Mulan Maseirra adalah seorang yang penggeli dan akan rasa merenyam bila tengok ulat even ulat samapah-apatah lagi ulat pokok tu-beluncas or whatever... Tapi bila tengok ULAT ni rasa nothing... Tak takut n tak geli pun...



Ada ULAT kat situ... Siapa boleh cari memang tajam pandangan matanya....




This is my auntie punya rawatan resdung... So bolehla nak snap gambar...




Akak yang merawat ni pun sempoi je orangnya... Pastu, dia benarkan anak-anak/sedara/ rakan-rakan kita masuk untuk tengok...




Itu ULAT lagi...





ni video ulat-ulat kat muka my auntie... she manage to produce 4 ekor ulat...
mine 2, my sister 2, my uncle 2-3 ekor...

Tuesday, May 1, 2012

8 TUNTUTAN BERSIH

 Just for sharing....

copy from http://bm.bersih.org/?page_id=2673

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0
1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.


3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.


4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.


5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.


6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.


7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.


8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

Thursday, April 19, 2012

Proton Preve Menawan

Assalamualaikum wbt....

Woww... Mulan baru jer tengok spect Proton Preve tadi... Kat laman web jelah, bukan Proton punya booth... hehe... Tapi sumpah la memang Mulan sangat suka... Alahai... Boleh termimpi-mimpi lah malam nie Mulan dibuatnya....

Banyak la spect yang canggih yang Proton buat kali ini... I would to say that is Proton doing a big changes to their product for this era.... Apa yang buat Mulan rasa syiok sangat bile spect yang ditawarkan was great and really help and convenience for us...

Depan Proton Preve macam Honda Civic dan belakang macam Proton FLX pun ada... But never mind his buttock la... Antara yang Mulan sempat tengok tadi :


  • Paddle di stereng - so tak payah susah-susah nak tekan clutch kat kaki dah
  • 4 airbag
  • Anti trap power - tak risau terkepit tangan dah
  • Auto Rain Sensor - detect air dan terus pasang wiper
  • Auto Light Sensor - detect waktu gelap, automatik ON lampu


dan banyak lagi la... Boleh lawat sini utuk keterangan lanjut yea... http://protonpreve.com


Warna putih jadi pilihan hati I... kecik la pulak... hurmm... google la sendiri yek... 

Wednesday, March 7, 2012

Najib umum batal SBPA, penjawat awam kembali kepada SSM yang ditambah baik

Assalamualaikum wbt...

Jom baca petikan yang Mulan cedok dari Harian Metro nieh...


PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.


Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.


Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.


Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini. - BERNAMA

p/s : marah la kerani aku... hehe

Monday, March 5, 2012

Aplikasi Raja Lawak on iPhone

Assalamualaikum wbt...

Siapa suka tengok Gelanggang Raja Lawak sila angkat sedikit jari kelingking anda... Like Mulan, memang tak pernah miss tengok rancangan ini... Gila besh... Untuk yang ada Iphone, Android, Ipad atau Tablet bolehla download secara percuma aplikasi Raja Lawak ini... Taip "LAWAK" pada search n nanti akan keluar aplikasi itu... Jom tengok apa yang ada kat dalam aplikasi ini...


I Like both.



Profil



Ada Berita Terkini








p/s : Apa yang best sangat? Nak tau sila lah download yea...

Tuesday, December 27, 2011

Quran Terbesar Di Dunia

Assalamualaikum wbt...

Subhanallah, kagum Mulan melihat naskah gergasi Al-Quran... Jom cekidaut gambar seterysnya...

Terletak di Masjid Qolşärif iaitu kawasan Kazan Kremlin. Ianya adalah masjid yang terbesar di Rusia dan juga terbesar di Eropah kecuali Istanbul.


