Monday, October 31, 2011

Nuffnang bagi Makanan best!

Assalamualaikum wbt...

Mulan baru perasan ada something kat website Nuffnang pagi nieh... Jom tengok apakah ia...


ape kebenda tu yek... ada free pulak...
click banner untuk tahu lebih lanjut... 

daku printscreen sajer

Untuk menghargai semua blogger-blogger tersayang nya, Nuffnang jamukan kita dengan makanan dan minuman yang sedap untuk halwa tekak kita... Antara tempat yang dipilih sebagai lokasi untuk melantak dengan lahapnya ialah : 

Chatime Publika

Date: 5 November 2011
Time: 3.00pm – 5.00pm
Venue: Chatime @ Eat Food village, Publika, Solaris Dutamas

Kata Nuffnang
"The best part, not only will you get to mingle with the Nuffies, you will also be served with yummy-licious food from the eatfood Village food court. You can pig out to mouth watering Dry Chili Pan Mee from Kin Kin Chili Pan Mee, Hokkien Mee and Cantonese Hor Fun from Sentul Ah Yap Hokkien Mee, Steamed and Roasted Chicken Rice from Loke Yun Chicken Rice and so much more! To our Muslim Nuffnangers, fret not as you opt for authentic Penang style Char Keow Teow and Curry Mee from Lorong Seratus Tahun café, named after the famous street of Penang. ;)"


nota kaki : apa tunggu lagi, nilah masa yang ditunggu-tunggu untuk kita berkenal-kenalan ye dak... Jom joint...
Mulan dah submit dah... Click nuffnang untuk check yea...

Sunday, October 30, 2011

Hilang Mahkota Berharga....

ASsalamualaikum wbt.....

Mahkota daku sudah hilang... Siapa yang ambik / curi?
Dah lama daku menjaga mahkota ku ini... Akhirnya menjadi hak milik orang lain... Siapa tak sedih...
Mau meraung macam cipan kot bila mahkota yang boleh dikatakan barang paling sayang di abad ini... Malah barang yang dikatakan paling akrab dengan Mulan... Mana pernah berenggang babe...Tido sesame, bawak g jejalan sesame... Bilik air jer tak pernah bawak masuk... Mesti confuse nieh....

okey... dah... dah... mulakan bercerita dengan ayat sihat dan penuh ikhlas...

Rasa macam nak pitam+pengsan bila dapat tahu barang kesayangan Mulan dah hilang... Lately I've been talking about it if u realise.. Apa??? the answer is  my lovely  phone...

Handphone buruk daku iaitu Nokia Express Music 5800... Gambar seperti di attach di bawah... i'll be missing you darling...

how it is happened?? sedih ar nak cerita...

cerita jugakla.. sebenarnya we all (hubby and me ofkos, auntie and uncle include our cousin).. we went to my brother in law at bandar tasik selatan.. sebelum makan tengahari, kitorang beramai-ramai terjun swimming  pool yang ada kat apartment adik ipar tue, Mulan pass handphone kesayangan pada lovely suami... Dengan harapan "tolong jaga jap, baby nak g salin baju kat atas"... Macam tu lah kata-kata terakhir pada lovely suami sebelum handphone ku hilang...

baby is my surname only for my husband. jangan jealous darling-darling... 

Selepas salin baju, dengan excited dan terujanya Mulan terjun ke dalam pool... Tanpa ada rasa sedikit pun ingat pada handphone yang telah diserahkan kepada lovely suami...

Dah masuk dalam air, sambil berenang-berenang dengan lemah longlai, sambil main lawan-lawan selam bersama sepupu, adik ipar, bapa sedara dan lovely suami, buat floating dengan berlagak berkata "korang tak pandai ke buat floating?"... keh keh... main bola "pool" iaitu Mulan sebagai goalkeeper yang tak reti jaga gawang sendiri...  juga sambil lawan-lawan berenang saper paling jauh...  banyaklah lagi aktiviti yang tak dapat diingat semua termasukla kentut dalam air sambil melihat kepulan buih yang timbul... tak senonoh gitu...

Bila dah penat main air selama hampir sejam, kitorang naik atas tanpa sekelumit rasa pun teringat pada handphone.... Lepak rumah adik ipar sampai petang... Bila time balik tiba, mula lah terkocoh-kocoh cari handphone sampai lebam dalam rumah... Memang takde lah ko...

Mulan tanya lovely suami "abang letak mana handphone?"... Dia cakap letak kat tempat duduk kat tempat tadi... Lovely suami dah misplace letak handphone Mulan... Siapa salah sekarang??? Daku atau lovely suami???

