Monday, August 15, 2011

4 Hot Mama Summer

Layan gambar terbaru Natasha Hudson, Ziana Zain, Sari Yanti dan Nora Danish....



Kisah Dongeng- Stacy

Assalamualaikum...


Pepagi nieh Mulan nak perdengarkan sebuah lagu dendangan dari Stacy buat halwa telinga anda semua.... Confirm tak menyesal... Seems a sad song... Uwaaa.... Do not be so humble and please treat yourself to be good in condition... Then u`ll make a move to future darling...





KISAH DONGENG – STACY 

Ku sedar ku tak seberapa
Jika di banding mereka
Yang jauh lebih megah
Dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk
Dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima Insan tak sempurna
Atau mungkin cinta Sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
DiPeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi Jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku bukan seadanya
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempyrna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Psssttttttt.... Nabil nak Menikah

Assalamualaikum wbt... Jom baca gossipp...

Kata Nabil :
"Saya tidak mahu menunggu lama lagi. Bukan terburu-buru, tetapi saya tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas percintaan dengan Irma Hasmie selama dua tahun dulu kecundang di tengah jalan. Saya mengenai Zira sudah enam tahun, dia rapat dengan adik ipar saya. Tapi kami hanya kenal saja, tak rapat dan bercakap jauh sekali. Bagaimanapun, hubungan kami menjadi semakin akrab sejak awal tahun ini. Saya melihat kelebihan pada Zira yang tidak ditemui pada gadis lain. Saya suka sikapnya yang tidak suka menunjuk-nunjuk dan ikhlas. Keistimewaan Zira itulah membuatkan hati saya terbuka untuk melamarnya sebagai isteri."

Sunday, August 14, 2011

BONUS dah masuk...

Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah, pagi ni check Maybank2U bonus telah dikreditkan ke akaun... Hurm, tengah pikir-pikir ni apa nak buat dengan duit itu... Haha, takde maknanya, duit itu khas untuk membayar biskut/kuih raya, baju raya untuk mak, abah dan diri sendiri dan bla bla bla... Haishhh.... anyway, thanks to PM yang sudi bagi bonus pada kami warga government... Yelah, berbaloi lah dah 2 tahun kot tak dapat.... 


Duit sekarang ni dah macam air lajunya.... Kalau bawak RM50 tu sekejap ajer habisnya... Lebih-lebih lagi kalau kau duduk kat tempat yang ekonomi tinggi... Cam Mulan, stay kat Puchong... Boleh tahan gakla dia punya mahal... Tapi kena pandai cari kedai yang murah dan berbaloi-baloi... 


Jangan lupa duit raya untuk anak-anak saudara... Tapi takdelah nak kasik kau RM50 tuh... Mau botak kepala en asben... hehe

Friday, August 12, 2011

BEN ASHAARI AJAK TEKA DAN MENANG

Assalamualaikum wbt....



Jawapan : Ipad 2...

hehe... Kau nak masuk click ajer banner di atas...

Thursday, August 11, 2011

Karikatur Ramadhan

Assalamualaikum wbt...


Wordless... Layankan ajer gambar-gambar sempena Ramadhan nie...

Mulan tak faham yang simbol bawah makanan itu? Kau faham? Huhu... 


Are u leaving us Syaitan?


Niat puasa dengan betul yea...

Lagi 2 minggu kita tengok anak bulan yea... Ada ke lagi anak bulan??

Fadhilat Berbuka Dengan Kurma


Wah, sedapnya tengok kurma ni kan... Terliur dah rasanya... Tak sabar pulak nak berbuka puasa jap g...
Kurma memang sedap... Tapi kau tau ke fadhilat berbuka dengan nya? Meh Mulan nak cerita sikit...



ALLAH SWT telah menjadikan kurma atau tamar dengan banyak keistimewaan dan kelebihannya. Kurma adalah satu mukjizat dan sumber rezeki, manfaat serta memberi kesihatan bagi kehidupan manusia.
Banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW yang menyebutkan kelebihan dan keutamaan kurma. Antara lain Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan gegarlah ke arahmu batang pokok tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.” – (Surah Maryam, ayat 25).
Allah memerintahkan Siti Maryam untuk menggegarkan batang pokok kurma ketika melahirkan anaknya, Nabi Isa as. Tanpa seorang pun yang membantunya, air mengalir di sisinya. Air itu kemudian diambil dan diminumnya sebagai ganti cairan tubuh yang hilang ketika melahirkan Nabi Isa.

