Showing posts with label Harian Metro. Show all posts
Showing posts with label Harian Metro. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

Bayar RM15 untuk 'Party Durian'

Assalamualaikum wbt...

Wah, dengar macam best ajer tajuk di atas... Ini memang betul kejadian bukan COBAAN yea... Mulan selak Harian Metro dan jumpa perkara yang boleh dishare bersama nieh...

FAMA mempromosikan buah-buahan tempatan dengan mengadakan "Party Durian" kepada semua yang berminat...

Menurut Pengerusi Fama Datuk Badruddin Amiruldin berkata ini bertujuan mempromosi, menarik minat dan menggalakkan rakyat Malaysia makan buah-buahan tempatan.

“Dengan minimum 50 orang, ‘durian party’ ini boleh diadakan di rumah.

“Contohnya di hujung minggu satu keluarga nak panggil ahli keluarga dan saudara-mara untuk adakan perjumpaan dan kita (Fama) akan sampai ke rumah mereka, kita akan pasang khemah, hantar pegawai kami untuk hidangkan buah-buah ini dengan harga berpatutan,” katanya kepada pemberita di majlis Pesta Jom Makan Durian 2011 di pekarangan Muzium Telekom di sini, semalam.

Beliau berkata harga yang dikenakan ialah RM15 bagi dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak bagi durian D24.

Okey, nieh Mulan dah carikan no phone FAMA untuk dihubungi... Boleh tanya FAMA lebih lanjut pasal 'Party Durian' ini...

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
Bangunan FAMA Point,
Lot 17304 Jalan Persiaran 1,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-61262020
Faks : 03-61383650 / 03-61385200
E-mel : fama@fama.gov.my





Sunday, January 23, 2011

Blogger untung 1 Juta

KUALA LUMPUR: Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta setahun.
Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti, kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali atau penulis mampu meraih keuntungan beratus-ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun.
 
 
Itu merupakan sebahagian daripada artikel Blogger Untung RM1 Juta yang menjadi tajuk utama akhbar berita minggu pada 23/01/2011. Sukar untuk dipercayai tetapi itulah kebenarannya apabila pengendali blog yang konsisten mampu memperoleh pendapatan purata RM 500,000 hingga RM 700,000 dalam tempoh tujuh bulan atau purata hingga RM 70,000 sebulan. Di Malaysia dianggarkgaan antara 50 hingga 100 orang penulis blog mendaftar setiap hari dengan nuffnang iaitu komuniti pengiklanan online.
Angka rasmi pada 2004 juga menunjukkan  Malaysia mempunyai kira-kira 500,000 blog dan akan meningkat lebih 7 juta blog berdasarkan rangkaian sedia ada dengan pencapaian dalam laman sosial popular  facebook yang mencecah 11 juta pengguna di Malaysia.
Kesimpulannya, bukan sesuatu yang senang untuk menghasilkan blog yang mampu menarik minat pembaca kerana kita perlu tahu apa yang mampu menarik minat pembaca untuk berkujung ke blog kita. Sama ada blog itu menggunakan kisah peribadi , politik, perniagaan atau yang lebih bersifat umum atau khusus serta kreativiti penyampaian juga turut menjadi faktor penyumbang kepada jumlah pengunjung melayari blog kita.
copy dari syndromania... tq...
p/s : pagi tadi ai dengar hotfm AM Krew.. Fafau n partner nya bercerta ttg topik di atas... Blogger kaut untung 1 juta... Wooww... Tapi disebabkan dengar dalam kereta n dah sampai tempat keja so, tergendala la kejap nak dengar caller yang terdiri dari blogger2 jutawan tu call AM Krew kan... Saper dengar boleh sharing2 kat sini....
Kepingin mau jadik macam mereka... Saper tak nak kan... Sumer nak duit... Orang giler pun nak duit... Tapi pokok pangkalnya usaha dan komitmen yang derang berikan untuk hasilkan bahan yang terbaik dan menjadi bahan tatapan pembaca from all over the world... "Bukan senang nak senang... N bukan susah nak susah"......    
 

