Wednesday, September 29, 2010

Darling oh Darling...

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit, Nasreen Ngasri atau Darling dikenakan hukuman denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas tuduhan alternatif iaitu menggunakan dokumen palsu sebagai tulen.

Hakim Jagjit Singh menjatuhkan hukuman itu terhadap Darling, 27, dan memerintahkan jika pelakon itu gagal membayar denda, dia boleh dipenjara tiga bulan.

Darling didakwa atas pertuduhan alternatif menggunakan dokumen ‘Director’s Circular Resolution’ Syarikat Nasridz Sdn Bhd sebagai tulen sedangkan dia mengetahui ia palsu.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di RHB Bank Bhd, Level 1 Tower 2, RHB Centre, 426 Jalan Tun Razak Cheras di sini, pada 16 Ogos 2007.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Darling yang diwakili peguam bela A Kailesh dalam rayuannya memberitahu mahkamah anak guamnya sudah menyelesaikan kes itu di luar mahkamah dengan pengadu kes iaitu Mohamad Ridzuan Mat Hussin.
“Pengadu juga sudah menarik balik laporan bertarikh 18 Mac 2008 dan menandatangani perjanjian penyelesaian pada Mei lalu. Darling juga sudah menyerahkan cek bernilai RM150,000 iaitu wang milik Mohamad Ridzuan.

“Anak guam saya kini mengandung dua bulan. Dia mengalami tekanan perasaan sejak kes ini dibawa ke mahkamah dan tidak mempunyai sumber pendapatan kerana tidak lagi menerima tawaran berlakon,” katanya.
Kailesh turut memanggil Mohamad Ridzuan yang mengesahkan dia sudah mendapat semula wang RM150,000 yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank.

Selain itu, Kailesh memberitahu bahawa Darling membuka akaun baru itu selepas akaun asal syarikat di CIMB Bank dibekukan pengadu. Selain Kailesh, peguam Amir Feisal Ariff Mohamad Shukri mewakili Darling.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah KM Abu Bakar dan Anselm Charles Fernandez.

Sebelum ini, Darling mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan utama iaitu menggunakan dokumen cagaran berharga palsu iaitu ‘Director’s Circular Resolution Nasridz Pictures Sdn Bhd’ bertarikh 16 Ogos 2007 dan didakwa dilakukan di tempat dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan ini dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Darling yang membayar denda itu hadir ke mahkamah bersama suaminya, Nur Azlin Rahmat, 34, dan ibunya Habibah Jaafar.
Darling didakwa kali pertama di mahkamah pada 6 Februari lalu dan dibebaskan dengan jaminan RM10,000.

Mengikut fakta kes, polis membuat siasatan selepas Mohamad Ridzuan membuat aduan bahawa Darling menggunakan dokumen mengandungi tandatangan pengadu selaku pengarah bagi membuka akaun syarikat di bank itu.

Selain Darling, dokumen itu mengandungi nama Mohd Khairul Amin A Ramli sebagai setiausaha syarikat.

Intan Sarafina Aktif Semula

Intan n anaknya yang sangat comey!!!...

NAMA: Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya
PANGGILAN: Intan Sarafina
TARIKH LAHIR: 2 Julai 1981
USIA: 29 tahun
ASAL: Stulang Darat, Johor
KARIER: Penyanyi, Pelakon
LAGU POPULAR: Antaranya, Duhai Malam, Selamanya, Kembali
DRAMA: Yusuff dan Asmara
PENCAPAIAN: Naib Juara Pesta Lagu Kanak-kanak Asia di Tokyo, Artis Baru Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2000, peserta On In A Milion (OIAM) musim kedua.
STATUS: Berkahwin
SUAMI: Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkiflee, 34
ANAK: Megat Evan Raez, 11 bulan
KUALA LUMPUR: “Kalau saya menangis, adik saya lagi akan menangis. Saya perlu tabah dan kental untuk bersama-sama (adik-beradik) menerajui syarikat,” kata anak sulung jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari ketika menjawab persoalan kenapa dia tidak pernah dilihat bersedih selepas kes pembunuhan kejam ibunya.

Erni Dekritawati yang lebih dikenali sebagai Rita, 25, berkata, dia perlu kuat dan bersemangat meneruskan legasi perniagaan peninggalan ibunya selain memberi kekuatan kepada lima lagi adiknya.