Firaun juga memilih batang kurma untuk menyalib orang yang beriman kepada Tuhan Musa dan Harun sebagai azab bagi mereka kerana kekuatan dan kekukuhan yang ada pada pokok itu. Penyihir itu berkata: “Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa.” (Surah Taaha, ayat 70).
Mengenai kurma sebagai buah yang berkat, Rasulullah SAW mewasiatkan kepada umatnya untuk memakannya ketika berbuka puasa.
Daripada Salman Ibnu Amir RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika salah seorang di antara kamu akan berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkat, kalau tiada, dengan air kerana air itu bersih dan suci.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).
Daripada Anas RA berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW berbuka puasa dengan beberapa rothab (kurma mekar yang dipetik dari pohonnya) sebelum bersolat (Maghrib). Kalau tidak ada rothab, maka dengan beberapa kurma matang (kering), kalau tidak ada, maka dengan beberapa teguk air.”(Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).
Tidak diragukan lagi bahawa di sebalik sunnah Nabi SAW ini, ada petunjuk perubatan dan manfaat yang banyak bagi kesihatan dan hukum yang elok dan bagus untuk manusia. Rasulullah SAW telah memilih makanan ini (kurma) atau tamar dan tidak memilih yang lainnya kerana adanya manfaat yang sangat besar dan mulia.
Dalam hadis juga disebutkan keutamaan tamar atau kurma itu. Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Rumah yang tidak memiliki kurma adalah rumah yang penghuninya sentiasa berasa lapar.” (Hadis riwayat Bukhari).
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya tamar itu menghilangkan penyakit dan tidak ada penyakit di dalamnya kerana ia adalah tanaman dari syurga yang boleh dijadikan sebagai ubat.”
Sa’ad RA berkata: “Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Siapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah (kurma Nabi), maka akan terhindar daripada racun dan sihir.”(Hadis riwayat Bukhari)
Ibnu Qaiyyim dalam kitabnya Zaadul Ma’ad berkata: “Kurma ialah buah-buahan yang sangat sesuai untuk mengisi perut yang kosong dan mampu memberi tenaga bagi tubuh. Kurma juga buah yang bermutu tinggi dan bermanfaat bagi kesihatan hati manusia dan dapat menghaluskan tabiat manusia yang kasar.”
Satu kajian dilakukan untuk mengetahui kandungan kimia dan biologis dalam kurma. Kajian itu berkesimpulan bahawa, setiap bahagian kurma yang dimakan mengandungi kandungan zat gula 70-75 peratus, 2-3 peratus protein, 5-8 peratus serat dan sedikit kandungan lemak. Selain itu, dalam penelitian perubatan juga didapati bahawa kurma mengandungi 65-70 peratus air jernih, 24-58 peratus zat gula, 2-2.1 peratus protein, 5.2 peratus serat dan sangat sedikit kandungan lemak.
P/S: Hati-hati dengan kurma keluaran Israel, Jordan River yang banyak dijual di pasaran.



Solat Terawih Korang Macam Ni ke?

Assalamualaikum wbt....


Disebabkan gambar kartun nie lelaki so, Mulan tujukan pada lelaki jelah ek... Perempuan is excused.. Yea yea..
Biasalah kan memang sudah termaktub sejak azali lagi Syaitan akan menggoda umat nabi Adam sehingga kiamat... So, no wonder lah kita akan berimaginasi macam-macam masa sembahyang... 


Agak-agak kau tergolong dalam golongan mana?

Wednesday, August 10, 2011

Cencaru Sumbat

Assalamualaikum wbt...


Selalunya kita akan excited bila tiba Bulan Ramadhan kan... Yelah, sebab time nilah mak-mak kita akan masak masakan yang sedap-sedap buat kita... Macam Mulan pun sama, since dah kahwin n duduk jauh dengan emak ini maka selalulah Mulan termimpi-mimpi dengan masakan mak... Hurm,,, sob sob... Rindu mak... 


