Thursday, September 6, 2012

Qaisara Masuk Wad

Assalamualaikum wbt...

Rasanya masih tak terlewat utk Mulan Maseirra mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua... Maaf zahir... Batin tak yah la kot sebab kita takde buat hubungan intim dengan u all... muahaha...

Since last week Mulan berulang alik ke hospital setiap hari... Siapa pulak masuk hospital nie? Mulan Maseirra sakit ke? ohh... tidak... Mulan Maseirra masih sihat dan cergas... Berulang alik ke hospital sebab melawat Qaisara... My baby... Dia kena jangkitan kuman pada paru-paru...

 dengan ayah nya... time ni kena cucuk kat tangan...


 ini kena masukkan oksigen kat hidung... baby bernafas laju... n bunyi sikit bila bernafas... 
Kahak dia tu...


 bawak menda ni taknak bagi dia rasa sakit n tak selesa...



 bila dok main dia lupa la pasal sakit sekejap...



 syian dia tue.. kena inject yea...




 so sad to see u darling...





 Tok nak bagi susu kat Q..



 ubat antibiotik... sakit kot...




 main ipad ngan pak ngah...




 ngan mamacu n tok teh...





Goku with me... time ni dah buang dah wayar oksigen tu... Alhamdulillah.. she`s getting better... Semalam dah doscharge pun...

Tuesday, August 7, 2012

Kucing Munchkin

Assalamualaikum wbt...

Since Mulan berniaga di Cheras Downtown, adalah booth berhampiran yang menjual binatang seperti Sugar Glider, Guinea Pig, Memerang, Iguana dan lain-lain... Tiap-tiap malam booth diorang menjadi tumpuan ramai bila semua yang datang nak tengok Sugar Glider... Kalah booth kami yang jual Baju-baju nieh... So, malam tu rupanya ahli-ahli komuniti diorang nieh ada bawak Kucing jenis Munchkin... Nak tau tak kucing ni macam mana? Jom review kat bawah nie...



Munchkin adalah baka kucing yang dicipta oleh mutasi genetik yang terjadi secara semula jadi yang menyebabkan kucing dengan kaki yang luar biasa pendek. Walau bagaimanapun, kaki kucing ini tidak mengganggu kebolehan mereka berjalan dan melompat.


Baka
Munchkins adalah kucing yang berlaku secara semulajadi, dengan kaki pendek yang luar biasa yang disebabkan oleh gen dominan autosom.


Sejarah

Kucing berkaki pendek telah didokumenkan beberapa kali di seluruh dunia sejak 1940-an. Satu laporan British veterinar pada tahun 1944 mencatatkan empat generasi kucing berkaki pendek yang sihat yang tidak sama dengan kucing biasa. Ini selaras semasa Perang Dunia Kedua kucing ini telah hilang tetapi telah dikesan berada di Rusia pada tahun 1956 dan Amerika Syarikat pada tahun 1970-an. Di Rusia kucing ini di panggil Stalingrad Kangaroo kucing.



Ciri-ciri
Munchkin secara umumnya digambarkan sebagai kucing yang comel, suka bermain, berorientasikan dan pintar. Kaki mereka yang pendek tidak menjejaskan kebolehan mereka untuk berlari atau melompat. Mereka dikenali kerana bersifat yakin & sukakan cabaran.


Munchkin yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kucing biasa. Ia adalah kucing kecil dan bersaiz sederhana. Kucing jantan Munchkins biasanya berat di antara 6 hingga 9 paun (kg 3-4) dan biasanya lebih besar daripada kucing betina Munchkin, yang lazimnya mempunyai berat di antara 4-8 pound. Kaki belakang kucing Munchkin lebih panjang daripada kaki depan. Menurut Animal Planet show Cats 101, Terdapat tiga jenis kaki kucing Munchkins iaitu standard, super-short, and rug hugger.




Ia juga mempunyai pelbagai jenis bulu iaitu Long Hair, Semi Long Hair dan Short Hair.


* u all lehla google yea pasal Munchkin nie... 









Ni kucing Munchkin yang Mulan pegang... Kaki pendek... Tuan dia panggil Ketot... 



Alolo... Cam holding baby... 




Ambik ko... Sangat baik n jinak... 