Al-Quran terbesar di dunia ini dibuat di Italy oleh syarikat ‘Reverra Ltd’ (2011). Mempunyai berat 800 kg, dan berukuran 2 meter x 1.5 meter x 25 cm. Ianya mempunyai 632 muka surat yang mana setiap satunya seberat 250 gram. Kulit luar di perbuat daripada daun emas, perak, malachiter, jasper, batu turqoise, topaz, emas dan lain-lain. Dalam bulan Mei mereka bercadang untuk memindah Al-Quran terbesar ini ke Kota Bolgar, Tartastan dimana tempat Volga Bulgaria menerima Islam dan menjadi agama rasmi pada 922 M.






Thursday, December 15, 2011

Perbezaan Kumpulan Tertinggi dan Kumpulan Pelaksana

Assalamualaikum wbt...

Kump. Premier/Tertinggi - Kenaikan Gaji 100%
Kump. Pelaksana - Kenaikan Gaji 10%

Kump. Premier/Tertinggi - tol, minyak & bil boleh claim
Kump. Pelaksana - kena bayar tol, minyak & bil

Kump. Premier/Tertinggi - kereta disediakan, parking free
Kump. Pelaksana - kereta beli sendiri, parking bayar hari2

Kump. Premier/Tertinggi - 5 tahun skali leh claim rm82k cash ganti tiket flight
Kump. Pelaksana - nak beli tiket airasia pun semput

Kump. Premier/Tertinggi - bonus separuh gaji. gaji berpuluh ribu syok la
Kump. Pelaksana - bonus minima rm500

Kump. Premier/Tertinggi - ade driver bw ke mana2
Kump. Pelaksana - disuruh naik bas sbb kurangkan jln sesak

Kump. Premier/Tertinggi - ade elaun keraian (tapi masuk poket)
Kump. Pelaksana - x de lain keraian (tapi keluar duit poket utk rai)

Kump. Premier/Tertinggi - arah keje sana sini
Kump. Pelaksana - buat keje sana sini

Kump. Premier/Tertinggi - mcm2 elaun yg x spatutnye bribu2 ringgit
Kump. Pelaksana - elaun ciput tp bila minta naik skit dah bising

Kump. Premier/Tertinggi - minoriti
Kump. Pelaksana - majoriti (undi adalah rahsia)


p/s : so nak jadi dalam golongan Kumpulan Premier/ Tertinggi kenalah pandai kipas... Belajar pun kena la tinggi jugak...






Tuesday, December 13, 2011

Gaji SBPA 2012. Pekeliling SBPA 2012 Dah Keluar Secara Rasmi

Assalamualaikum wbt...

Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Dan….antara perkongsian maklumat yang kami terima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :


1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.

Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.

Kakitangan sektor kerajaan yang gagal memperlihatkan atau mencapai prestasi perkhidmatan disasarkan selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan kerja di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA Gaji Baru 2012), yang bakal dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini 2012

Peruntukkan bagi Skim Gaji SBPA 2012 baru ini terpakai ke atas keseluruhan 1.3 juta tenaga kerja sektor awam, tidak kira peringkat dan kumpulan perkhidmatan.



2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :

  • Premier
  • Jusa
  • Pengurusan Tinggi
  • Pengurusan dan Profesional
  • Pelaksana
Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.

Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.



3) Skim SBPA Gaji Baru 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan empat kategori markah penilaian perkhidmatan iaitu :

  • Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
  • Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
  • Markah 75 % – tiada kenaikan
  • Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan



4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :

Ketua Setiausaha Negara – RM50,ooo
Premier – RM40,000
Jusa C – RM12,000
Pengurusan & Profesional – RM6,000
Pelaksana – RM3,000

Skim gaji baru 2012 SBPA ini bakal menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis yang digunakan sekarang.

P/S : Jikalau ada maklumat yang ingin dikongsikan berkenaan dengan Sistem Gaji SBPA (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam) 2012 yang baru ini, dipersilakan untuk dibincangkan bersama.



