Showing posts with label PedoMaN. Show all posts
Showing posts with label PedoMaN. Show all posts

Monday, October 15, 2012

Doa Seorang Isteri Solehah


Doa Seorang Isteri Solehah

Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insn lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..


please hold my hand and walk together to the peak sayang... 



p/s : time ni kat Batu Feringghi... Pergi ke tempat kami bercintan cintun dulu... 



Wednesday, October 19, 2011

Buat Pedoman Para Suami

Assalamualaikum wbt...

Jom baca kisah sedih nie... Khas untuk suami oke... Yang bukan suami pun boleh kot... Untuk pedoman kita bersama....

Setiap suami mesti baca !!!!!!!!!!!!


(Petikan dari facebook)

 Assalamualaikum….

Kehadapan ustaz yg saya h...ormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?.....Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya

Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya... ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan...Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.

Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.

Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..

Terima kasih ustaz….doakan saya…….

Lawak Petang + Pedoman

aduhai...



Thursday, October 6, 2011

Pelaburan Akhirat


Assalamualaikum w.b.t,

Di bawah ini antara enam kaedah pelaburan yang boleh kita usahakan : ( banyak lagi sebenarnya)


1.Berikan senaskah al quran kpd seseorang. Setiap kali seseorang membacanya insyaAllah Allah beri ganjaran.

2.Sumbangkan sebuah kerusi roda kpd hospital/klinik. Setiap kali pesakit menggunakannya, insyaAllah Allah beri ganjaran.

3.Ambil bahagian/menyumbang dlm pembinaan sesebuah masjid.

4.Sumbangkan sebuah "water cooler" di tempat awam.

5.Tanam sebatang pokok. Allah mengganjarimu tiap kali seseorang, haiwan berteduh atau memakan buah2 dan dedaunannya.

6.Dan yg termudah sekali, kongsikan post ini dengan seramai insan yg boleh. Walau mana2 satu drp di atas yg dilaksanakan insyaAllah kamu pasti diganjari Allah s.w.t..


Wallahualam...


Wednesday, September 21, 2011

Kata-kata dari Pengasas Honda

Assalamualaikum wbt...


Terngiang-ngiang dalam telinga ni kata-kata dari seorang yang berjaya dalam hidupnya iaitu Soichiro Honda, iaitu pengasas HONDA... Kereta dan motor HONDA yang kita naiki sekarang.... Product HONDA for me is quite expensive and some of us jer yang mampu milikinya... Kalau kau kerja tukang kerbun boleh jugak pakai HONDA tapi motosikat kapcai HONDA jelah kot... Nak pakai kereta HONDA yang mencecah RM100K tu bukan semua orang boleh pakai...


Mulan bukan nak cerita pasal kau mampu pakai ke tak tapi terdetik dalam hati Mulan ni bagaimana pengasas HONDA ni Soichiro Honda boleh berjaya sampai ke peringkat antarabangsa... Kau tanya lah budak darjah 1 pun mesti dia pasal HONDA ... At least dia boleh cakap "kereta honda yek"...???.... 


Mulan selongkar pasal kisah HONDA kat google dan dia cakap :


” Apa yang orang nampak dari kejayaan saya hanyalah 1% daripadanya, tetapi apa yang mereka tidak nampak adalah 99% iaitu kegagalan-kegagalan saya ” – Soichiro Honda, Pengasas Honda Corporation.




Soichiro Honda was born in Hamamatsu on November 17, 1906. Lebih seabad dah kot usia dia... Tapi nampak muda lagi kan... 

Dia pun pernah gagal dalam hidupnya tapi berkat kesungguhan yang tak mengenal erti putus asa itulah yang membuatkan dia bangkit dari kegagalan dan gagahkan diri untuk menempa kejayaan seperti yang beliau kecapi sekarang.... 

Mulan boleh adapt cerita kegagalan dia sebagai inspirasi Mulan untuk mencapai kejayaan suatu hari nanti... Kejayaan apakah? Itu biarlah Mulan simpan sebagai rahsia peribadi...







Monday, August 22, 2011

Jom Buat Checklist Amalan di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum wbt....