“Kami sekeluarga sekarang sedang menerima kenyataan, bukan tak sedih, tapi saya mesti pandang ke hadapan dan meneruskan niat ibu saya yang mungkin hanya separuh jalan, saya akan habiskan kemahuannya,” katanya dalam temubual menerusi program Kerusi Panas di Radio 24 di frekuansi 93.9 FM di Bernama di sini, semalam.

Dalam temubual lebih sejam itu, Rita turut ditanya sama ada dia mampu menerajui perniagaan ibunya di usia masih muda, berdepan dengan persaingan syarikat lain, saman terhadap bapa tiri yang juga penyanyi, Nash termasuk status keakrabannya dengan penyampai berita Bernama-TV, Zulkifli Bujang.

Rita yang tenang dan tersenyum ketika menjawab beberapa soalan termasuk daripada pemanggil dilihat lebih selesa menjawab soalan berkaitan perniagaan berbanding peribadi.

Dia turut memberitahu adik bongsunya yang berusia 13 tahun juga tabah menghadapi dugaan kehilangan ibu mereka kerana sudah diajarnya termasuk bagaimana berdepan sebarang pertanyaan daripada rakan sekolah.

“Setiap kali dia pulang dari sekolah, dia memberitahu ramai rakan bertanya dan dia sebenarnya sudah boleh menerima kenyataan kehilangan ibu kami sebagai ketentuan Tuhan,” katanya.

Mengenai saman ibunya terhadap Nash, Rita berkata, perkara itu akan diputuskan selepas dia berbincang dengan adik beradik lain.

“Hubungan saya dengan dia (Nash) baik, tetapi mungkin itu (saman) permintaan terakhir ibu kerana dia bersungguh-sungguh, tetapi perkara itu biarlah kami putuskan menerusi perbincangan sesama keluarga,” katanya.

Rita juga meminta orang ramai tidak memandang rendah keupayaannya di usia muda dalam meneruskan perniagaan ibunya kerana dia yakin mampu berdikari kerana sudah mendapat tunjuk ajar daripada ibunya.

“Saya disokong adik-beradik yang ramai termasuk staf kerana seorang saja yang masih bersekolah. Saya akan mempelbagaikan lagi bidang perniagaan menjurus kepada sektor hartanah, kenderaan, perhotelan butik dan spa,” katanya.

Dia bagaimanapun keberatan menjawab status hubungannya dengan Zulkifli yang turut menemaninya di konti kerana menurutnya perkara itu tidak sesuai ditonjolkan buat masa sekarang.



Rita menyatakan rasa kecewa dengan laporan segelintir media yang disifatkan membuat spekulasi terutama membabitkan aset syarikat dan keluarga mereka.

“Saya sendiri tidak tahu aset syarikat dan mungkin meminta nasihat peguam jika ia berulang. Perkara itu tidak perlu didedahkan kerana ia mengancam keselamatan kami sekeluarga,” katanya.

Sunday, September 26, 2010

Panduan Mendapatkan Surat Pegesahan Bagi Tujuan Pengesahan-OUM

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Berikut adalah panduan untuk mendapatkan surat pengesahan bagi tujuan pengeluaran KWSP menggunakan sistem eCRM.


1. Log in ke MyLms
2. Klik butang eCRM (sebelah kanan atas MyLms)
3. Klik pada Entry Form (sebelah kiri atas)
4. Pada Report Type pilih Enquiries
5. Pada Sub Category pilih Confirmation Letter
6. Pada 2nd sub category pilih EPF Confirmation Letter
7. Pada kotak Problem/Description/Query tuliskan secara ringkas butiran diri
(Nama, No ic, Alamat dan No tel)
8. Klik butang Submit

*surat pengesahan tersebut akan dihantarkan melalui pos dalam masa 7 hari dari tarikh permohonan.
Sharing is caring...

As u know there`s a few a way to withhdrawal our KWSP account 2...  U can withdraw it for :
-Education
-Leaving Country
-Health
-Death
-Age 50 years
-Age 55 years
-Retirement
-Housing
-Savings More Than 1 Million or over

How To Fold a T-shirt in 2 seconds


Nak try jugak wat teknik camni nanti.... So, awesome... We should try!!!