Antara intipati pelaksanaan SBPA Gaji 2012 yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:

  • Gaji SBPA 2012 : pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;
  • Gaji SBPA 2012 : pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.
  • Gaji SBPA 2012 : pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;
  • Gaji SBPA 2012 : pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan;
  • Gaji SBPA 2012 : peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;
  • Gaji SBPA 2012 : peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;
  • Gaji SBPA 2012 : pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);
  • Gaji SBPA 2012 : penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);
penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;

  • Gaji SBPA 2012 : pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;
  • Gaji SBPA 2012 : pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;
  • Gaji SBPA 2012 : perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia;
  • Gaji SBPA 2012 : pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;
  • Gaji SBPA 2012 : pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;
  • Gaji SBPA 2012 : pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;
  • Gaji SBPA 2012 : pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;
  • Gaji SBPA 2012 : penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;
  • Gaji SBPA 2012 : peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan
  • Gaji SBPA 2012 : pengekalan pegawai yang menolak gaji SBPA2012 di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)


Monday, December 12, 2011

Carian Google Yang Paling Top

Assalamualaikum wbt...

Mulan dapat dari sumber ini... Meh tengok ape yang orang-orang kita selalu cari/search from google :



Fastest rising searches
1. Facebook
2. Angry Birds
3. Maharaja Lawak
4. iPhone 5
5. Samsung Galaxy
6. iPad2
7. Jawatan kosong
8. Android
9. Tonton
10. Aishiteru
Fastest rising people
1. Bruno Mars
2. Hana Tajima
3. Cikgu Shida
4. Avril Lavigne
5. Anwar Ibrahim
6. Fatin Liyana
7. Justin Bieber
8. Rihanna
9. Ustaz Kazim
10. Hanis Zalikha
Top news stories
1. ipad 2
2. Malaysian grand prix
3. Kennedy space center
4. Kentucky derby
5. Japan nuclear crisis
6. MTV movie awards
7. Michael Jackson funeral
8. Malaysian open
9. Thailand flood
10. Malaysia budget 2012
Top image searches
1. Justin Bieber
2. Background designs
3. Fixie bike
4. Domo Kun
5. Monster energy
6. Supra shoes
7. Jules Verne
8. Smiley face
9. Kartun muslimah
10. Chelsea Olivia
Top ‘what is…’ searches
1. what is bersih
2. what is g6
3. what is ppvrip
4. what is ipad
5. what are words
6. what is jailbreak
7. what is android
8. what is lmao
9. what is hacking
10. what is information
Top TV shows
1. ANTM
2. x factor usa
3. american idol 2011
4. amazing race 18
5. tvb drama 2011
6. nagamma serial
7. supernatural
8. bones season 7
9. Al Jazeera
10. My Princess
Top international travel destinations
1. Kowloon/Hong Kong
2. Su Mei Island, Thailand
3. Phuket Island
4. Bangkok
5. Maldives
6. Disneyland Hong Kong
7. Taipei
8. Paris Disneyland
9. New York
10. Caribbean
Top blogs
1. Blog Serius
2. Beautifunara
3. Papagomo
4. Jejariruncing
5. Honeykoyuki
6. Oh Bulan
7. Kari ngeri
8. Malaymoviesfull
9. My Resipi
10. IniBelogSaya
notakaki : most of bloglist above memang jadi pujaan hati Mulan pun untuk follow... semua nieh otai-otai blogger...  yezza... 

Thursday, December 1, 2011

Buy 1 Free 1 Ticket on CINEMA

Assalamualaikum wbt...

Siapa yang nak tengok movie boleh click link ini... Maxis beri promotion pada pelanggannya sekarang... Mulan nak tengok Ombak Rindu... Meh meh booking online... Jom jom,,, jangan lambat nanti terlepas...


Click banner untuk dapat tiket FREE 1 ticket...

p/s : sangat ekonomi kot... beli 1 untuk kita dan 1 lagi untuk yang tersayang... Tak gitu...

Friday, November 25, 2011

Pengeluaran KWSP untuk Kakitangan Kerajaan Bertaraf Pencen

Assalamualaikum wbt...

Wah, gitu panjangnya title hari ini...