Mulan nak bagi credit pada iluvislam.com atas fact yang yang amat berguna buat Mulan untuk check pada diri dan badan ini adakah berjalan dengan lancar atau sebaliknya.... Memang kita sebagai manusia amat lemah dan sering lalai dengan tanggungjawab kita terhadap Tuhan... Tanggungjawab sesama manusia sementelah lagi... kan... Kalau duniawi pun kita sering lupa akhirat apa lagi kan... Iblis/jin sudah berjanji dengan Tuhan untuk menyesatkan semua umat manusia hingga akhir zaman... Jadi, kitalah mangsa jin/iblis tersebut... 


Mari kita buat checklist ini : 



1) Solat Fardhu : Lengkapkah segala-galanya?

First of all, adakah sudah cukup lengkap solat fardhu kita lima waktu setiap hari?


2) Solat-solat sunat: Sejauh mana kita sanggup melakukannya?

Adakah kita pernah menunaikan solat-solat sunat sepanjang hidup kita? Jika pernah, bagaimana halnya dengan solat sunat di sepanjang bulan Ramadhan ini?
Kerapkah kita melaksanakannya? Dan mampukah kita untuk meneruskan tradisi solat sunat ini setelah tamatnya Ramadhan?
Rasulullah S.A.W dan para sahabat banyak melakukan solat sunat terutamanya solat malam sehingga bengkak-bengkak kaki Baginda kerana Rasulullah S.A.W terlalu lama berdiri menunaikan solat malam. Rasulullah yang telah dijanjikan Syurga pun tetap melakukan solat sunat setiap malam kerana cintanya terhadap Allah.
Jadi persoalannya di sini, cintakah kita kepada Allah? Jika cinta, mulakan lakukan solat sunat. Mulakan dengan sebulan sekali dan kerapkan hingga kita lali melakukannya setiap hari.

3) Membaca al-Quran : Syafaat yang pasti!

Al-Quran? Sedihnya terdapat generasi muda zaman sekarang yang mengaku Islam tetapi tidak tahu membaca al-Quran. Lebih sedih lagi ada yang mengaku tidak pernah buka dan pegang al-Quran! Salah siapa kah jika perkara ini terjadi?
Maka kita yang reti serba sedikit tajwid dan cara untuk membaca al-Quran ini harus bersyukur kerana Allah telah memberi nikmat kepada kita iaitu nikmat berupa al-Quran, syafaat yang pasti untuk kita di akhirat kelak!
Mari kita semak, sudah banyak mana kita baca al-Quran sepanjang Ramadhan ini? Jika sudah khatam alhamdulillah. Syukur. Tetapi boleh tak sekiranya kita teruskan amalan membaca al-Quran ini dimasa-masa akan datang? Semuanya bergantung pada hati.. sucikanlah hati.


4) Bersedekah: Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. 

Besar syafaat nya memberi derma pada orang lain di Bulan Ramadhan ini.

p/s : Jadi macam mana amalan-amalan kita? Sudah elokkah semuanya? Lengkapkah persiapan kita menghadap Ilahi? Ataupun persiapan raya lebih lengkap?
Akhirat itu benar..
Syurga itu benar...
Dan Neraka itu benar...




Renungan di Bulan Puasa

Assalamualaikum...


Mulan nak bagi credit pada amy sebab Mulan dah copy keratan fb dari blog beliau... Mehla baca... Amat berkesan untuk kita sesama fikirkan bila kita yang malas nak menutup aurat ini ditegur oleh seorang yang dikenali sebagai Muslimah.... 


Mulan pun terasa gaks sebab Mulan bukan perfect sangat... kekadang tu ada yang terlepas pandang... Takpe,sesame kita berubah untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari...

Wednesday, August 10, 2011

Kenapalah Engkau Malas Sembahyang?


Assalamualaikum wbt...

Mulan nak share pantun "Kenapalah Engkau Malas Sembahyang" dengan u all... Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini mari kita insafkan diri... Bukan untuk u all jer tapi diri Mulan sendiri... Amin...

