All about my dreams, my achieving, my inspirations, my charming, my love and all mine....
Wednesday, October 24, 2012
Agar Agar Pelangi
Assalmualaikum wbt...
Dah lama tak buat dessert.. Since Mulan ada jemputan makan-makan di rumah makcik baru-baru ni so Mulan pun google nak buat untuk dibawa makan bersama nanti... Cari punya cari pakcik google tunjukkan Agar-agar Pelangi nieh... So bermula lah kisah membuat nya... Tak senang babe... Dah tu agar-agar ni sangat sensitf... Terlebih air nanti jadi lembik... Terkurang air pulak jadi keras pulak..
AGAR-AGAR PELANGI INDAH
Bahan A
20 gm serbuk agar-agar
340 gm gula pasir
1725 ml air
6-8 helai daun pandan
Bahan B
20 gm serbuk agar-agar
340 gm gula pasir
1725 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih)
- saya gunakan 1 liter santan KARA + 725 ml air) - ni kes mls nak perah lerr..1 sudu teh garam
Bahan C
Loyang berukuran 23 x 23 x 8 cm (lebih kurang 9 x 9 x 3 inci)
-Mulan gunakan bekas Dadih tu jer... loyang takde... hehe
Pewarna ungu, kuning, merah, hijau atau apa pun warna pilihan anda
Cara-Cara
Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih. Tuang ke dalam loyang sebanyak 230 ml agar-agar santan (Bahan B). Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 230 ml agar-agar jarang (Bahan A). Biarkan sehingga hampir keras, lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setetes dua pewarna pilihan anda.
Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan, mengikut contoh susunan di bawah. Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.
Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.
Contoh Lapisan:LAPISAN 1 – 230 ML AGAR-AGAR PLAIN SANTAN
LAPISAN 2 – 230 ML AGAR-AGAR PLAIN JARANG
LAPISAN 3 – 230 ML AGAR-AGAR UNGU SANTAN
LAPISAN 4 – 230 ML AGAR-AGAR UNGU JARANG
LAPISAN 5 – 230 ML AGAR-AGAR KUNING SANTAN
LAPISAN 6 – 230 ML AGAR-AGAR KUNING JARANG
LAPISAN 7 – 230 ML AGAR-AGAR MERAH SANTAN
LAPISAN 8 – 230 ML AGAR-AGAR MERAH JARANG
LAPISAN 9 – 230 ML AGAR-AGAR HIJAU SANTAN
LAPISAN 10 – 230 ML AGAR-AGAR HIJAU JARANG
copy from http://rozzan.blogspot.com/2007/12/agar-agar-pelangi-indah.html
nota kaki : agar2 Mulan keras berdengung sebab sikit air... huhu..
Tuesday, October 23, 2012
Tutorial Hana Tajima dan Kenanga Mall
Assalamualaikum wbt...
Last weekend we all pergi jejalan kat Kenanga Mall... Kami pergi berenam..
3 couple... Each bring our own kids together.. Apa yang kami cari kat sini? Jejalan nak cari pasal jer...Fameara memang kaki jalan... FYI... Kali ni Mulan dah tak pakai tudung bawal or tudung lycra or tudung Ariani, Pearl Haya, Fareed dan lain-lain... Tapi hanya pakai shawl murah dan sangat mudah dibentuk... Lain sikit dari hari lain... Ala-ala Hana Tajima style... But i belit my own style... okey!

this is what I bought that day... Nice kan... Katanya batu ori... n rantai stainless steel...
Bukan apa yang Mulan beli yang nak dibincangkan di sini tapi style tudung yang Mulan wore that day.. Oh bulat sungguh muka ku itu... Sesekali nak jugak bergaya dan ikut trend terkini... Kat sini Mulan nak tunjuk tutorial Hijab Hana Tajima... Walaupun Mulan langsung tak macam Hana Tajima... Not at all... Mehla Mulan show u up how to treat like Hana Tajima...
Hana Tajima Pashmina Tutorial...
* lebih kurang camni la Mulan pakai... Tapi Mulan belit 2 belah... Belah kanan dan kiri... Sebelah pendek sebelah panjang... Suka hati lah cemaner u all nak belit asal tak belit leher jinjang u all sudah...
nota kaki : cam besh pulak gayakan tudung camni... Cam teenage pulak rasanya... Walhal umur dah near to 30 dah... Owhh aging please go away!
Nak muda meh click sini : http://zairahealth.blogspot.com/2012/10/beautskin-essence-rm240.html
Thursday, October 18, 2012
Buang Ulat Lagi!
Assalamualaikum wbt...
Kalo part 1 dulu Mulan ada cerita pasal buang ulat di muka ku kan... Lebih kurang sebulan lepas Mulan temankan adik repeat buat lagi rawatan resdung kat situ... Di mana tempatnya? Di Meru Klang... Dengan kakak-kakak yang sempoi jer so rasa comfort la... Bukan guna bomoh or whatever ilmu hitam lagi syirik di sisi agama...
Kali ni cuma buat kat muka adik jer... Kakak yang merawat tu merayu mintak adik datang lagi sekali untuk rawatan selanjutnya... Rawatan guna daun sirih pulak... Rawatan ini adalah rawatan lanjut selepas rawatan basic...
Meh tengok macam mana rawatan tu dijalankan...