Since Mulan one of the pencarum KWSP yang layak membuat pengeluaran berikutan 3 tahun berkhidmat dan memilih Skim Berpencen jadi Mulan pun mula lah google pasal jumlah pengeluaran yang akan Mulan dapat... Hurmm... banyak ke?? Huhu...

Demi wang, Mulan menggagahkan (gagah ke suka?) diri ke KWSP belakang Tesco, Puchong Jumaat lepas... Parking dia best, tak sesak dan banyak tempat kosong lagi... KWSP nieh memang baru sangat pun buka... Susun atur dalaman pejabat KWSP ni pun cantik... Selesa sangat... Yang penting kakak "kaunter pertanyaan" tu manis dengan senyuman... So, Mulan double excited dan suka... hehe...

Tengahari Mulan ambik borang dan petang terus submit... Dia cuma nak salinan Kad Pengenalan, salinan Tawaran ke Jawatan Tetap, salinan Pengesahan Jawatan dan salinan Skim Taraf Berpencen.. Dan paling penting kita kena tengok dalam slip gaji kita tu dah takde lagi potongan KWSP... Means dah clear kat bahagian Potongan... (kecuali lah potongan angkasa kita tu yang super banyak kan)... Huhu...

Okey, melalui hasil pencarian google rata-rata mengatakan kita akan dapat 45% untuk caruman selepas bekerja dengan kerajaan. 55% kerajaan akan ambil... Caruman semasa kerja dengan swasta, kita akan dapat 100%.

Wah,betul ke 100? Kalau 100% memang Mulan suka sangat lah... Tak sia-sia kerja dengan Motorola n Telekom Malaysia dolu-dolu.... Tapi Motorola kot yang banyak menyumbang kepada caruman yang lumayan setiap bulan... Mana taknya dolu bujang n suka sangat buat OT... keh keh...

Abang "kaunter" yang entertain Mulan tu cakap nanti dia akan bagi surat dan proses pengeluaran ambik masa selewat-lewatnya 2 minggu... Just wait n see jelah yea...

Monday, November 14, 2011

Semakan Penyata Gaji di Jabatan Akauntan Negara ANM

Assalamualaikum wbt...

Untuk kakitangan kerajaan, sekarang kita tak lagi diberikan payslip setiap bulan... Payslip yang warna hijau itu dah jadi kenangan buat kita... Di sini, Mulan tunjukkan cara untuk melayari laman web akauntan negara untuk kita download payslip gaji setiap bulan.... Payslip ini penting untuk salinan kita... Mana tau dalam kecemasan nak buat loan atau untuk rujukan kita sendiri...




Mendaftar terlebih dahulu

  • Sebelum menggunakan aplikasi yang disediakan seharusya anda mempunyai no slip gaji. Bolehlah bertanya kepada kerani masing-masing ataupun rujuk slip gaji sebelum ini dibahagian atas sekali.
  • Bagi yang belum mendaftar perlu masuk ke http://www.anm.gov.my .
  • Cuba lihat sebelah kiri atas web tu ada tertulis e-penyata gaji & laporan ( klik Daftar masuk ).
  • Sila klik “ pertama kali mendaftar “
  • Masukkan maklumat yang diminta
  • Selesai

Login untuk semakan selepas mendaftar

  • Sekiranya selesai mendaftar ataupun yang telahpun mendaftar bolehlah terus ke cara yang disediakan ini.
  • Di halaman login sila masukkan no kad pengenalan dan kata laluan
  • Klik “ Daftar masuk “
  • Di paparan profil saya sila klik penyata gaji “ sendiri “
  • Pilih tahun dan bulan yang dikehendaki dan klik “ cari “
  • Setelah itu akan terpapar link untuk slip gaji masing-masing.
  • Klik sahaja link tersebut, ia akan muat turun/download ke komputer masing-masing.
  • Setelah selesai download masing-masing boleh bukanya dengan klik file pdf tersebut.
  • Sebelum buka pastikan komputer masing-masing mempunyai perisian adobe reader
  • Selesai, semoga berjaya.


