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri engkau jasad lengkap dengan bayang-bayang,
Tidakkah lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri roh malam dan siang?
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Hendak makan minum pun dah senang,
Negara aman bukan perlu berperang,
Lima minit untuk lima waktu pun tak boleh luang.
...
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri akal supaya engkau berbeza dengan binatang,
Allah beri ilmu boleh berfikir susah dan senang,
Allah beri banyak nikmat kenapa tidak dikenang?
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Main bola sanggup sampai ke petang,
Beli tiket konsert sanggup beratur panjang,
Engkau ingat boleh masuk syurga dengan senang?
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Ingatlah umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat, petang boleh kaku kejang,
Dalam kubur nanti jawablah seorang.
...
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Siksa neraka cubalah dibayang,
Masa di akhirat terlalu panjang,
Janji Allah pasti datang tidak terhalang.
Ingatlah wahai saudara Islamku sekalian,
Sematkanlah kata-kata ini sebagai peringatan,
Fikirkan sejenak kepada pesanan:
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."

p/s : Mulan dah pernah baca pantun ni masa umur Mulan Form 3 tak silap... Mulan tengok tertampal dekat rumah sepupu... Memang ada kebenarannya pun... Kita ni yang mudah alpa dan leka dengan urusan duniawi sehingga lupa ibadah akhirat... 
"Selamat Beramal... Dari pN. Mulan yang tak berapa easy..."

Friday, October 1, 2010

Tidak salah doa orang sukai kita

APA hukumnya menunaikan solat hajat atau berdoa agar seorang wanita menyukai kita?
Saya ada mengenali seorang wanita dan dia sudah terima saya sebagai kawan.
Tetapi apabila saya bertanya untuk mengenalinya dengan lebih rapat, dia terus menyepi sehingga sekarang.

Adakah senyap tanda setuju? Dia tidak cakap yang dia tidak mahu kerana seluruh keluarganya sudah mengenali saya.


HUSNI
Perak

TIDAK salah untuk berdoa kepada Allah dan bersolat supaya membuka hati seseorang yang kita sukai.
Berdoa dan menunaikan solat hajat dianjurkan Islam dalam semua perkara.
Bagaimanpun, Islam melarang cara yang tidak baik dan jahat seperti menggunakan bomoh, guna-guna dan sebagainya. Ia membabitkan penggunaan sihir yang diharamkan Islam.

Untuk kes anda itu, berilah masa untuk teman anda berfikir sejenak hasrat anda.
Sekiranya dia masih menyepi, mungkin anda boleh bertanya perasaannya melalui teman rapatnya atau ahli keluarga terdekat.
Biasanya seorang wanita merasa malu untuk meluahkan perasaannya secara terus

Monday, August 16, 2010

From Fables That I`ve Read


Kata-kata hikmat :

One who keeps on flaunting one`s wealth may invite misfortune one day.
>>>TWO DONKEYS AND THE ROBBERS<<<

In real life, small folk often fall victim to some silly acts committed by the big ones.
>>>TWO BULLS AND THE FROGS<<<

Study the people you are dealing with before yielding to the tempatation of attractive rewards.
>>>THE CRANE AND THE WOLF<<<

If we are not too hasty, we may discover some value left in old things that used to serve us well.
>>>THE FARMER AND THE OLD PEAR TREE<<<

Do not envy talented people- sometimes a lot of effort and practise are involved in maintaining a certain standard.
>>>THE DANCING BEAR<<<

It is better to work hard for your future than go around boasting that you don`t need to do any work at all.
>>>THE ANT AND THE FLY<<<

We should not think too highly of ourselves.
>>>THE CAMEL AND THE FLY<<< 

Wednesday, August 11, 2010

Insuran oh Insuran...

Saper dah ambik insuran??? Raise ur hand....
Bagusla saper dah ambik insuran kannn... Saper yg lom ambik n berkemampuan bawak2 la ambik...

Bukan apa... Untuk diri kita jugak... Simpanan kita di hari tua... Even kalau ditakdirkan kita tak sakit apa2 semasa hayat dan kita membayar wang insuran setiap bulan, kita masih dikira beruntung kerana wang itu dikira simpanan kita... Yelah, lebih baik menabung kan sehari RM5 sehari daripada kita shopping.. Aku bukan ckp u oll tp diri sendiri cz aku pun kaki boros...

N tujuan aku cerita pasal Insuran nieh bukan untuk lobi insuran yang aku masuk nieh... Cuma nak jadikan panduan aku dan kawan2 yang lain betapa pentingnya insuran....

Saper tak kenal ngan Prudential kannn.... Kena mintak komisyen ngan Prudential nieh...