Friday, September 24, 2010

iPhone 4

Disebabkan banyak sangat post iPhone 4, jadi bolehla aku katakan yang imanku sedikit goyang dengan iklan dan tawaran yang diberikan... Not bad I think... Most the iPhone 3gs user said they`re not satisfied for this new promotions given... The iPhone was launched last nite and I`ve notice that many Maxis user is queued at the Mid Valley MegaMall to hear what is the special about the new phone... Here is the info...
For details u can go to this page...


Size and weight

Height: 4.5 inches (115.2 mm)
Width: 2.31 inches (58.6 mm)
Depth: 0.37 inch (9.3 mm)
Weight: 4.8 ounces (137 grams)





 Viewable document types
.jpg, .tiff, .gif (images); .doc and .docx
(Microsoft Word); .htm and .html (web pages); .key (Keynote); .numbers (Numbers); .pages (Pages); .pdf
(Preview and Adobe Acrobat); .ppt and .pptx (Microsoft PowerPoint); .txt (text); .rtf (rich text format); .vcf (contact information); .xls and .xlsx (Microsoft Excel)

* waiting for my bankers to buy for me!!!
As my current phone is already mengong not function as well...

Thursday, September 23, 2010

Nak Keluarkan Duit KWSP untuk pengajianku!!!

Gitulah gamaknya fees yang diriku kena bayar pada pusat pengajianku nanti...
Satu semester 3 bulan ajer...
So, i manage to pay the fees for 1 semester within 3 months...
Tak mampu den nak kejar fees yang sebegitu banyak dalam masa 3 bulan...
Keta lagi, insuran lagi...
So, i decide to withdraw my EPF Account ke 2 to support my education...
Seb baik keja swasta lama dulu... Adala sikit kat akaun ke2 tue....
Doakan saya ye kawan2 semoga berjaya dalam PJJ saya...
Tq...

Wednesday, September 22, 2010

Kes bunuh Sosilawati: Sampel air mani lapan suspek diambil


KUALA LUMPUR: Polis membawa lapan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakannya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi tujuan pengambilan sampel darah dan air mani.


Dengan kawalan ketat polis, kelapan-lapan suspek lelaki terbabit dibawa masuk ke tingkat satu, Bahagian Kecemasan dan Trauma HKL, kira-kira jam 3 petang semalam.


Dua daripada mereka termasuk suspek lelaki yang ditahan selepas memeras ugut isteri seorang saudagar batu permata, Allal Kathan Muthuraja, 34, dari Chennai, India, yang dilaporkan hilang selepas tiba di negara ini dan berjumpa suspek utama pembunuhan Sosilawati atas urusan perniagaan, 18 Januari lalu.


Difahamkan, pengambilan sampel darah dan air mani lapan suspek terbabit dilakukan selepas Pejabat Peguam Negara mengembalikan kertas siasatan polis berhubung kes berkenaan bagi dikemas kini.


Kehadiran semua suspek yang menarik perhatian ratusan kakitangan dan pesakit hospital itu, kemudian keluar dan meninggalkan hospital pada jam 5 petang sambil diiringi beberapa unit kereta peronda polis yang mengawal ketat konvoi berkenaan.


Semua mereka kini ditahan di Pusat Tahanan Sementara Polis Bukit Jalil dan tempoh reman lima daripada mereka akan tamat hari ini manakala tiga lagi pada Sabtu ini.

Yankies Hut

This is basi post I thought... but the pict taken last two weeks keep remind for Yankies Hut Siakap 3 Rasa...
So marvellous... The taste is so tasty n very very delicious compare to other restaurant.... Yankies should gimme a bit of commission as I advertise ur rest here... Haha...

This compliment is juz from my truly heart... from bottom of my heart...not tipu2 taw... U can try the meal... @ Bangi... Very fofular restaurant... This moment I still thinking their Siakap 3 Rasa, Sotong Goreng Tepung... The big octopus I tell u... Wow..


Siakap 3 Rasa oh Siakap
See... I tak Tipu... Licin....Bapak giler sedap...