Selalunya mak Mulan akan tanya "hampa nak makan apa petang ini?"....


Nanti Mulan akan cakap "Akak ingat nak makan karipap kentang, nasi ayam, nasi tomato, bla.. bla..."


Sekarang ni bila dah bersuami, Mulan pulak sibuk tanya en Asben "Abg, nak berbuka dengan apa jap g?"

Asben akan cakap "Ikut lah"... Very shortform gilesss.... Tak gaduh n tak payah dah... Memang senang sangat nak jaga en asben... Dia tak memilih... Belasah ajer apa yang ada... Cuma ada lah certain makanan yang dia tak usik... Memang selera kampung asben I nieh... Japanese food cam Sushi ke, Teppayaki ke memang dia tak boleh blah... Yang tu Mulan belah sorang-sorang...


Terfikir petang ni nak masak apa? Mulan ingat nak masak ikan cencaru sumbat... Yummy... Nah gambar Mulan bagi kat kau... 


Meh tengok macam mana nak buat Cencaru Sumbat.



Bahan-bahannya
2 ekor ikan sumbat ( dibuang isi perut dan insangnya dan di belah bhgn belakang)
4-6 biji cili padi
2 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 inci halia
1/2 inci kunyit
1 batang serai
sedikit asam jawa
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
sedikit perasa
cara membuatnya.
1. Semua bahan disatukan dan ditumbuk lumat. Gaulkan dengan asam jawa yang telah di asingkan bijinya.
2. Kemudian sumbatlah bahan tadi ke dalam ikan ( bahagian belakang yang telah di belah dan bahagian perutnya.
3. Bakarlah di atas api sederhana atau boleh juga di masukkan di dalan oven. Mulan goreng ajer.. 

Kenapalah Engkau Malas Sembahyang?


Assalamualaikum wbt...

Mulan nak share pantun "Kenapalah Engkau Malas Sembahyang" dengan u all... Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini mari kita insafkan diri... Bukan untuk u all jer tapi diri Mulan sendiri... Amin...

Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri engkau jasad lengkap dengan bayang-bayang,
Tidakkah lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri roh malam dan siang?
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Hendak makan minum pun dah senang,
Negara aman bukan perlu berperang,
Lima minit untuk lima waktu pun tak boleh luang.
...
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri akal supaya engkau berbeza dengan binatang,
Allah beri ilmu boleh berfikir susah dan senang,
Allah beri banyak nikmat kenapa tidak dikenang?
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Main bola sanggup sampai ke petang,
Beli tiket konsert sanggup beratur panjang,
Engkau ingat boleh masuk syurga dengan senang?
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Ingatlah umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat, petang boleh kaku kejang,
Dalam kubur nanti jawablah seorang.
...
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Siksa neraka cubalah dibayang,
Masa di akhirat terlalu panjang,
Janji Allah pasti datang tidak terhalang.
Ingatlah wahai saudara Islamku sekalian,
Sematkanlah kata-kata ini sebagai peringatan,
Fikirkan sejenak kepada pesanan:
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."

p/s : Mulan dah pernah baca pantun ni masa umur Mulan Form 3 tak silap... Mulan tengok tertampal dekat rumah sepupu... Memang ada kebenarannya pun... Kita ni yang mudah alpa dan leka dengan urusan duniawi sehingga lupa ibadah akhirat... 
"Selamat Beramal... Dari pN. Mulan yang tak berapa easy..."

Cik Cempaka nak bagi Doodle Free?

Assalamualaikum wbt...

Mulan joint contest dari Cik Cempaka aka Doodlelicious...

Mak aihh lawa bangat doodle Cik Cempaka nieh... Semua post dari CC nieh dibuatnya doodle... Sangat comel... Hurmm... tergoda kejap iman Mulan bila tengok doodle yang super duper cute tueh...

Naper Mulan nak? Mestilah jawapan dia Mulan sangat suka akan doodle yang cantik rupawan itu... Cuba kau cakap saper yang tak nak kalo dah cenggitu comey nya... hehe... seyes ar Mulan suka...