Berpelukan we all u know... Best pegang dia.. Teringin pulak nak adopt kucing... huhu



















Thursday, August 2, 2012

Fameara booth at Downtown Cheras,KL

Assalamualaikum wbt...

Since Fameara open kat Downtown Cheras nieh, ahli famearas pun sama naiklah sibuk jugak... Sibuk mengalahkan PM, Najib... Huhu... Three of us as a carrier woman should manage our time perfectly... Yelah, mana nak uruskan anak, fulltime kerja, kerja-kerja rumah lagi kan....

Anyway we`re enjoyed dengan perniagaan yang we all ceburi nieh.... Sangat-sangat enjoy... Actually berniaga dekat Downtown ni memang best... Orang ramai... Parking pun jauh jer kekadang tu... Kena datang awal la...  Pada yang belum berkesempatan ber'shopping' raya bolehla ke booth Mulan Maseirra di no 6... Khemah kuning yea... Bgtau lah u all ni pembaca blog Mulan Maseirra ataupun dari Fameara Butik... Satu company jugak... Semua akan diberi diskaun.... Don't worry...


Mehla, tengok suasana di sana dan barangan yang kami jual... 





beg tangan... dah tinggal sikit dah ni... banyak dah dijual... Ingat nak restock lagi...
Jam tu rm30... English style...



blouse polka orange yang tergantung tu pun dah sold... Alhamdulillah...





Beg dan bakul 2nd hand kat bawah tu... murah2 ajer... 





Kerongsang, biskut raya (Patmah Cookies-masuk paper BH on 6 Ogos 2012), Baju Melayu






zoom to close... rm30 jer...






Jemput semua datang ke booth kami yea... 



Tuesday, July 31, 2012

Juadah Berbuka

Assalamualaikum wbt...

Marvelous tak??? hehe... Inilah juadah berbuka puasa kami..... Syukur... Kita di Malaysia ni macam-macam makanan ada... Kesian rasanya bila tengok negara lain yang mati kebuluran akibat tiada makanan... Kita di Malaysia mati disebabkan terlebih makan... Hurmmm... Meh tengok apa juadah yang Mulan Maseirra masak untuk Ramadhan ke 6 hari tu...







ikan yang disalut dengan cili blender dan dibalut dengan daun dipasang dan aluminium foil..







sambal sotong petai







ikan bakar tu cicah dengan air asam....
perisa : tomato hiris dadu, cili padi dipotong-potong, sedikit belacan, air asam jawa, garam dan gula...

Monday, July 23, 2012

Triffle sedap

Assalamualaikum wbt...

Dah 2 tahun kot bila dah mula pandai buat Triffle nie, bila ada jer event apa-apa mesti offer diri untuk masak... Last week, ada port luck kat sekolah... This time being, bukan Mulan yang offer tapi PK KOKO mintak masak dan bayar upah sekali... (oh god, Mulan tak ambik pun upah... sedekah ajer..)

Jom tengok resipi Triffle... Senang sangat... Semudah ABC...






Bahan-bahannya ialah tepung kastard, agar-agar NONA (perasa Mango), Swiss Roll, Buah-Buahan Cocktail




Susu cair





1. Swiss Role dihimpit-himpit pada lapisan pertama.




Mulan buat 2 bekas... bekas yang lain Mulan letakkan pandan Swiss Role




2. Lapisan ke-2 : Taburkan sedikit buah-buahan cocktail 



3. Tuangkan kastard... Untuk buat kastard masakkan 1 tin susu cair + 4 sudu tepung kastard + 1/2 cawan air. Pastikan dimasak sehingga pekat dan sentiasa kacau untuk elakkan berketul...





4. Tunggu kastard tu sejuk dan keras sebentar. Kemudian masukkan lebihan buah-buahan Cocktail





Mulan masukkan juga Nata De Coco Laici... (air dia Mulan tak masukkan)... buah-buahan cocktail pun tak masukkan air-nya juga... 


 5. Lapisan terakhir, masukkan agar-agar NONA. Biarkan sejuk dan letak dalam peti ais....






 Time mencedok Triffle, kena cepat sebelum habis..





Tadaa... nak sedap campurkan dengan susu cair... Ada yang suka letak buah-buahan lain... hiaslah ikut citarasa anda.... 


Selamat mencuba!