Kesimpulannya, "abg,jom beli handphone baru".... Mulan rasa handphone lama tu dah majok ngan Mulan... Mulan asyik sebut nak beli iphone ajer kat lovely suami... But reality is I don`t want it happened like this... Macam tragis pulak kehilangan kau wahai handphone... Kalau rosak, bolehlah dimaafkan... Ini misplace... Kecuaian yang tidak boleh dimaafkan... !!!! sob sob... sambil lap air hingus yang hampir jatuh ke lantai...


sebijik... games bounds same... huhu... goodbye darling...


main bola... Mulan di hujung sinun... jaga gawang gol konon...

tengah nak lawan selam paling lama... 

si penjaga gol baju pink tengah ready...

nota kaki : lihatlah betapa gembira haku sampai handphone sendiri terlupa... siapa yang ambik tu memang rezeki dia lah... nak buat cemana... suratan takdir... sob sob... sambil sedut hingus...

Tukar TempLate Baru

Assalamualaikum wbt....

 Bila dah rasa bosan dengan header dan template dari btemplate  yang baru hampir 2,3 bulan pakai, maka dengan tak buang masa lagi Mulan tukar template baru... Tapi kali ini rasanya lebih kekal lama... Rasa messy ar dengan template blog lama hari tu..

header baru... kehkeh...

Begitulah kira-kira header dan template baru Mulan... Rasanya template ni akan bertahan lama kot... Kot.... Kot... Nanti bila dah rasa tenang, Mulan akan tukar template yang rasa-rasa agak messy pulak... Huhhh... Tak elok perangai gitu... Pening viewers asyik bertukar je kan...

Actully Mulan tukar bersebab... 

1. Tak suka dengan my previous blog yang agak messy
2. Tak suka banyak sangat colour yang bercampur-campur...
3. Suka Putih
4. Tak nak serabut kepala bila nampak banyak widget dan icon/ gambar
5. Side bar template dari btemplate agak kecik... Mulan tak nak lah kecik-kecik sangat... Nanti tak nampak side bar icon...

Tu lah antara sebab musabab nye... Untuk semua viewers untuk ringankan otak bila baca blog Mulan...

nota kaki : perasan blog Mulan ada viewers... hekhek...

Monday, October 24, 2011

Ubuntu Ni Cool la

Assalamualaikum wbt...

Mulan teringin lah nak buat OS Ubuntu kat PC nieh... Rasa cam bosan kan dengan Windows nieh... Takde menda pun yang menarik... Mulan try donwload ritu tapi failed pulak... adoi... internet tak flow elok kot... Mulan tengok kat youtube memang cool lah...

Ada spesis lembik-lembik, goyang-goyang macam air, api dan macam-macam lagi... Memang cool... Kat bawah ni Mulan selitkan video from youtube untuk halwa retina anda... Moh tengok...

Click play.... Cool wa cakap lu der..


Iphone vs Blackberry

Assalamualaikum wbt...

I`ve been looking for Blackberry or Iphone specification? Which one is the best?

"I won"said BB... No..no..no... "I`m the winner" said iphone...

Mulan tengah survey nak ambik BB atau iphone... Yang mana best yea? Bagi Mulan, maybe BB is just 45% kot rather than 55% for iphone... My husband dah guna BB... So, Mulan tau lah sikit-sikit application yang ada pada BB tue... Email memang laju... Kejap ajer dah boleh masuk mail... Application facebook, twitter pun okey... Nak taip pun senang... BB ada BBM (Blackberry ada Blackberry Messenger)... Nak send data/image through BBM is free... Tapi itu hanya untuk pengguna BB sahaja lah... So, kita kenalah cari kawan yang pakai BB... Kalo nak ikutkan sekarang ramai kot yang ada BB... kannnn.... 

BB sekarang dah mampu milik... Murah ajer... RM6xx kot dah boleh dapat... Ok lah kan... Student pun boleh pakai... hekhek... Selain itu, BB ni asyik nak kena reboot ajer... Duration 3-8 minit gitu... Ada masa BB akan "hang".... Then masa itu kenalah cabut bateri kat belakang... Hurmm... Mulan ade tengok gak suami wat camni, cabut bateri dan ON semula... 

Bagi Iphone pulak, kalo nak main games memang free ar... Lepas install jailbreak lebih banyak application free yang kita boleh download... Kebetulan Mulan hantu games kot... hekhek... Memang okey lah rasanya ngan jiwa Mulan... Mulan pun sangat suka dengan application dalam iphone nieh... Rasa worth it kalo ambik iphone rather than BB.. Kan u oll... Biarlah laki I sorang pakai BB... keh keh...