Nak buat tak reti kan... Kalau Mulan buat agaknya jadi doodle doraemon kot... tak pun terus jadi Giant tueh... Mulan belek-belek blog CC nieh and Mulan rasa doodle yang paling cantik dan anggun adalah doodle kat bawah nieh...

Kalau lah Mulan dapat kan... sob sob... tetibe kau nieh...

Tuesday, August 9, 2011

BEN ASHAARI AJAK KENAL BLOG INI #2





 click untuk sertai segmen

Assalamualaikum.... u all kenal tak abang kacak kat atas nieh? huh... tak kenal potong kepala kau...

Mulan dengan jari-jari yang tak berapa runcing ni dengan semangat nak joint Segmen abg Ben nieh... Lama dah tak joint segmen ni babe... Bz manjang... Kalah PM USA... wekkksss...


Abang Ben suruh citer pulaks pasal blog... Haihhh... Ni yang Mulan malu nieh... Apa yang nak diceritakan babe... Blog Mulan yang setahun jagung nie masih perlukan nyawa-nyawa dari blogger lain untuk bernafas... Tolonglah berikan oksigen yang secukupnya pada Mulan Maseirra nieh...

3. Cerita pasal blog kau Mulan
              Mulan mula menulis pada Ogos 2010... Dah setahun kau yea... Haishhh... sambil mengelap peluh di dahi w/pun hakikatnya langsung takde peluh.... Sekejap ajer masa berlalu... Mulan rasa macam baru ajer buat blog... Mulan start buat blog selepas tengok cikgu kat sekolah ini dapat earning from Nuffnang... Wahh... boleh tahan babe... So, why not Mulan try buat... Even setahun dah blog Mulan tapi Mulan ni ala-ala Chipsmore gitu... Sekejap mood berblog datang membuak-buak sehingga sukar dibendung... (boleh post sehinggga 8 post 1 hari tanpa mengira kualiti yang diberikan kepada readers)... Kalau takde mood maka haramlah nak ada post even 1 minggu pon... Mane boleh cenggitu wahai Puan Mulan ku sayang... InsyaAllah Mulan akan berubah sikap kepada yang lebih murni dan rajin menghapdate....
yeke kau Mulan...

4. Dari mana Mulan dapat segmen Abg Ben
               Dari Dashboard Mulan lah... Mulan kan dah jadi follower abg Ben... buat-buat taktau pulak....


5. url blog yang bakal Mulan lawati... nanti Mulan update...okesss...

nak joint segmen sila click banner di atas... ;-)



...

Tips Blogging Part 1

Assalamualaikum wbt...


Arini Mulan ada mood nak buat tips blogging... Mulan tak expert mane pun tapi based on my tiny experience, Mulan nk share lah jugak tips-tips yang berguna ni kepada masyarakat di luar sana... tetibe... no no no... kepada blogger yang cute n manis sekalian... 


Blog Mulan pun actually tak ramai pun yang berkunjung setiap hari... Ini adalah akibat sifat yang tidak baik yang ada dalam diri Mulan sendiri yang menguasai seluruh organ badan dan menghalang Mulan untuk hapdate blog... Wink wink...Mulan rasa kekadang blogger lain pun ada masa camni... Ada mood tak best cenggini... Bila mood tak best so habisla bersawang dibuatnya.. Blog tersayang yang jadi mangsa... Sian kan... Nasib kau lah... 


Mari lihat apa yang patut blogger semua buat :


1. Gunakan bahasa kebangsaan yang betul... Jangan sesekali gunakan shortform yang macam budak-budak sekolah tu dok guna... Dialek pun tak usah terlalu dalam sampai orang tak boleh baca... Sebab bukan semua boleh faham apa yang kau tulis tu... 

contoh short form

- itew = itu
- krg = korang
- xnk = tak nak
- kitew = kita
- dye = dia

- korang suka yang mana? saya sayang emak.... rindu sangat pada mak...