Friday, July 20, 2012

Cashout Nuffnang

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, setelah berblogging selama inilah hasil yang Mulan Maseirra dapat... Bukan sehari 2 babe, malah bertahun kot... Since Julai 2010 Mulan start berbelog, mulanya hanya sekadar sajer-sajer, suka-suka, poyo-poyo malah perasan yang teramat sangat.... Bila dah masuk tahun kedua, barulah berjinak-jinak dan rasa 'feel' berbelog tu datang menguasai diri ini...

Tahun ketiga, rasanya kalo tak publish seminggu sekali, memang tak sah lah... hehe... Rajin pulak tetiba pulak diri ini... Mungkin kali ini topik Mulan lebih kepada info, sharing menda-menda yang bermanfaat kot... Poyo-poyo pun ada jugak...  selalu jer.... haha

Actually Mulan nak cerita earning Mulan yang sikit lagi jer nak sampai RM50.00... Tak sabar nak cashout babe... Lama gak tunggu nie... Alhamdulillah lagi sekali...




Wednesday, July 18, 2012

Makanan Dunia Yang Lazat

Assalamualaikum wbt...

Kat bawah ini adalah makanan yang terlazat di dunia setakat ini.... Wowww.... Murah je babe... RM7.00 jer kat Dunkin Donut... Ni makanan yang Mulan Masierra nikmati sebelum mula berniaga di Rasta TTDI last 2 weeks ago... Gitu... Lama kemain Mulan Maseirra peram gambar nieh...



see... kenikmatan n so indulge me...



ada 12pcs dalam nie...







oreo donut kot... aiyakk manyak sedap....



Sebelum tu, sambil mengunyah meh kite tengok jumlah kalori untuk seketul donut..... Berapa agaknya ya?

Donut (1 biji) - 268 kalori

Apa dikira dengan kalori berbanding tahap keinginan yang lebih tinggi terhadap makanan itu? Sudah tentu signal nafsu makan akan dihantar ke otak dan otak akan reply 'ya, kau kena makan dengan lahapnya'... Itu pun kalo ambik seketol jer... Kalo 2-3 ketol habisla... Mulan nak share jumlah kalori yang Mulan ambik dari sebuah lama web nie... madamnuyul.blogspot.com...  Jom lihat berapa kalori kau ambik hari-hari.... 


ROTI/BISKUT/KEK


1. Roti Kari Ayam (1 biji) - 204 kalori
2. Sandwich Sardin (1 biji) - 71 kalori
3. Roti Kaya/Kelapa (1 biji) - 219 kalori
4. Roti Kacang Merah (1 biji) - 223 kalori
5. Papadam (1 keping) - 26 kalori
6. Murtabak Daging (1 biji) - 722 kalori
7. Biskut Chip Coklat (4 biji) - 200 kalori
8. Kek Keju (1 potong) - 400 kalori
9. Roti Canai Kosong & Dhal (1keping+1/2 mangkuk) - 414 kalori 
10. Karipap (2 biji) - 256 kalori 
11. Capati & Kuah (1keping+1/2 mangkuk) - 166 kalori 
12. Choo-cheong-fun (1 keping) - 236 kalori 
13. Roti Kosong (1 keping) - 75 kalori




MEE/NASI


1. Kuay Teow Goreng + kerang (1 pinggan) - 743 kalori
2. Mee Goreng Mamak (1 pinggan) - 660 kalori 
3. Mee Sup Udang (1 mangkuk) - 293 kalori 
4. Laksa Kari (1 mangkuk) - 589 kalori 
5. Lor Mee (1 mangkuk) - 383 kalori 
6. Mee Rebus (1 mangkuk) - 556 kalori 
7. Mee Hailam (1 mangkuk) - 277 kalori 
8. Mee Sup Wantan (1 mangkuk) -217 kalori 
9. Mee/Bihun Goreng (1 pinggan) - 510 kalori 
10. Mee Wantan Kering (1 pinggan) - 409 kalori 
11. Laksa Penang (1 mangkuk) - 436 kalori 
12. Mee Sup (1 mangkuk) - 381 kalori 
13. Nasi Lemak dengan sambal (1 pinggan) - 644 kalori