Tuesday, September 21, 2010

Like Mother Like Son

Budak kecil yang cute ni namanya Haziq... Secomel n seindah namanya kan... Tapi sayang Haziq dah kehilangan ibu semasa usianya setahun lebih... Ibunya, Kak Na iaitu sepupu saya meninggal dunia akibat Barah Payudara... Barah yang paling ditakuti oleh semua wanita selain Barah Rahim... Balik kg aritu kami one family pergila rumah mak lang (nenek Haziq) iaitu kakak mak saya yang nombor 2... Then bila nampak si kecik Haziq ada bersama rasa pilu sangat hati nieh...

Maklumlah saya sangat rapat dengan arwah ibunya... Sebijik macam arwah ibunya... Haziq ni baik sangat dan tak banyak kerenah macam budak lain.. Dia macam tau yang ibunya takde dan buat hal macem-macem... Senang nak mengasuh dia...

Masa saya sampai tu dia tengah berbogel baru lepas mandi... N saya terpa n dukung dia n kiss-kiss dia... Rindu sangat kat dia... Rindu kat mak dia jugak... Saya pakaikan baju dia.. N tanya dia mana ayah?? Dia cakap ayah kerja.. Then my sepupu selaku kakak arwah mak dia cakap "cuba tanya mana mak dia"... Then saya pun tanya Haziq " Mana mak Haziq?"..... Tau tak dia cakap aper??? Haziq cakap " Mak kat kubur".... "Hajiq pegi tengok mak, naik kereta dengan tok".....

Alahai, syahdunya bila budak sekecil Haziq yang berusia 4 tahun tu tahu erti kubur.... Hurmmm... Lepas pakai baju saya suapkan makanan kat dia... Mulanya dia nk makan sendiri... Last2 pujuk dia cakap tumpah then dia bagi la saya suapkan....

Lepas makan mata dia dah stim dah... Mesti nak tido si Haziq nieh... Then, saya suruh dia g ambik bantal kat dalam bilik... Cepat ajer dia ambik n tidur kat ruang tamu dengan botol susu kat mulutnya...

Sedih sangat bila tengok dia... Mak takde masa dia kecik sangat lagi... Tak tahu apa2 pun... N late mother dia nie mmg terlalu baik ngan saya... Arwah Kak Na meninggal dalam usia yang sangat muda...28 tahun...Dek kerana menyangka hanya bengkak payudara sahaja jadi family arwah nie hanya berubat kampung sahaja.. Cara Tradisional... Bila dah teruk dan tak baik2 juga barulah dirujuk pada hospital... Masa tu Barahnya dah teruk...

Sapa sangk kan seorang wanita yang sangat ceria dan sihat tubuh badannya jatuh sakit sebegitu... Tak sanggup nak cerita lebih2 rasanya kat sini... :-(

Masa arwah dah nak meninggal, arwah ada bertanyakan saya pada adik saya yang ketika tu datang melawatnya di hospital... Maaf Kak Na tak dapat melawat... Masa tue tak suspect yang dia dah teruk... N masa tu saya kat KL... Arwah kat Kedah.... Whatever it is kami semua mendoakan Kak Na di alam sana... I love and miss u Kak Na...

p/s : Moral nya jangan berlengah2 pergi ke hospital kalo terasa apa2 yang janggal pada badan kita...

Monday, September 20, 2010

Raya Aidilfitri 2010

Tahun ni macam tahun lepas gak, kami beraya di umah my family... Then petang raya pertama tu baru pulang ke rumah family suami... Seb baik suami tak bising... Lagi pun dekat ajer... And my suami yang suggest utk beraya pada raya pertama di rumahku dulu sebelum pulang ke rumah ibundanya... Ok lah kan... Sedar tak sedar dah 10 hari beraya... Tapi sebelum terlambat ai pun nk upload pica raya tahun nie...
Me n husband

wif dad
wif mom
wif sista

Saturday, September 18, 2010

Sambung BelaJAR

Alhamdullilah pagi tadi dah register ngan OUM untuk program B.Hons TESL (Teaching In English As A Second Language).... Orang cakap tough course tue... Tapi ai tekadkan semangat dan kuatkan azam untuk buat... Insyaallah... Kalau takde ape aral lagi 4 tahun abesla...  Huhu.. mine is already 31st years that time...