Thursday, October 21, 2010

Lembaga Rambut Panjang

MERSING: Kehadiran lembaga wanita berambut panjang serta kanak-kanak di belakang dewan Sekolah Menengah Anjung Batu (SMKAB) di sini, pagi semalam mencetuskan histeria membabitkan lebih 10 pelajar sekolah berkenaan.



Lembaga wanita serta kanak-kanak itu dikatakan menjelma di depan seorang pelajar perempuan sebelum ia berjangkit kepada lebih 10 yang lain termasuk tiga pelajar lelaki.

Pengetua SMKAB, Abu Othman Ibrahim berkata, kejadian berlaku jam 9.30 pagi dan pelajar terbabit dibawa ke surau sekolah itu sebelum diberikan rawatan.


“Kumpulan pelajar berkenaan tiba-tiba menjerit dan kami meminta bantuan tiga pengamal perubatan tradisional untuk membantu merawat mereka.



“Ibu bapa serta keluarga pelajar terbabit dengan kejadian turut dihubungi untuk dimaklumkan berkaitan kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.


Sementara itu, ketua pengamal perubatan berkenaan dikenali sebagai Wahid Junid, berusia 40-an, mendakwa ada makhluk halus menjadikan kawasan belakang dewan SMKAB sebagai kediaman mereka.


“Seorang daripada mangsa mengalami histeria sejak Jumaat lalu dan masih belum pulih sepenuhnya akibat kejadian pertama dialami itu.


“Kami nasihatkan pelajar yang menjadi mangsa supaya memperbanyakkan amalan masing-masing selain tidak terlalu terbawa-bawa dengan kejadian yang menimpa mereka,” katanya.


Menurut Wahid, dia bersama dua lagi rakannya akan berusaha untuk cuba menghalang gangguan itu daripada berulang.

Tuesday, October 19, 2010

Gadis diganggu jin ilmu hitam

Seorang gadis sengsara akibat gangguan histeria yang dikatakan berpunca daripada tindakannya menggunakan jin dan amalan ilmu hitam bagi menundukkan lelaki supaya memenuhi kemahuannya memiliki barangan berjenama.


Gangguan histeria dialami gadis berusia 18 tahun itu berlaku jam 10.30 malam pada 14 Oktober lalu memaksa keluarga remaja berkenaan memanggil pengamal perubatan tradisional bagi memulihkan keadaan.


Hasil rawatan, bomoh berkenaan memberitahu kejadian berpunca daripada jin belaan gadis berkenaan mengamuk apabila dia yang mahu dikenali sebagai Ila tidak menunaikan janji dalam mengamalkan ilmu hitam.


Bapa mangsa yang enggan dikenali mendakwa, ‘ilmu penunduk’ yang diamalkan anak gadisnya diperoleh remaja itu daripada bapa saudaranya yang juga seorang bomoh di Negeri Sembilan.




“Anak perempuan saya itu dibela abang ipar saya sejak kecil lagi sebelum saya mengambilnya semula empat tahun lalu selepas dia melakukan pelbagai kesalahan di sekolah.


“Saya menyedari dia mengamalkan ilmu hitam selepas isteri menjumpai sehelai kertas bertulis ayat mantera yang tidak difahami dalam simpanannya,” katanya.


Menurutnya, akibat tidak sedap hati, dia dan isterinya membakar kertas berkenaan sebelum bertanya kepada anaknya mengenai ayat di atas helaian kertas itu.


“Dia menggelengkan kepala dan mengatakan itu kertas conteng biasa tapi kami yakin ia mantera dibekalkan bapa saudaranya.


“Saya berani berkata demikian kerana saya sendiri pernah melihat abang ipar (bapa saudara gadis berkenaan) menggunakan bara api ketika menjalankan proses perubatan,” katanya.


Ibu Ila pula berkata, gangguan histeria dialami anak gadisnya makin kerap berlaku dan minggu lalu kali ketiga menimpanya sepanjang tempoh dua bulan lalu.


Katanya, sebelum tubuh Ila dimasuki jin, dia duduk diam di satu sudut menangis sambil diiringi gelak tawa yang menyeramkan dan memarahi sesiapa yang cuba menenangkannya.