Wednesday, October 19, 2011

Khasiat Day Napping

Assalamualaikum wbt...







Mulan nak share ngan u all khasiat Day Napping ataupun dalam bahasa Malay nya tidur siang...

Khasiat Day Napping

Tidur sebentar pada waktu tengahari (sekadar 15-30 minit) dipercayai dapat mengembalikan tenaga dan kesegaran pada waktu petang. Memang diakui, apabila bangun sahaja daripada day napping, badan mungkin rasa agak pening dan kaku (blur),tapi sejurus selepas itu, dalam 5-20 minit kemudian, badan kita akan mengalami perubahan yang mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan juga fokus.

Untuk pengetahuan semua, badan kita mempunyai pusingan biologi yang sememangnya telah ditetapkan oleh Allah. Ia berkait rapat dengan rembesan horman dalam tubuh manusia. Apabila tibanya waktu malam, paras hormon melatonin akan meningkat dan ini menyebabkan kita berasa mengantuk. Pada waktu pagi pula, hormon kortisol pula yang memuncak. Oleh sebab itu, kita menjadi lebih bertenaga dan produktif pada waktu pagi.

Namun, pada waktu tengahari, hormon kortisol ini menurun ke paras yang terendah mengakibatkan badan kita rasa lemah, tidak bermaya dan mengantuk. Oleh itu, kita perlu tidur sekejap supaya badan kembali aktif dan dapat bekerja seperti biasa.

Ikut Sunnah

Rasulullah pernah bersabda,maksudnya, “Lakukanlah qailulah (tidur siang hari) kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan qailulah.” (Riwayat al-Tabarani).

Dalam kitab Misykat al-Masabih juga ada menyebut, “Tidur yang sedikit pada waktu siang hari(qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SAW ada melakukannya.”

Ketahuilah kita bahawa Rasulullah adalah sebaik-baik ikutan. Bahkan amalan day napping yang banyak manfaatnya ini juga sudah lama diajar oleh baginda. Subhanallah…

nota kaki : Haku kalo tidor takde nap nap dah nyer... tido mati teruih... hekhek...

Monday, October 10, 2011

Belanjawan Kerajaan 2012

Assalamualaikum wbt...

Mulan search dan google mengenai Bajet 2012 yang dilaporkan baru-baru ini...