Sebenarnya tak kisah mana2 insuran company pun yang kita apply... Cumanya kena tengok orang yang lead kita tu camaner... How caring they all to us when we a confirmed have any desease??? How they calm us and show us the next steps to take either in hospital or after discharge ???

Memang menggelabah la aku bila doc sahkan my hubby kena batu karang... My hubby sports orangnya... Yelah, kalo dah nak jadi memang kena jugakla... No excuse la kann... Taktawla pulak aku kalo my hubby dulu mmg suka tahan kencing... Rasanya tak pun... Entahlah kan...

Wal hal kan, aku nie yang jenis kuat berpenyakit... Asyik demam ajer... Sebulan sekali demam... Sampai hubby aku pun da malas nak layan kalo aku demam... Yelah, selalu sangat kan...

Tup tup my hubby lak yg kena penyakit yang tak diundang nieh... Ape lagi kecut perut lah aku... Tengok die mengerang pun takut... Dia ckp macam orang ikat kuat2 kat bahagian pinggang... Cenggitulah rasanya...

Then masa tu aku teringat my hubby masuk Insuran n aku pun call la agent aku nieh... N luckily kami dpt agent yang bagus... Terangkan ape nk buat sekrang n langkah2 seterusnya sehingga somiku discharge....

N alhamdulillah agent kami tu tak tipu aper yang dikotakan masa melobi kami nak joint insuran dulu... Ape yg dia kata betul2 kami dapat.... Cost my hubby is about RM11k... N we just pay the admission cost RM300 two times... Mana2 Hospital Swasta ade rate admission dia... Cam ritu my hubby masuk Columbia Hospital... Very good and very fast service... N the machine also canggih manggih... Arini sakit n arini jugak terus leh detect ape penyakit... Depends on doc free ke tak laa..

Thefore my hubby is have own business... Susah jugak kalo kena penyakit2 nieh... saper nak bayar kalo tak kerja 2,3 minggu kan... Kalo cam aku yang keja govt nie lainlah.. Gaji on tiap2 bulab... Insurance will pay for mc (mc is just for accident not desease).... N how long u stay at hospital... 1 night RM200 pay for us... N cost for the operation procedure... Bila kira2 my hubby tak payah bayar RM11k tue and untung bout RM600 more...
Ok sangatlah kan...

Moral of the story, tepuk dada tanya selera... N bukan nk mencanang hospital govt tak bagus... U know lah kan... Bila kami fikir2 balik kami rasa beruntung n tak sia2 my agent tu paksa kami masuk dulu.... hahaha... Worth it...

Monday, August 9, 2010

Penyakit Yang tak Diundang


Salam...




Korang ingat tak kisah yang aku pernah post sebelum nie pasal wife my collegue kena potong jari kakinya akibat kencing manis???? Tajuknya kalau anda??? Sila klik untuk flashback....

Harap2 u oll tak hilang ingatan laaa... Hehehe...


Hari ni my collegue bgtaw lagi 2 jari kaki isterinya kena potong.... Aduhai... Kesian betulla... Tak dapat nak ucap rasa kasihan nie sebenarnya... Terharu, terkedu, ter..ter... ter... lah... semua ter...


My collegue tu singkap balik kisah wife dia zaman bujang dulu... Alkisahnya, wife dia nie memang athlete kat sekolah dulu... 2x2 la, 4x4 sumer wife dia masuk... Tapi yang tak eloknya lepas ajer bersukan mesti wife dia nie pergi machine air n jolok air gas... Air coke la, air pepsi la, 7Up la, 100 Plus la..


Bila dah jadi ketagih air gas, maka banyakla bendasing yang tak bagus dalam badan dia...

Masa form 5 dulu, wife dia pernah terjatuh n pengsan... Bila pengsan, doktor check n sahkan dia kena kencing manis type 1 dah....


Insulin badan dia dah tak dapat nk function lagi... Disebabkan itu dalam tempoh 9 tahun sehingga sekarang wife dia terpaksa wat suntikan insulin di bahagian perut setiap hari... 9 tahun bebb... Aku tak dapat bayang macam mana keadaan perut yang tiap2 hari disuntik selama 9 tahun....