- kew rang sukew yg maner? kitew cayunk mak .... rindew ngat kat mak kitew...

rasa-rasa kau lah kan , mane satu yang kau berminat nak baca? tulisan yang Italic (senget) tu ke atau yang tegak berdiri tu?

contoh dialek

Disebabkan kita 1 Malaysia so banyaklah bahasa-bahasa ibunda dari setiap negeri yang kita pertuturkan setiap hari... Contoh negeri di Pantai Timur : Kelantan, Terengganu... Sabah, Sarawak... Utara Malaysia : Perlis, Kedah... Kau budget semua orang boleh faham ke kalau kau tulis macam kat bawah ini...

Kelantan : guano demo tubek male takdi? Kawe dop napok gapo satu pong... 
= Macam kamu keluar malam tadi? Saya tak nampak pun.

Terengganu : kawang nok makang ikang bebanyok malang sak gi...
=Saya nak makan ikan dengan banyak malam nanti.

Kedah : pasai pa hampa ni jadi lagu nie? sat gi aku putaq sat g baru hampa tau... hampa tok sah dok "meghela" sangat noh... cewi hampa nieh... 

Sabah : Bah, pigi la kamu dulu 
= Kamu pergilah dulu.

Sarawak : sik ingat apa maksud ya tapi my daddy salu nyebut dolok-dolok
= tak ingat apa maksudnya tapi ayah selalu menyebutnya dulu

kamek = saya
kitak = engkau
nya = dia
sik = tidak

yang ini baru pasal loghat kau tau... belum lagi kau guna bahasa JAwa, Banjar... Mau terjuling-juling biji mata kau nak faham... hehe... translation untuk bahasa Kedah Mulan tak tau nak translate... even Mulan orang Kedah... Kau carilah sendiri maksud dia eh...



2. Pilih Font yang sesuai dan mudah dibaca. Macam Mulan pilih ini... Kan senang nak baca.. Tak payah lah berkaler-kaler benar word kau tu... Bukannya budak tadika yang nak baca... Mulan tengok ada yang suka font warna-warni pastu siap ada kecik dan besar saiz font nya... Pening wooo nak baca...

contoh :
saya sayang mak saya... Selalu rindu pada masakan mak saya...
saya sayang mak saya... Selalu rindu pada masakan mak saya...      

Yang Mulan tau ayat yang dibesarkan ini dipanggil "stress font"... Penekanan/ ketegasan dalam ayat... 
Ini baru biasa-biasa aje... Actually kita boleh change our post font dekat Design... toksah lah pilih font yang sangat classic... kan ke susah nak baca tu... hadoiii nye pon.... kekadang tu ada gak Mulan tengok ditulisnya senget-senget (Italic)... kau nak ke readers kau senget nanti? boleh teleng kepala readers kau baca tulisan Italic tu...


3. Layout template yang sesuai... Ini yang paling penting... Kalau nak pilih layout pilihlah yang cerah-cerah sikit... Atau kalau kalau kau suka hitam kena lah pandai match n mix colour font and layout template tu... Jangan sampai readers susah nak baca... Kena kontra.. Tak bolehla layout kau pink font kau purple... Terkebil-kebil lah readers kau nanti sudahnya... At last, readers pun malas nak masuk page kau... Kau jugak yang rugi...


4. Bahasa yang digunakan janganlah terlalu biadap... Wah,biadap nyer... Maksudnya tulislah dengan penuh adab dan sopan... Jangan sesekali direct to the point kalau u all marah sangat pun dengan sesiapa... Nanti readers u all pun nyampah nak baca... Dia orang akan kata "wah, syok sendiri lah Mulan nie"... Camtu lah lebih kurang... Jangan sesekali guna word "bodoh, sial dan lain-lain" yang tak baik dalam blog... Blog kita untuk tatapan umum... Jadi, jagalah hati readers anda supaya mereka sayangkan blog anda... N chances for visiting ur blog in other time will be increase in a time... Percayalah...

Mulan sekadar berkongsi ilmu ini... Itupun dari tunjuk blogger tegar yang tak kedekut ilmu nak share sesuatu yang murni untuk tatapan semua... Semua yang baik dtg dari Allah, yang kurang dalam penulisan Mulan adalah dari diri Mulan sendiri...

tq for visit... ;-)







Shopping Shopping