“Ila mengaku dia mengamalkan ilmu yang diberi bapa angkatnya selepas gangguan kali pertama berlaku pada pertengahan bulan lalu.


“Dia menggunakan ilmu itu bagi membuatkan semua lelaki yang dikenalinya menurut perintah dan meminta apa saja barangan mewah dikehendakinya.


“Tahap kesabaran kami sekeluarga sampai ke kemuncak apabila dia menggunakan ilmu penunduk itu ke atas anak angkat kami yang juga seorang mualaf bagi memenuhi kehendaknya memiliki barangan berjenama.


“Walaupun kami berulang kali menasihatinya supaya membuang ilmu itu, dia tetap berdegil dan mengamalkan ilmu hitam itu,” katanya.


Wanita itu berkata, walaupun tiga kali diubati, Ila belum pulih sepenuhnya dan dia percaya gangguan histeria itu boleh berulang lagi.


“Jika perkara ini berlaku di rumah, kami masih boleh mengawasinya tapi jika ia berlaku di luar, saya bimbang ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain,” katanya.


Sementara itu, pengamal perubatan tradisional, Abu Samah Ahmad yang merawat Ila berkata, apa yang dialami gadis berkenaan kesan buruk apabila seseorang manusia mengamalkan ilmu hitam.


“Inilah akibatnya jika mengamalkan benda terlarang kerana ia bukan saja memudaratkan diri, malah boleh membawa kita kepada syirik kerana meminta pertolongan selain daripada Allah SWT,” katanya.


Katanya, ketika tubuh Ila dimasuki jin, tindak-tanduknya juga berubah kerana akal fikirannya dikawal jin.

sumber : harian metro

Friday, October 15, 2010

Rumah 27 Tingkat


Lelaki terkaya di India, Mukesh Ambani sudah berpindah ke kediaman barunya setinggi 27 tingkat di Mumbai yang berharga £630 juta (RM3,150 juta).

 Ambani, isteri dan tiga anaknya berpindah ke bangunan yang bernama Antilia, diambil sempena nama pulau khayalan. Ia mengandungi kelab kesihatan dilengkapi gimnasium, sekurang-kurangnya satu studio menari, dewan, beberapa bilik tetamu dan beberapa ruang istirahat serta panggung wayang 50 tempat duduk. Malah, terdapat taman tergantung dengan binaan siling untuk ditanam pokok kecil.

Bumbung bangunan dilengkapi tiga landasan pendaratan helikopter dan terdapat parkir bawah tanah yang memuatkan 160 kereta bagi kemudahan tetamu Ambani menghadiri parti rumah barunya.

Dari tingkat atas bangunan setinggi 173 meter itu dapat dilihat pemandangan indah bandaraya Mumbai dan Laut Arab.

Taikun berusia 53 tahun itu bukan saja lelaki paling kaya di India tetapi juga yang keempat terkaya di dunia. Secara keseluruhannya, dilaporkan terdapat 37,000 meter persegi ruang yang lebih luas daripada Istana Versailles.

Ia memerlukan 600 kakitangan untuk urusan penyelenggaraan.

Menurut majalah Forbes, Ambani memiliki industri minyak, peruncitan dan bioteknologi yang dianggarkan bernilai £18 bilion (RM90 bilion). Dahulu beliau membantu menguruskan perniagaan sebelum berselisih faham dengan adiknya. Kaca, keluli dan jubin yang digunakan untuk membina bangunan itu dikatakan diperolehi daripada sumber tempatan. Ambani tidak terpengaruh dengan seruan Perdana Menteri India, Manmohan Singh supaya pemimpin perniagaan menjadi model kesederhanaan’. - Agensi

Thursday, October 14, 2010

Rita : Biar pembunuh ke tali gantung

Seperti mana azab dilalui ibu saya yang dibunuh kejam, saya mahu semua penjenayah yang bertanggungjawab (melakukan pembunuhan) dibalas dengan hukuman mati di tali gantung,” kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, selepas empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Banting, Selangor, semalam, atas tuduhan membunuh ibunya dan tiga individu lain.