Some more sekarang ada promotion dari Digi/ Maxis... Click sini untuk Digi package... Sebab lain Mulan suka iphone ialah skrin besar... Puas hati ko kalo tengok...   

Tujuan sebenar Mulan searching pasal BB and Iphone ialah recently my hubby asking about it... Yea yea... He asked which one I want... Either BB or iphone... Hurmmm... Kes ini terjadi disebabkan Mulan suka kacau dia bila dia sibuk dok fb... Mane boleh babe, haku takde smartphones pun.... Kasi lah beli satu!!!









































Wednesday, October 19, 2011

Khasiat Day Napping

Assalamualaikum wbt...







Mulan nak share ngan u all khasiat Day Napping ataupun dalam bahasa Malay nya tidur siang...

Khasiat Day Napping

Tidur sebentar pada waktu tengahari (sekadar 15-30 minit) dipercayai dapat mengembalikan tenaga dan kesegaran pada waktu petang. Memang diakui, apabila bangun sahaja daripada day napping, badan mungkin rasa agak pening dan kaku (blur),tapi sejurus selepas itu, dalam 5-20 minit kemudian, badan kita akan mengalami perubahan yang mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan juga fokus.

Untuk pengetahuan semua, badan kita mempunyai pusingan biologi yang sememangnya telah ditetapkan oleh Allah. Ia berkait rapat dengan rembesan horman dalam tubuh manusia. Apabila tibanya waktu malam, paras hormon melatonin akan meningkat dan ini menyebabkan kita berasa mengantuk. Pada waktu pagi pula, hormon kortisol pula yang memuncak. Oleh sebab itu, kita menjadi lebih bertenaga dan produktif pada waktu pagi.

Namun, pada waktu tengahari, hormon kortisol ini menurun ke paras yang terendah mengakibatkan badan kita rasa lemah, tidak bermaya dan mengantuk. Oleh itu, kita perlu tidur sekejap supaya badan kembali aktif dan dapat bekerja seperti biasa.

Ikut Sunnah

Rasulullah pernah bersabda,maksudnya, “Lakukanlah qailulah (tidur siang hari) kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan qailulah.” (Riwayat al-Tabarani).

Dalam kitab Misykat al-Masabih juga ada menyebut, “Tidur yang sedikit pada waktu siang hari(qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SAW ada melakukannya.”

Ketahuilah kita bahawa Rasulullah adalah sebaik-baik ikutan. Bahkan amalan day napping yang banyak manfaatnya ini juga sudah lama diajar oleh baginda. Subhanallah…

nota kaki : Haku kalo tidor takde nap nap dah nyer... tido mati teruih... hekhek...

Buat Pedoman Para Suami

Assalamualaikum wbt...

Jom baca kisah sedih nie... Khas untuk suami oke... Yang bukan suami pun boleh kot... Untuk pedoman kita bersama....

Setiap suami mesti baca !!!!!!!!!!!!


(Petikan dari facebook)

 Assalamualaikum….

Kehadapan ustaz yg saya h...ormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?.....Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya

Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya... ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan...Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.

Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.

Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..

Terima kasih ustaz….doakan saya…….

Lawak Petang + Pedoman

aduhai...



Tuesday, October 18, 2011

Nanti hagaknya aku camnie kot...

Assalamualaikum wbt....

Haahaha... Lawak lah gambo nie... Persaraan kakitangan kerajaan dinaikkan sehingga 60 tahun... Nampaknya lagi tak proaktif lah kalau camni... Mana taknya semua orang tua yang dok buat kerja kan... Hagaknya boss jer yang muda kot... Staff semua tua-tua dah belaka....

Sunday, October 16, 2011

Nak Cantik Hanya RM5 jer??? Meh tengok...

Assalamualaikum wbt...

As usual, every Saturday nite I`m rushing to Aerobic Class at Bukit Kuchai Hall near to Kinrara, Puchong... So enjoyable and lots of fun we`re sharing together from that class... Even my mind is free from problem and apparently my body shape is better than before... Adalah sikit... kan... U cannot hide your big tummy yea Mulan... "big tummy" doesn`t mean I`m pregnant yea darling-darling...

Hopefully dengan exercise can makes my body healthier than before and will let my fertilizing increase to the high ability to get pregnant...Kan... who knows rite... Semuanya kuasa Tuhan...