Intipati BAJET 2012

  1. Kewujudan Dana Perusahaan Kecil Sederhana secara Patuh Shariah bernilai RM2 billion yang akan diagihkan melalui institusi kewangan Islam yang terpilih.
  2. Potongan cukai kepada sukuk terbitan wakalah, sebelum ini telah diberikan kepada sukuk mudarabah, BBA, Istisna’, murabahah, ijarah.
  3. Pengecualian cukai bagi urusniaga sukuk bukan ringgit sebagai galakan perkembangan industri kewangan Islam.
  4. Skim pembelian kereta baru jenama tempatan bagi pemilik teksi individu dengan beberapa tawaran nilai lupusan bagi jangka hayat kereta yang berbeza. Ini juga baik, bagi menggalakkan kualiti teksi sedia ada, sekaligus mengurangkan risiko pengguna dan menaikkan imej negara.
  5. Potongan dua kali belanja syarikat bagi yang menyediakan latihan internship. Langkah ini juga disokong khususnya latihan teori dan peperiksaan di universiti semata sememangnya tidak mampu menghasilkan tenaga kerja yang cekap dan mahir, justeru tawaran ini dikira mampu meningkatkan kecekapan tenaga kerja muda di Malaysia disamping menaikkan produktiviti syarikat terbabit dengan tenaga kerja yang lebih menjimatkan.
  6. Mana-mana pemberi biasiswa dari kalangan syarikat swasta akan memperolehi pengecualian cukai.
  7. Pertukaran gaji kepada sistemsatu lapis dan kenaikan gaji, iaitu pada kadarRM80 – RM320 atau opsyen skim SBPA dengan faedah kenaikan gaji pad akadar 7-13 peratus.
  8. Bonus setengah bulan kepada kakitangan awam dan bantuan RM500 kepada pesara.
  9. Dana Pengkomersialan Inovasi bagi PKS sebanyak RM 500 juta melalui pembiayaan patuh Shariah.
  10. Yuran sekolah rendah & menengah dimansukhkan.
  11. Sumbangan orang ramai kepada rumah ibadah dan sekolah swastaakan mendapat potongan cukai.
  12. Pelbagai program membangun hal asasi di luar Bandar melalui danabernilai RM5 bilion untuk jalanraya, air bersih, elektrik, tangki air, felda diperbaiki sistem pengairan dengan bajet RM400 juta lagi.
  13. Umur bersara lanjut ke 60 tahun.
  14. Jadual dan jumlah jam kerja pegawai perubatan di ubah kepada purata hanya 60 jam seminggu sahaja, ditambah dengan sistem elaun oncall pada kadar RM30 ke RM 80 semalaman.
  15. Bajet biasiswa bagi galakan penjawat awam menyambung pelajaran di peringkat BA, MA dan PhD
  16. Naik pencen 2 peratus setahun.
  17. Baiki rumah nelayan dari dana sumbangan bernilai RM 300 juta.
  18. Bantuan guaman bagi yang tertuduh tidak mampu. Bajet RM 15 juta diperuntukan.
  19. Hospital kanak-kanak dan wanita RM 700 juta.
  20. Warga emas berumur 60 ke atas dikecualikan dari caj hospital kerajaansebagai pesakit luar. Selain itu juga diberikan 50% diskaun tambang LRT dan Monorel
  21. Orang ramai boleh menggunakan RM 1300 dari wang KWSP mereka untuk mendapatkan kuota haji melalui kaedah ring-fencing.
  22. Peruntukan meningkatkan sumber makanan melalui pertanian dengan nilai 1.1 billion.
  23. Baucar buku RM 200 bagi pelajar matrikulasi, IPTA, IPTS dan tingakatan enam.
  24. Galakan sistem bina kemudian jual, diperuntukan melalui perbankan Islam bagi rumah bernilai RM 600,000 ke bawah. Ertinya, hanya apabila rumah siap, barulah pelanggan diperlukan untuk membuat bayaran bulanan.



kredit to : islam itu indah



Gaji Kakitangan Awam Yang Baru

Assalamualaikum wbt...


Wah, gaji yang baru... Mulan share dari fb... Mari kita renung-renungkan... Yang gaji tinggi semestinya lagi tinggi ganjarannya... Yang gaji rendah macam I nie rendahlah jugak ganjarannya... Whatever it is, thanks to PM, DS Najib... 

Thursday, October 6, 2011

Bajet 2012

Assalamualaikum wbt...


Kakitangan awam akan dapat 40% gaji??? Atau bonus lumayan???
Untuk para kakitangan awam sekalian... Jangan lupa saksikan berita gumbira dari Perdana Menteri kita, Dato` Sri Najib Tun Razak pukul 3 petang nanti... Eh, takkan untuk kakitangan awam je kot... Mana boleh, kata rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan... Ye dak...???


As a part of government servant Mulan rasa kebahangan pembentangan yang akan dibuat petang nanti.. Semua colleague kat office sibuk dok kata isu hangat ini... Tapi, tak kiralah kau gomen ke swasta asalkan sama-sama merasa kenikmatannya... Sharing is caring... ye dak...

Bajet 2012 dikatakan akan menggembirakan rakyat....Hope so...

Bajet 2012 ini memberikan tumpuan kepada pengurusan kos sara hidup rakyat untuk mengurangkan bebanan rakyat bersesuaian dengan slogan “Rakyat Didahulikan Pencapaian Diutamakan”, dan pada masa yang sama menguruskan perkembangan ekonomi negara (Transformasi Ekonomi)...

Tahun lepas kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2010. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
- Jadi apa harapan anda dalam bajet 2011 ini?, jom share...

Shopping Shopping