Ketika dihubungi semalam, dia yang mesra dengan panggilan Rita mengaku masih bersedih dengan kehilangan ibunya dan hatinya masih berat untuk percaya dengan apa yang berlaku.


Ada kalanya saya takut untuk membaca akhbar atau mendengar cerita bagaimana kejamnya ibu dan tiga mangsa lain diperlakukan penjenayah. Mereka tidak berperikemanusiaan dan berhati syaitan.

“Saya cuma berharap polis dapat membuktikan jenayah terancang dilakukan semua suspek bagi membolehkan hukuman berat dan setimpal dijatuhkan kepada mereka,” kata anak sulung daripada enam beradik itu.

Rita berkata, sekuat mana sekali pun hatinya cuba menahan air mata daripada menitis, hakikatnya hanya Tuhan yang tahu penderitaan dan kesedihan dialami.

“Kehilangan ibu merentap kebahagiaan kami adik-beradik yang amat manja dan menjadikan ibu sebagai tempat menumpang kasih sejak kecil.

“Sukar dijelaskan apa yang kami rasa selepas kehilangan ibu, namun apa cara sekali pun cita-cita dan impian ibu perlu diteruskan. Hanya doa tidak henti dipohon supaya roh ibu ditempatkan di kalangan hamba yang dilindungi Allah,” katanya.


Ditanya berhubung aktiviti harian selain cabaran perlu dihadapi bagi meneruskan perniagaan kosmetik Nouvelles Visages (NV), Rita memberitahu masih banyak yang perlu dipelajarinya.

Dapat Permata Free Jer???

JERTIH: Kisah gadis misteri yang semakin menarik perhatian orang ramai, Siti Balqis Mohd Nor, 22, bertambah unik apabila tujuh batu permata dipercayai delima, nilam dan zamrud tiba-tiba jatuh dari siling rumahnya, semalam.

Lima daripada batu itu berwarna putih manakala dua lagi masing-masing berwarna biru dan hijau sebesar kira-kira duit syiling 20 sen.


Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 1 tengah hari ketika Siti Balqis dan ahli keluarganya berada di ruang tamu dan mereka terdengar bunyi benda jatuh dalam biliknya.

Selepas membuat pemeriksaan, mereka menemui sebiji batu delima di atas katil.
Manakala batu kedua pula jatuh jam 2.45 petang di ruang tamu, diikuti batu ketiga pada jam 3 petang.
Kira-kira 20 minit kemudian, sebiji lagi batu delima jatuh di hadapan seorang jurukamera TV3 yang sedang minum bersama kru rancangan Misteri Nusantara di ruang tamu dan terpelanting pada kameranya.


Dua biji batu lagi jatuh kira-kira jam 6 petang di ruang tamu dengan salah satu daripadanya berwarna biru dipercayai nilam. Kira-kira sejam kemudian, sebiji batu berwarna hijau dipercayai zamrud pula jatuh di ruang tamu.


Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, berkata, dia menyifatkan penemuan batu terbabit sesuatu yang luar biasa dan mungkin ada hikmahnya.

Monday, October 4, 2010

Ghaib Di Kala Senja

BESUT: Kejadiannya memang aneh dan mungkin ada menganggapnya tidak logik, namun hakikatnya ia benar-benar berlaku sehingga menggemparkan penduduk setempat dan turut menarik perhatian pemimpin masyarakat.


Sejak kira-kira dua bulan lalu, seorang gadis berusia 22 tahun, Siti Balqis Mohd Nor dari Kampung Gong Nangka, Apal di sini, ghaib secara misteri hampir setiap kali tiba waktu senja atau pada tengah malam sebelum dia ditemui semula di lokasi yang sukar dijelaskan kehadirannya.



Antara lokasi itu di tanah perkuburan, di atas pokok, di atas siling dalam rumahnya dan dalam kejadian terbaru kelmarin, Siti Balqis ditemui dalam mesin pembancuh simen berhampiran rumahnya.
Biarpun dikawal rapi keluarganya, gadis itu tetap ghaib apabila individu yang mengawalnya leka atau terlepas pandang beberapa detik saja.


