JOM REBUT PELUANG INI

Click To Know Better

SILA BUKA APPLICATION GOOGLE CHROME UNTUK SETTING YANG SEMPURNA. TQ

Quite Interesting

Followers

Monday, December 3, 2012

Mee Kungfu Udang & Kepah

Assalamualaikum wbt...

Baru-baru ni beli mee sanggul... lama dah kot tak beli mee sanggul... Bila start dah beli apa lagi 2 malam berturut-turut dok masak Mee Kungfu... First malam letak udang jer... Malam kedua letak udang + kepah...
Kebetulan ada... My hubby tak leh makan sangat makanan jenis 'kerang' ni sebab dia pernah ada batu karang 3 tahun lepas... So, Mulan je lah yang bedal kepah tue...

Macam mana terjebak boleh buat sampai 2 malam berturut-turut? Sebabnya, my hubby yang request... I tanya "apa nak makan malam ni?"..... Dia cakap buat mee macam semalam... hehe... Suka lettew....

Meh tengok Mee Kungfu ala Mulan Maseirra... tak payah nak ikut resepi sangat... Main campak-campak jer siap lah... Guna jer bahan-bahan yang ada kat rumah... Tak payah la nak beria pergi 99 Speedmart nak beli untuk cukupkan bahan-bahan... :)


Malam Pertama...














Malam kedua...









Bahan A
  • 500 gm mee kuning (Mulan guna mee sanggul)
  • 5 biji telur [ dipukul] - depends la... sebiji pun boleh...
Bahan B
  • 100 gm udang basah -buangkan kulit pun boleh.tak buang pun boleh
  • 2 kepingan dada ayam -hiris kecil
  • 1 biji panjang fish cake potong nipis
  • 6 biji fish ball-potong nipis-akak tambah
  • 5 ulas bawang putih -dicincang-akak tumbuk
  • 100 gm sawi cina-potong kecil
  • 100 gm bunga kobis -dipotong kecil
  • 100 gm carrot -potong kecil dan memanjang
  • 5 tangkai jagung kecil-hiris serong
  • 2 sudu besar minyak masak-akak guna minyak jagung
  • 2 sudu makan tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
  • 3 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 1 sudu besar kicap cair-
  • garam
  • minyak
  • tambah bawang goreng dan daun sup/bawang di hiris
Cara-cara
1. Ambil sedikit mee dan masukkan ke dalam sebiji telur yang telah di pukul.Goreng dengan sedikit minyak cam buat telur dadar.
2. Rebus 3 cawan air dengan 2 keping dada ayam. Campurkan dengan 1 kiub ayam. Biarkan mendidih. Tutup api.
3. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan udang, fish cake dan fishball.
4. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
5. Biarkan mendidih dan masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan sawi cina dan bunga kobis. Tutup api dan kacau. Perasakan dengan garam.
6. Tuang kuah ke atas mee yang telah di goreng dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas. 

8. Taburkan bawang goreng dan daun sup/daun bawang


kredit :  http://www.kakinakl.com/2010/11/resepi-mee-kungfu.html.....



No comments:

Post a Comment

Jangan lupa komen taw... wink wink
From Mulan Maseirra

Shopping Shopping

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...