JEM/MENTEGA

1. Butter, Marjerin, Mayonis (1 s/k) - 45 kalori 
2. Peanut Butter (1 sudu kecil) - 33 kalori 
3. Kaya (1 sudu kecil) - 39 kalori 
4. Jem Buah (1 sudu kecil) - 20 kalori



BUAH-BUAHAN

1. Anggur (8 biji) - 60 kalori 
2. Langsat (10 biji) - 31 kalori 
3. Jambu Batu ( 1/2 biji kecil) - 60 kalori 
4. Mangga ( 1/2 biji besar) - 67 kalori 
5. Durian ( 2 ulas sederhana) - 60 kalori 
6. Pisang ( 1 biji sederhana) - 60 
7. Epal Merah ( 1 biji) - 63 kalori 
8. Tembikai ( 1 potong kecil) - 60 kalori 
9. Betik (1 potong) - 56 kalori




LAIN-LAIN

1. Oatmeal kosong (1 mangkuk) - 225 kalori 
2. Oatmeal & susu (1 mangkuk) - 356 kalori 
3. Telur Rebus (1 biji) - 76 kalori




KUIH TRADISIONAL 

1. Cucur Udang (1 biji) - 144 kalori 
2. Vadai (1 biji) - 194 kalori 
3. Donut (1 biji) - 268 kalori 
4. Kuih Apam Balik (1 keping) - 282 kalori 
5. Kek Kosong (1 keping) - 100 kalori 
6. Pisang Goreng (1 biji) - 129 kalori 
7. Kuih Koci/ Pulut Putih (1 biji) - 183 kalori 
8. Kuih Talam Seri Kaya (1 biji) - 183 kalori 
9. Popia Goreng (1 biji) - 91 kalori




NASI/ BUBUR

1. Nasi Kosong (1 mangkuk) - 207 kalori 
2. Nasi Briyani+ Kambing (1 pinggan) - 587 kalori 
3. Nasi Minyak+ Rendang Daging (1 pinggan) - 664 kalori 
4. Nasi Kerabu (1 pinggan) - 360 kalori 
5. Bubur Kosong (1 mangkuk) - 182 kalori 
6. Bubur Ayam (1 mangkuk) - 348 kalori




DAGING & MAKANAN LAUT

1. Ikan Kembong Goreng (1 ekor) - 219 kalori 
2. Kari Kepala Ikan (1 pinggan kecil) - 288 kalori 
3. Deep Fried Baby Sotong ( 1 pinggan kecil) - 630 kalori 
4. Sambal Udang (1 pinggan kecil) - 194 kalori 
5. Satay Ayam (10 cucuk) - 365 kalori 
6. Kuah Satay (1/2 mangkuk) - 129 kalor 
7. Rendang Daging (2 ketul kecil) -228 kalori 
8. Kari Kambing (2 ketul kecil) - 287 kalori 
9. Kari Ayam (1 ketul sederhana) -195 kalori




SAYURAN

1. Salad Kosong (1 mangkuk) - 100 kalori 
2. Salad 'dressing' (1 sudu kecil) - 60 kalori 
3. Sayur Goreng ( 1 pinggan) - 66 kalori 
4. Sayur Lemak ( 1 pinggan) - 140 kalori




SUP 

1. Sup krim (1 mangkuk) - 375 kalori 
2. Sup Kosong Daging/ Sayur (1 mangkuk) - 200 kalori




LAIN-LAIN

1. Tauhu Stim (1 keping) - 102 kalori
2. Telur Goreng (1 biji) - 128 kalori


MAKANAN SEGERA,BURGER

1. Burger Daging (1 biji) - 317 kalori
2. Burger Keju ( 1 biji) - 341 kalori
3. Burger Keju+ Daging (1 biji) - 438 kalori
4. Hot Dog (1 biji) - 225 kalori
5. Sundae Coklat(1 cawan) - 380 kalori
6. Pie Epal (1 keping) - 260 kalori




PIZZA

1. Pepperoni Daging (1 keping) - 155 kalori
2. Daging, Ayam, Bawang (1 keping) - 242 kalori
3. Ayam & Nanas (1 keping) - 268 kalori
4. Bawang, Tomato & lain-lain (1 keping) - 149 kalori