Kejadian misteri itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali yang meminta penduduk mengawal sekitar rumah keluarga Siti Balqis setiap malam, namun usaha itu tetap gagal.
Ramlan berkata, dia simpati dengan keluarga terbabit kerana sudah banyak mengeluarkan wang untuk khidmat bomoh.


“Saya sendiri sudah membantu mencari bomoh, tapi keadaannya tetap serupa apabila gadis terbabit tiba-tiba ghaib terutama pada waktu senja dan tengah malam,” katanya.



Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, berkata, pelbagai usaha dilakukan keluarganya dan jiran untuk menghalang anak sulung daripada empat beradik itu ghaib, tetapi apabila tiba waktunya dia tetap hilang.


“Kejadian menimpa anak saya memang aneh. Sejak dua bulan lalu hampir setiap malam dia ghaib dari rumah menyebabkan kami sekeluarga terpaksa berjaga malam,” katanya.



Norizan berkata, apabila ditemui semula, Siti Balqis kebiasaannya berada di lokasi tidak jauh dari rumahnya seperti di atas siling rumah, atas pokok manggis dan terbaru dalam mesin pembancuh simen.


“Pernah sekali dia temui semula di tanah perkuburan Islam kira-kira 10 kilometer dari rumah kami,” katanya sambil memaklumkan keluarganya sudah mendapatkan khidmat bomoh dari Kelantan, Terengganu dan Pahang untuk mengatasi masalah itu, tetapi masih gagal.


Siti Balqis ketika ditanya mengenai kejadian aneh dialaminya berkata, dia sendiri sukar memberi penjelasan dan tidak tahu apa sebenarnya berlaku ke atasnya.


“Setiap kali kejadian berlaku saya tidak sedarkan diri. Apabila sedar, saya dapati diri saya berada di tempat lain, sama ada di atas pokok atau kawasan perkuburan.
“Saya dapat melihat orang mencari saya, tapi saya tak berupaya memanggil mereka. Ketika saya berada di kubur dalam kejadian Ramadan lalu, saya mendengar pelbagai bunyi termasuk suara orang mengaji al-Quran dan menangis,” katanya.

Sunday, October 3, 2010

Ini dia Pengasas Facebook???

BERWAWASAN...Zuckerberg (kanan) bersama Oprah, Christie dan Booker.

Zuckerberg tinggal di rumah sewa yang sederhana saiznya berhampiran rumahnya...

Fakta mengenai Zuckerberg :

* Mempunyai kekasih bernama  Priscill Chan
* Zuckerberg memberitahu dia belajar bahasa Mandarin di meja makan setiap pagi sebagai persediaan untuk bercuti ke China bersama Priscilla pada hujung tahun ini.
* Zuckerberg seorang yang kuat bekerja dan dia jarang berada di rumah kerana kebiasaannya akan menghabiskan selama 16 jam di ibu pejabat facebook.
Zuckerberg diundang sebagai tetamu dalam program temu bual Oprah untuk mengumumkan bantuan AS$100 juta (RM320 juta) yang disumbangkannya kepada projek sekolah di Amerika Syarikat.
Zuckerberg sumbangkan RM320 juta untuk penubuhan Yaya­san Pendidikan.




p/s : Bila tengok rumah yang dia yang sederhana begitu,saya teringat jutawan kosmetik Sosilawati... Adakah Zuckerberg mempunyai bodyguard atau sistem sekuriti yang lengkap untuk menjaga keselamatannya??? Risau pulak rasanya....... Nanti kita dah takleh nak ber `fb' lagi kalau dia dah takde... Hahha...






Wednesday, September 29, 2010

KUALA LUMPUR: “Kalau saya menangis, adik saya lagi akan menangis. Saya perlu tabah dan kental untuk bersama-sama (adik-beradik) menerajui syarikat,” kata anak sulung jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari ketika menjawab persoalan kenapa dia tidak pernah dilihat bersedih selepas kes pembunuhan kejam ibunya.