Neway,  I`m respect to an old man age 82 who`s pass in his degree program in OUM... Saper sangka kan... Cuma kena kuatkan semangat la kot... N pandai manage masa... Hope I`ll handle all that kind... Yelah mana nak kemas rumah, jaga suami lagi kan... Seb baik lom ade anak... But I am struggling to have a baby too next year.... Nak wat balik baby time Raya pulak next year...Pray harder maheran... Hope Allah will show the best way to both of us either me or my husband....

Ape yang wat ai bersemangat nak sambung study ialah 1stly mestilah nak tingkatkan taraf hidup kitorang... Even I have a Diploma in Engineering but my salary is based on SPM... Sebab my post in govt is SPM/Certificate qualifications.... I takde Cert....Sian kan... Hurmmm... takpela, dah ade rezeki govt pegi jela... Sedar tak sedar tahun depan bulan 5 dah masuk 3 tahun  ai berkhidmat dengan govt.... Kejap ajer masa....

Dulu masa keja kilang MOTOROLA kat Penang takdela terasa sangat sebab gaji Tech is quite higher... Nak dekat sama ngan engineer dah bila masuk OT ngan elaun.... Skrang bila gaji rendah tu yang wat ai nak sambung belaja... Kawan2 jomla sambung... ;-)...

Then tengok cikgu2 kat tempat ai bekerja pun ramai yang wat kat OUM... dorang in under KPM program... Fees pun tak banyak kena bayar... Untung sangat2... Cam ai kenala bayar every semester... But it worth compare to other IPTS.... OUM is Local Universiti Owners...

Tadi masa register kat Kampus Induk kat Jalan Sultan Ismail, sebelah ai tu an old woman pun turut register sama... Cayalah auntie... N orang OKU pun leh grad... Kenapa ai takleh???? Hurmmm...I will use them as my courages in my studying journey...

Thursday, September 16, 2010

Cuti Raya Yang Padat

Salam u olsss.... Semalam kul 12am baru sampai KL... Keluar dah awal dah... kul 12pm... Mana taknya, kitorang singgah merata... G Teluk Intan dulu, beraya umah sedara suami.... Hurmm... Raya sakan tahun nie...
Cuti seminngu gakla.. Start Khamis 10/09 hingga Khamis 16/09/2010....
Khamis - Sampai pagi kul 6am di rumah family ai...Tolak kul 12am dari KL.Stuck kat PLUS Bkt Gantang...

Jumaat - Pagi kat umah family ai... Kul 7pm gerak balik Alor Setar...

Sabtu - Reunion kengkawan suami Teknik Langkawi kat umah mentua... Bakar ikan + ayam...

Ahad - Beraya kat Pendang ---> umah suami akak ipar ---> Changloon, sepupu suami bertunang....

Isnin - Berehat kat umah mentua sambil layan tetamu yang datang... Penat siotttt....

Selasa - Keluarga mentua datang rumah family ai kat Kulim... Bakar ikan + ayam + Laksa Kedah

Rabu - Baling, g 4 buah umah mak menakan

Khamis - Balik KL.. Singgah Teluk Intan

Jumaat - Kerjaaaaaaaaaaaaaaaaa...........

Nie sinopsis perjalanan raya 2010 kami suami isteri... Penat tapi meriah n best.... Nanti ai akan upload gambo pulak... Kat opis susah... Nanti kat umah senang nak wat projek....  Tapi kat umah pun tak senang gak sebab dok bergaduh internet ngan suami pulak... Dia ngan facebook nyer laa... Kita nak wat blog nie lama.. Kena dok berejam2... Nak blogwalking lagi kan... Lama la... Hurmm.. ;-)

p/s : harap raya tahun depan boleh bawak balik bb pulak... really want bb... hhurrmm.. moga tuhan makbulkan doa kami suami isteri... U olls pun doakan saya yer...tq

Sunday, September 5, 2010

Feelin` Tired

I`m jz arrived here at five in the morning.... Fuhh.. feelin tired lorr.... We`re move from Alor Star last nite at eleven... Then, got an accident at PLUS Bukit Gantang after 2 hours drive... We`re stuck there bout 40minutes I thought.....  Pity to my husband... He drove alone all the way journey... He never give me to drive because he say I`m not good in driving.... How dare u sayang say to me like that???? Cz I have one summon by PDRM, double line crossing... Dah nak jadi kan... Bukan jangka sebab jalan kampung ajer...Start from the date on, he`ll never give me a chance to drive even I have 9 years experience D License... Wuhoooo... What can I say????