PASTA & SPAGHETTI

1. Sos Daging & Keju (1 pinggan kecil) - 444 kalori
2. Kosong (1 pinggan kecil) - 169 kalori




AYAM

1. Ayam Goreng (1 ketul) - 290 kalori
2. Chicken Wing (1 ketil) - 166 kalori
3. Thigh (1 ketul) - 320 kalori
4. Mashed potato ( 1 mangkuk sederhana) - 87 kalori
5. Coleslaw (1 mangkuk kecil) - 62 kalori
6. French Fries (1 mangkuk kecil) - 290 kalori




SANDWICH

1. Tuna (1 set) -174 kalori
2. Ikan, Salad (1 set) - 328 kalori
3. Ayam, Salad (1 set) - 481 kalori
4. Ayam (1set) - 270 kalori




SNEK

1. Pasembur (1 pinggan) - 752 kalori
2. Agar-Agar (1 keping) - 37 kalori
3. Cendol (1 mangkuk) - 199 kalori
4. Bubur Chacha (1 mangkuk) - 165 kalori
5. Bubur Kacang Hijau (1 mangkuk) - 244 kalori
6. Yoghurt Rendah Lemak (150g) - 100 kalori
7. Ais Krim (2 scoops) - 105 kalori 
8. Ais Kacang (1 mangkuk) - 258 kalori
9. Potato Chips (1 pek kecil) - 95 kalori
10. Keju diproses (1 keping) - 54 kalori
11. Almond/Cashew Nuts (6 biji) - 45 kalori




MINUMAN

1. Chinese Tea ( 1 gelas) - 0 kalori
2. Jus Segar, pemanis (1 gelas) - 120 kalori
3. Milo 'O' 2 sudu kecil (1 gelas) - 50 kalori
4. Air Kelapa (1 biji) - 110 kalori
5. Susu Soya (1 paket kecil) - 163 kalori
6. Tau Foo Far, 1 sudu kecil gula (1 mangkuk) - 144 kalori
7. Susu Rendah Lemak 3 sudu kecil (1 gelas) - 130 kalori
8. Susu Penuh Krim 3 sudu kecil (1 gelas) - 150 kalori
9. Ice Lemon Tea + 1 sudu gula ( 1 gelas) - 26 kalori
10. Air Bandung (1 gelas) - 150 kalori
11. Minuman Ringan (1 tin) - 120 kalori
12. Milo + pemanis (1 cawan) -133 kalori
13. Kopi 'O'/Teh 'O' (1 cawan) - 83 kalori
14. Teh Tarik (1 cawan) - 83 kalori


 Wah, bila tengok camni ada jugakla rasa insaf... But, ya know who cares... Melantak lebih penting dari kalori yang sesat di tubuh nie... :(((

Monday, July 16, 2012

Buang ulat di muka ku

Assalamualaikum wbt...

Sila lihat bait-bait ayat di atas dengan jelas yea... Buang ulat di muka ku- bukan di muka buku oke...
Biar betul muka Mulan Maseirra ada ulat? EEEE... yakkksss... Ni nak citer nieh... Kat bawah ni ada video ulat-ulat yang dibuang...

Ahad lepas Mulan n makcik pergi buat rawatan resdung di Klang... Mulan bawak adik perempuan bersama sebab jerawat adik agak banyak... Mana tau boleh sembuh kan...

Makcik Mulan dah pergi buat rawatan ini sebelum ini di situ... Time tu mak nya yang buat tapi sekarang ni dia dah turunkan kepada anak perempuan, menantu dan cucunya... Masa pergi tu memang tak jumpa makcik tu pun selaku pengasas rawatan resdung nieh...

Mula-mula tu nama Mulan di panggil dan diminta duduk di atas kerusi... Then, dia ambik kain hitam dan tutupkan bahagian leher dan badan -macam kat saloon rambut tu.......Kemudian, dia ambil kain bersih dan apply di muka untuk buang bedak yang Mulan pakai masa datang tadi... Then, dia mula sapukan serbuk daun pandan ke muka... Sambil dibacakan doa... Then dalam 2 minit gitu, dia tanya ada rasa apa-apa tak di muka... Mulan dapat rasa kat muka ni seolah-olah ada benda yang bergerak... Itulah ULAT...

