Tuesday, August 16, 2011

Betullah Mereka Bercinta

Assalamualaikum....


Rasanya umum dah tahu pasal hubungan Yusry dan Lisa Surihani... Mereka juga tidak sembunyikan perasaan hati mereka kepada masyarakat... Since, they not hiding from the reporter to "korek" the cerita and fulfill the photography session... Wah, camni lah kan... Dua-dua sama padan... Sama cantik dan cerdik... 


Ini kata dari Yusry 


"Memang kami berkawan lebih daripada biasa, tetapi saya tidak mahu kami digelar pasangan kekasih kerana perhubungan kami adalah matang. Kalau sebut kekasih, saya rasa seperti cinta monyet atau zaman muda-muda dulu yang pernah saya alami. Lainlah kalau sudah bertunang atau berkahwin.
"Apa yang boleh saya cakapkan, saya serius dengan hubungan ini dan kami bercinta cara orang dewasa, bukan lagi seperti orang yang ingin mencuba nasib dalam perhubungan. 
Kami memang serius."
"Status hubungan itu tidak perlulah nak jelaskan, harap berikan kami ruang sebelum kami boleh berikan jawapan yang konkrit. Sebenarnya bila saya disoal mengenai Yusry sebelum ini, bukan saya tidak mahu menjawab tetapi tidak manis untuk seorang perempuan yang mula bercakap mengenai hubungan, biarlah lelaki yang memulakannya dulu," ujar Lisa.

"Sebelum saya keluarkan kenyataan, kami berbincang terlebih dahulu dan apa sahaja yang saya katakan sebelum ini hasil perbincangan saya dengannya," kata Yusry.

“Kami berdua umpama hidup di bawah mikroskop, ke mana sahaja kami pergi dan lakukan, akan menjadi bahan perhatian bualan, kami terima kerana itu jalan hidup yang kami pilih. Sebagai manusia saya sendiri tidak tahu sejauh mana, hubungan kami boleh pergi.

“Kami dalam proses mengenal hati budi, tetapi orang sudah bertanya bila nak bertunang dan berkahwin. Mana saya boleh jawab kerana saya sendiri tidak pasti sejauh mana hubungan kami boleh pergi.
“Saya pun tidak mahu bercakap lebih-lebih kerana biasanya tiga bulan pertama dalam hubungan semuanya indah-indah belaka, jika hubungan kami tidak menjadi, yang jadi mangsanya adalah kami berdua. Sebab itu saya perlu berjaga-jaga dengan apa yang saya perkatakan," luah Yusry lagi.

“Saya kalau boleh tidak mahu heboh-heboh, nanti orang cakap apa pula sedangkan kamu baru sahaja berkawan. Tetapi saya hormati pihak media yang bertanya, jadi saya hanya jawab yang termampu. Kami tidak mahu jadi hipokrit,” kata Lisa.

"Dia seorang yang merendah diri dan senang berbincang. Sebab itu usia bukanlah menjadi penghalang buat kami. Kami selesa menjadi diri sendiri ketika bertemu, dia tidak perlu menjadi muda untuk saya, dan saya tidak perlu berlagak seperti wanita yang lebih berusia ketika bersama dia," tutur Lisa yang kini berusia 25 tahun, manakala Yusry berusia 37 tahun.

"Ya, kami macam pasangan yang lain juga, kami suka menonton wayang dan habiskan waktu yang terluang bersama. Mula-mula dulu, ibu Lisa akan teman dia tetapi sekarang kami sudah mula keluar berdua," jawab Yusry dengan jujur.







Nota kaki : Mula doakan mereka bahagia...

sumber : kosmo


3 comments:

Jangan lupa komen taw... wink wink
From Mulan Maseirra

Shopping Shopping