Jadi, one og my boss said," sabarlah... Mungkin ini hari kamu... Kamu kena tabah".... Rasa macam nak luruh ajer jantung nieh...


p/s : Moral of the story jangan amalkan minum air gas terlalu kerap... Kalau boleh elak cubalah... Bukan apa, kita nak pakai badan kita ni lama lagi... Jadi sayangilah badan kita.....



Tuesday, August 3, 2010

Apakah maksudnya??


Apakah maksudnya jika sesorang suami itu sering membuatkan isterinya menangis??? Apakah namanya suami itu jika sering menyakitkan hati isterinya???

Adakah salah isteri mempunyai suami sepertinya??? Adakah salah isteri memilih dia sebagai suaminya???

Kenapa baru sekarang benda2 begini berlaku??? Kenapa si isteri tidak ketahui tentangnya dari dulu lagi???

Mengapa si suami berperangai begitu???? Mengapa si suami tidak menjaga perasaan isterinya???

Adakah si suami sudah tidak sayangkan isterinya lagi??? Adakah sudah pudar kasih sayang di antara mereka???

Apakah kesudahan cinta yang dulunya berputik mekar??? Adakah ia akan berakhir di tengah jalan???

Apakah ada lagi cinta si isteri buat suaminya yang sering berkelakuan begitu???

Monday, July 26, 2010

Kalau anda ???


Semalam ada colleague saya nk mintak cuti ngan majikan ... Halnya sebab isterinya sakit... Jari kaki isterinya akan dipotong... Puncanya adalah kencing manis....

Si isteri mmg dah lama menghidap penyakit kencing manis sejak dari belum berkahwin lagi... Jadi mmg si suami tahu sejarah penyakit isterinya... Memang keturunan katanya....

Ape yang disingkap di sini ialah contoh kasih sayang ditunjukkan oleh si suami terhadap isterinya... Dia menerima isterinya seadanya.... Dia tak kisah menjaga isterinya yang sakit... Dia sanggup berkorban untuk mengambil cuti dan menguruskan isterinya....

Saya betul-betul tersentuh dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh si suami terhadap isterinya.... Sebab boleh menerima keadaan isterinya yang sebegitu dan sebelum kahwin lagi telah diberitahu tentang penyakit yang ditanggung oleh si isteri...

Cuba kalau kita??? Kalau anda??? Sanggupkah kita terima seadanya dengan keadaan pasangan yang sebegitu....??? Sebelum kahwin.... Bukan selepas kahwin... Sebab kalau selepas kahwin ada yang terpaksa menjaga pasangan sebab dah takde saper lagi yang nak tolong jaga.....

From deepest of my heart, saya memang tabik sangat dengan si suami nie....

Saya cakap macam ni sebab sedih bila tengok ada suami yang sanggup 'makan luar', cari hiburan kat luar dan mulalah buat perangai bila pasangan sakit dan tak mampu buat apa-apa lagi untuk memenuhi nafsu nya....

Bukan setakat kerana isterinya sakit pun si suami boleh cari pasal jugak... Si isteri ni elok2 takde masalah apa2, tak ada penyakit apa2, cantik, pandai jaga makan minum si suami pun si suami boleh buat hal.... Bila sekali terkantoi mulalah minta maaf, bila dah 2,3 kali amacam????

Kenapa benda ni boleh berlaku??? Sebab isteri yang salah ke atau si suami yang bermasalah???

Thursday, July 22, 2010

From HM Tuah

The Power of Word :

"Empat jenis racun dan empat jenis penawar.... Dunia itu racun, zuhud ubatnya..... Harta itu racun zakat ubatnya.... Seluruh umur itu racun, taat ubatnya....
Seluruh tahun itu racun, Ramadhan ubatnya...."



"Bawalah badan ke mana sahaja, tapi biarlah hati bersama Tuhan"


"Selalu tanya diri, nak ke tak nak... Kalau nak lain caranya, lain cara bertindaknya, lain cara ambil keputusannya.... Manakala kalau tak nak, macam-macam alasannya...."



"Salah satu sikap yang dimiliki oleh JUARA ialah mereka Postif...."



"Bekerja itu ibadah, belajar itu ibadah....Ibadah dah tentu ibadah... Kalau boleh kita jadikan keseluruhan hidup kita ni ibadah alangkah baiknya... Alangkah bagusnya dan alangkah luar biasanya...."


Shopping Shopping