adik tengah standby time nie...
dibacakan doa sebelum letak daun pandan...
sesi meletak daun pandan di muka..
dalam beberapa minit ditempek daun pandan di atas muka, kakak tu picit-picit mesra pipi adik nak tengok sama ada ulat tu keluar ke belum...
ni time picit jerawat... kata kakak ni kita memang kena picit jerawat untuk buang nanah,
kotoran kat muka...
this time she produced 4 ekor ulat... naik 2 ekor... dulu 1st buat 2 ekor jer...
muka adik sekarang... dan santek dah... bebas dari jerawat...
Disebabkan permintaan dari pembaca blog ini, Mulan letakkan contact number rawatan resdung ini kat bawah ni...
Kak Nor :
016 391 7994
Address :
No 20, Jalan Meranti Putih 2, Tmn Desa Permai, Batu 7 1/2,
Meru, Klang, Selangor.
Wednesday, October 17, 2012
Pengantin Terlampau
Assalamualaikum wbt...
Walaupun dah bertahun kami kahwin, tapi tak bermakna cinta kami akan padam... Of course saya sayang muncet saya... heeehe... Asam rumahtangga yang banyak mengajar kami dari jatuh, bangun dan rebah bersama-sama... Bersama-sama membina keluarga bahagia seperti yang diidamkan orang lain...
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri... Betul tak? Tadi Mulan belek-belek album lama n found gambar kahwin kami... Wah, hampir tak ingat dah kot pasal gambar nieh.... Jom review...
Gambar-gambar ini Mulan pick yang mana ok sahaja.. Actually semua pun ok tapi those are the best!
dan yang paling susah nak buat ialah gambar ini :

cantik kan colour make up dia...
peacock time...
dengan mak n abah tercinta...
.
.
.
.
.
.
.
-
.
.
.
.
.
dan yang paling susah nak buat ialah gambar ini :
giler kentang malu babe.. dun worry bukan betul pun... gimik je lebih... tak kena pun... hahaha
ni kat rumah Asri...
rumah Asri yg penuh bendang...
sebelah sana ialah Pulau Langkawi... so dekat kan...
berapa kali take entah nak ambik shot nieh? asyik tutup muka jer... photographer cakap ulang lagi... huhu
p/s : even our anniversary is not yet coming, motif upload gambar ni tujuannya untuk mengenang kembali sejarah perkahwinan kami.. Mungkin anak-anak kami akan cakap " ooo.. ni lah mak ayah kite dulu"... kan terharu kan... sejarah perkahwinan yang tak akan dilupakan...
Love u my hubby.. Lagi 2 bulan anniversary... <3 nbsp="nbsp" p="p">
3>
Tuesday, October 16, 2012
Khidmat Bantu SMK Seri Indah, Serdang
Assalamualaikum wbt...
As a part of technical team of Petaling Perdana, I`m offered to do a Social Work to help a victim flood at Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah, Serdang... Sangat kasihan kot sebab keseluruhan sekolah yang berada di Ground Floor dinaiki air... Makmal komputer diorang yang paling teruk terjejas... Sebab 2 makmal komputer yang terlibat...

air naik sampai ke lutut... CPU semua kat atas lantai... Bayangkan air masuk dalam CPU... Agak-agak boleh hidup lagi ke CPU tu?
kat tengah-tengah ni semua kami dah kumpulkan semua barang yang rosak... Power Supply mostly out...
apa yang kitorang buat, mula-mula keluarkan CPU processor dan keringkan guna hair dryer mak, kakak mahupun isteri punya... Keringkan kesemua bahagian...
RAM juga dikeluarkan...
Semua sibuk dok repair...
2 makmal komputer yang kami terokai... Hasilnya hampir separuh CPU rosak..
Mostly Motherboard rosak...
What if my bedroom in Pink?
Assalamualaiukm wbt...
Rentetan title di atas, adakah mungkin bilik tidur saya berwarna pink? Oh tidak... Mine personally yes, I will... But my hubby will say NO... Not at all... Seriously la... He's not a pink lover... Like Mine, I rather choose pink either of Blue or Orange...
Pinky bedroom is just like a girly girly... Mostly teenage would like to have a bedroom in pink... Betul tak? Ala, even not teenage, orang tua pun suka... But maybe in mild pink la kot... Mau terbeliak jer mata tak boleh tidur mak pak kita kalo pink terang bilik tidur diorang....
What u all will say about bedroom in pink? pink lover jom tengok...

Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga
Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.
Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.
Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..
Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)
copy from rakanmasjid. Semoga menjadi iktibar buat kita semua...
Monday, October 15, 2012
Doa Seorang Isteri Solehah
Doa Seorang Isteri Solehah
Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insn lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu
Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..
please hold my hand and walk together to the peak sayang...
p/s : time ni kat Batu Feringghi... Pergi ke tempat kami bercintan cintun dulu...
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)