My tiring face today... hehe... Macam ler teruk sangat kann... Haha....

Friday, September 3, 2010

Akak Ipar Akad Nikah Esok

Malam ni ai kena pack lagi barang untuk balik ke kampung...tanah airku yang tercinta.... Balik naik kereta plak... Last week ai dengan SOLO nyer balik naik boos...Act esok kakak ipar ai nak akad nikah... Puasa2 ni lah pulak kan nak menikah.... Yela, mb di hari yang mulia nie bakal suaminya nak berkenalan dengan lebih rapat lagi ngan akak ipar ai tue... Masuk nie dah 2 mggu berturut2 dah ai balik ke Kedah... Then, Rabu nie nak balik kg lagi untuk celebrate Raya... Ape2 pun ,  tahniah buat akak ipar ai yang akan melangsungkan majlis akad nikahnya pada esok hari... N mak n abah ai pun datang untuk memeriahkan majlis... Siap bawak petai lagi... My mak abah memang baik ngan my MIL & FIL... Alhamdulillah.... Semoga ikatan mereka lebih rapat lagi... Aminn...

Thursday, September 2, 2010

A-Kantoi main bni org.3gp


Post nie ai post sebab dad ai ada dalam video nieh... Dad I dilantik oleh orang kg untuk memberkas orang2 yang berkhalwat atau seumpama dengannya untuk disoal siasat dan diberi tazkirah.. Al-maklumlah orang masjid... i`m proud to be her daughter... Alhamdulillah... (teringin nk ikut jejak dia tp takleh sebab pompuan).....
Ok2... Back to video... Actually bini orang n laki orang ditangkap oleh orang kampung selepas Asar.. Jadi, bila dah tak tahan sabar abeslah laki orang nie kena belasah dek orang kg.. Alahai malunya bini orang ni bila orang kg semua dok kerumun dorang berdua.... Mereka berdua nie kene tangkap kat chalet kt Taman Rekreasi dekat ngan kampung bapak ai... Kampung apa takmau lah habaq kat sini kan...
Bapak ai datang selepas Maghrib n simpan IC dorang untuk disoal siasat... Tapi abesla lebam2 kena terajang dah... Nak buat apa lagi kan... Semua dok geram ajer... Laki org ni dah anak 5 dah... Yang sulung 12 tahun... Hurmmm... ape nak jadilaaa... Dunia nak kiamat dah agaknya...

A Good of HIJAB

Jam sekarang kul 3.54am.... Uikks... lom tido ka ini amoi... huhu... mata lom rasa ngantok laaa... Mr asben dah lama dibuai mimpi... Then macam biasa ai bukak email n I have this to show up to u oll... Maybe good info for us... N macam lawak pun ada... Sebab kekadang kita tak terfikir langsung pun perkara nie... Check it out....

Many a people ask a question
why Muslim women cover up themselves in Hijab/Veil...
and here comes the fantabulous answer that helps us understand the importance of Hijab (Purdah - BURKHA- VEIL)
Here comes the simplest way of demonstrating the importance of it...
Could it be anyway better than this?
An amazing example indeed...........check it out.

Boxer Muhammad Ali's advice to his daughters
The following incident took place when Muhammad Ali's (KELAY) daughters arrived at his home wearing clothes that were not modest. Here is the story as told by one of his daughters:
When we finally arrived, the chauffeur escorted my younger sister, Laila, and me up to my father's suite. As usual, he was hiding behind the door waiting to scare us. We exchanged many hugs and kisses as we could possibly give in one day.
My father took a good look at us. Then he sat me down on his lap and said something that I will never forget. He looked me straight in the eyes and said, "Hana, everything that God made valuable in the world is covered and hard to get to. Where do you find diamonds? Deep down in the ground, covered and protected. Where do you find pearls? Deep down at the bottom of the ocean, covered up and protected in a beautiful shell. Where do you find gold? Way down in the mine, covered over with layers and layers of rock.
You've got to work hard to get to them."
He looked at me with serious eyes. "Your body is sacred. You're far more precious than diamonds and pearls, and you should be covered too."
Source: Taken from the book: More Than A Hero: Muhammad Ali's Life Lessons Through His Daughter's Eyes.

Shopping Shopping