Erni Dekritawati yang lebih dikenali sebagai Rita, 25, berkata, dia perlu kuat dan bersemangat meneruskan legasi perniagaan peninggalan ibunya selain memberi kekuatan kepada lima lagi adiknya.


“Kami sekeluarga sekarang sedang menerima kenyataan, bukan tak sedih, tapi saya mesti pandang ke hadapan dan meneruskan niat ibu saya yang mungkin hanya separuh jalan, saya akan habiskan kemahuannya,” katanya dalam temubual menerusi program Kerusi Panas di Radio 24 di frekuansi 93.9 FM di Bernama di sini, semalam.

Dalam temubual lebih sejam itu, Rita turut ditanya sama ada dia mampu menerajui perniagaan ibunya di usia masih muda, berdepan dengan persaingan syarikat lain, saman terhadap bapa tiri yang juga penyanyi, Nash termasuk status keakrabannya dengan penyampai berita Bernama-TV, Zulkifli Bujang.

Rita yang tenang dan tersenyum ketika menjawab beberapa soalan termasuk daripada pemanggil dilihat lebih selesa menjawab soalan berkaitan perniagaan berbanding peribadi.

Dia turut memberitahu adik bongsunya yang berusia 13 tahun juga tabah menghadapi dugaan kehilangan ibu mereka kerana sudah diajarnya termasuk bagaimana berdepan sebarang pertanyaan daripada rakan sekolah.

“Setiap kali dia pulang dari sekolah, dia memberitahu ramai rakan bertanya dan dia sebenarnya sudah boleh menerima kenyataan kehilangan ibu kami sebagai ketentuan Tuhan,” katanya.

Mengenai saman ibunya terhadap Nash, Rita berkata, perkara itu akan diputuskan selepas dia berbincang dengan adik beradik lain.

“Hubungan saya dengan dia (Nash) baik, tetapi mungkin itu (saman) permintaan terakhir ibu kerana dia bersungguh-sungguh, tetapi perkara itu biarlah kami putuskan menerusi perbincangan sesama keluarga,” katanya.

Rita juga meminta orang ramai tidak memandang rendah keupayaannya di usia muda dalam meneruskan perniagaan ibunya kerana dia yakin mampu berdikari kerana sudah mendapat tunjuk ajar daripada ibunya.

“Saya disokong adik-beradik yang ramai termasuk staf kerana seorang saja yang masih bersekolah. Saya akan mempelbagaikan lagi bidang perniagaan menjurus kepada sektor hartanah, kenderaan, perhotelan butik dan spa,” katanya.

Dia bagaimanapun keberatan menjawab status hubungannya dengan Zulkifli yang turut menemaninya di konti kerana menurutnya perkara itu tidak sesuai ditonjolkan buat masa sekarang.



Rita menyatakan rasa kecewa dengan laporan segelintir media yang disifatkan membuat spekulasi terutama membabitkan aset syarikat dan keluarga mereka.

“Saya sendiri tidak tahu aset syarikat dan mungkin meminta nasihat peguam jika ia berulang. Perkara itu tidak perlu didedahkan kerana ia mengancam keselamatan kami sekeluarga,” katanya.

Wednesday, September 22, 2010

Kes bunuh Sosilawati: Sampel air mani lapan suspek diambil


KUALA LUMPUR: Polis membawa lapan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakannya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi tujuan pengambilan sampel darah dan air mani.


Dengan kawalan ketat polis, kelapan-lapan suspek lelaki terbabit dibawa masuk ke tingkat satu, Bahagian Kecemasan dan Trauma HKL, kira-kira jam 3 petang semalam.


Dua daripada mereka termasuk suspek lelaki yang ditahan selepas memeras ugut isteri seorang saudagar batu permata, Allal Kathan Muthuraja, 34, dari Chennai, India, yang dilaporkan hilang selepas tiba di negara ini dan berjumpa suspek utama pembunuhan Sosilawati atas urusan perniagaan, 18 Januari lalu.


Difahamkan, pengambilan sampel darah dan air mani lapan suspek terbabit dilakukan selepas Pejabat Peguam Negara mengembalikan kertas siasatan polis berhubung kes berkenaan bagi dikemas kini.