Then,ulat itu disapukan ke bawah bersama dengan daun pandan yang diletakkan di atas muka tadi.... Memang kita boleh nampak jelas ULAT tu bergerak-gerak babe... Dulu, Mulan Maseirra anggap ULAT atau rawatan Resdung ni adalah MITOS semata-mata... Tapi bile kena kat batang hidung sendiri baru lah haaa ko... Mau taknak percaya ko....

But seriously, tak geli pun sebab ULAT tersebut sangat kecil dan seperti cacing kerawit - cam yang selalu ada kat budak-budak kecil...  Mulan Maseirra adalah seorang yang penggeli dan akan rasa merenyam bila tengok ulat even ulat samapah-apatah lagi ulat pokok tu-beluncas or whatever... Tapi bila tengok ULAT ni rasa nothing... Tak takut n tak geli pun...



Ada ULAT kat situ... Siapa boleh cari memang tajam pandangan matanya....




This is my auntie punya rawatan resdung... So bolehla nak snap gambar...




Akak yang merawat ni pun sempoi je orangnya... Pastu, dia benarkan anak-anak/sedara/ rakan-rakan kita masuk untuk tengok...




Itu ULAT lagi...





ni video ulat-ulat kat muka my auntie... she manage to produce 4 ekor ulat...
mine 2, my sister 2, my uncle 2-3 ekor...

Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum wbt....

Dah lama tak makan spaghetti benonye... Of course spaghetti ni  bukan makanan Malaysia...Tapi spaghetti dah jadi rutin n makanan kegemaran among Malaysians... Termasukla Mulan Maseirra yang kuat jugak darah Italy ni dan gemarinya... Perasan yang amat dahsyat di situ....

Actually adik Mulan bertandang ke rumah minggu lepas... Jadi, dengan ringan tulangnya Mulan Masierra dan rajinnya membeli bahan-bahan membuat spaghetti di pasar raya berdekatan... Bila ramai orang di rumah barulah ada semangat nak memasak dengan jayanya...

Jadi dengan gigihnya Mulan ambik masa 30-40 minit ajer untuk memasak... Masak spaghetti ni semudah ABC jer tau... Seriously said...

  • 1 pack spaghetti (jenis lain pun boleh, ikut kesukaan contohnya fettucine)
  • 2 labu bawang besar (yg kaler kuning tu)
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 tin button mushroom (nak letak sayur lain pun boleh)
  • 500 gm minced beef/chicken
  • 1 tin tomato puree
  • 1 tin air (sukat guna tin tomato puree tadi)
  • Oregano (Mulan tak letak pun)
  • Sedikit margerine/butter
Mesti u all boleh agak dah cemane nak buat kan... hehe... Let me make a simple instruction to all of you yang berangan nak buat lepas nieh yea..

1. Tumis bawang putih, bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan tomato puree. ( 1 tin)
3. Masukkan chicken/ beef (Mulan masukkan daging lumat tu jer)
4. Masukkan button mushroom

Siap... Jangan lupa masukkan garam n perasa tambahan yang anda suka... Pasta pulak cuma rebus bersama sedikit minyak... Taknak kasi melekat pasta nya...

Sedikit salasilah dan asal usul Pasta/ Spaghetti...


Pasta adalah makanan olahan yang digunakan pada masakan Italia, dibuat dari campurantepung terigu, air, telur, dan garam yang membentuk adonan yang bisa dibentuk menjadi berbagai variasi ukuran dan bentuk. Pasta dijadikan berbagai hidangan setelah dimasak dengan cara direbus. Di Indonesia, jenis pasta yang populer misalnya spageti, makaroni danlasagna.

Dalam bahasa Inggris, pasta adalah sebutan untuk berbagai jenis masakan dengan bahan utama salah satu jenis pasta yang diberi bumbu dan saus. Pasta berasal dari bahasa Italia"pasta alimentare" yang berarti adonan bahan makanan. Dalam arti luas, "pasta" bisa berarti semua adonan seperti adonan roti, pastry, atau cake. Dalam bahasa Italia, pasta yang berarti bahan makanan seperti mi disebut pastasciutta.



Sila lah tengok spaghetti Mulan Maseirra yang agak messy itu yea... Bersepah mak...















 nota kaki : maaf sekiranya gambar kurang cantik... Supposed i ambik masa sebelum masak bersama bahan2 nya tapi apakan daya, daya untuk makan spaghetti dengan kadar segera lebih kuat medan magnetnya...

Shopping Shopping