Kehadiran semua suspek yang menarik perhatian ratusan kakitangan dan pesakit hospital itu, kemudian keluar dan meninggalkan hospital pada jam 5 petang sambil diiringi beberapa unit kereta peronda polis yang mengawal ketat konvoi berkenaan.


Semua mereka kini ditahan di Pusat Tahanan Sementara Polis Bukit Jalil dan tempoh reman lima daripada mereka akan tamat hari ini manakala tiga lagi pada Sabtu ini.

Monday, August 30, 2010

Ikatan cinta Memey

KUALA LUMPUR: Walaupun perbicaraan kes khalwat mereka di mahkamah belum selesai, pasangan pelakon popular, Mohd Nor Hakim Zaidon (Norman Hakim), 34, dan pelakon Suhaiza Suhaimi (Memey), 22, mengambil keputusan mengakhiri spekulasi hubungan mereka sebelum ini banyak berteka-teki dengan ikatan pertunangan.

Ketika dihubungi Memey dalam nada ceria berkata, keluarga kedua-dua pihak setuju mengadakan majlis pertunangan itu pada hari raya keempat di rumah keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

Merpati dua sejoli ini saling mengenali lebih dua tahun lalu dan khabarnya cinta mula berputik ketika berlakon bersama dalam drama Pasrah.


“Minggu lalu saya dan Norman balik ke kampung saya dan keluarga mula berbincang mengadakan majlis pertunangan itu. Ikutkan hati saya tak mahu bertunang kerana kami saling memahami dan mengenali hati budi tapi abang (Norman) mahu saya merasai proses dari mula iaitu merisik, bertunang dan baru diijabkabulkan.


Dia mahu saya melalui semua pengalaman itu. Pada majlis pertunangan itu nanti, baru keluarga kami akan berbincang jumlah hantaran dan tarikh kami akan disatukan. Insya-Allah majlis kenduri dan persandingan akan dilangsungkan awal tahun depan kerana tidak mahu bertunang lama-lama. Sekiranya semua okey, lebih baik disegerakan.

“Untuk majlis pertunangan ini, akan ada dulang hantaran. Berapa jumlahnya... juga dalam perbincangan. Saya akan bertanya kepada emak apa yang patut dibeli sebagai hantaran balas kepada abang.


“Saya sekarang masih sibuk di lokasi penggambaran telefilem, Osman Berani dan abang pun sedang berlakon telefilem Sabar. Terpaksalah kami mencuri masa untuk membeli barang hantaran. Urusan kenduri di kampung, saya serahkan kepada emak,” katanya.

Sebelum ini mereka pernah menafikan mempunyai hubungan istimewa sehingga membawa kepada keruntuhan rumah tangga Norman Hakim dengan bekas isterinya, Arbaeyah Abdul Manan (Abby Abadi), 32, namun segala khabar angin itu ternyata benar apabila Norman ditangkap khalwat bersama Memey di premis perniagaan milik pelakon lelaki kacak itu di Ukay Perdana, di sini, pada 30 Oktober 2008.

Menurut Memey, dia berdebar dan pelbagai perkara menerjah fikiran tetapi sudah bersedia bergelar isteri dan ibu kepada tiga anak Norman hasil perkahwinan bakal tunangnya yang terdahulu.


“Harap segala-galanya berjalan lancar dan dengan pertunangan ini semoga awan mendung akan berarak pergi dari hidup kami berdua untuk memulakan kehidupan baru lebih membahagiakan.

“Beza usia 12 tahun dan pengalaman hidupnya membuat abang lebih matang dan menjadi ketua keluarga yang baik serta dapat membimbing saya. Paling penting kami ada keserasian,” katanya.

Ternyata Syawal ini bermakna buat gadis jelita itu kerana hasratnya berkongsi hidup dengan jejaka dicintai dimakbulkan Allah. Pada hari berbahagia itu, Memey akan mengenakan busana rekaan Ezuwan Ismail dan rona putih menjadi pilihan. Sumber: harian metro

Shopping Shopping