Okey2, Mulan nak promote our aerobic class kat u all nie... Mari lah joint... N boleh kita berkenal-kenalan kan... Dari duduk rumah dan membesarkan butt tue... hehhe...


We`re imported an expertise instructor from ex-fitness and she`s having a 13 years in Aerobic, Senam Seni, Poco-Poco, Tarian dan lain-lain... Come and we`ll introduce to her... Miss sexy ya know... Only female available ya... Not man allowed... !!!


Okey, any inquiry just hello them : Liza 0169044603 ,Nora 019 2196946, Faizah 019 3722487



 
when the switch is turn on, our butt also turn on...
Our first week...

Nota kaki : meh ar joint u all... 5 hengget jer n u all dapat semua in one... body shape, tambah kawan, aweks muda, badan sihat, fun... Yang paling penting fun dan semua masalah hilang dalam sekelip mata... actually my auntie baru buat 3 kali jer kelas nieh... N alhamdulillah total of members semakin meningkat dari minggu ke minggu... Un"sangkarable"....


 





Thursday, October 13, 2011

KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS


KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS 

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api 
(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya . 

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, 
mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin 
terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi 
kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). 
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam). 

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang 
mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi 
orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau 
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu. 
(terkena?? hahaha..) 

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, 
tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur. 

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya 
jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut 
sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka 
sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila 
pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin 
!!!! (terkena lagi?? hahaha..) 

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau 
bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi 
Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman 
meninggal pun jin tidak perasan/tahu. 

Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin 
tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya 
dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka 
barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat. 

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya 
tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. 
Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah). 

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum 
duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan 
membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak 
perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!! 

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak 
bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah 
jumpa orang yang di rasuk. 

* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat 
yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi 
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.


Subhanallah.... Cantik sungguh!

Assalamualaikum wbt....

Click picture untuk lihat dengan lebih dekat.... Subhanallah...


Cer teka buah apakah ini??

 Cer teka? 



baru jolok dari atas pokok... mangga epal,,,, nyum nyum... 
cicah ngan kicap+belacan+gula+garam+cili padi

Where I get those mango?? I just pluck it from my neighbour next door... Best lah duduk kawasan bari nie,,, semua ada,,, jiran pun baik... siap offer lagi nak ambik mangga...


Wednesday, October 12, 2011

Mr Simple - Super Junior

Assalamualaikum wbt...

Mulan suka lah lagu nie... Rhythm dia best woo... Sambil gerak-gerak tangan cam diorang....



Meh nyanyi sesamer...

Lyrics:
(SJ)Because you naughty, naughty, Hey! Mr. Simple
Because you naughty, naughty, Suju kanda!


(KYUHYUN)Sesangi ne mang daero an dwindago hwaman nemyeon andwae keu reol pilyo opji


(SIWON)keokcheong-do paljada jakeun ire nomu yeonyeonhaji marja mome chuji ana


(HEECHUL)Sojeoki chuwatdaga napatdaga keureon keoji mwo cheung! seolchikhi uratdaga teoreochyeotda keureon taedo itji


(DONGHAE)eocheomyeon kwaenchanha swiweo kaneun keotdo chua modeun geoshi ttae, ttae, ttae, ttae, ttae-ga itneun keonikka


(YESUNG)Keuttaega namja-ramyeon chingul manna sul han chane teoreobeorigo (Alright!) Alright


(RYEOWOOK)Keuttaega namja-ramyeon chingul manna suda tteoreo nallyeobeorigo (Alright!) Alright, Alright


(SJ)Bwara Mr. Simple, Simple Keuttae-neun Keuttae-neun Keuttae-ro meotchyeo
Bwara Miss Simple, Simple, Keuttae-neun Keuttae-ro yeppeo (SJ Call)
Bwara Mr. Simple, Simple Keuttae-neun Keuttae-neun Keuttae-ro meotchyeo
Bwara Miss Simple, Simple, Keuttae-neun Keuttae-ro yeppeo (SJ Call)


(SJ)Kaja kaja eoseo kaja Makhyeosseul ttaen dorakaja kot kotchi apa chukketdamyeon oneul haruman norgo boja

(SJ)Han keurae-do keochin sesang chukeora ttwimyeon naman jicheo kidaryeobwa akkidwi pak neowi nari kot ultenikka


(SJ)Blow Your Mind kara Mr. Simple
Blow Your Mind ttae-ga watjanha Duryeowo malgo
Blow Your Mind Kaja Mr. Simple
Blow Your Mind ttae-ga watjanha Junbi dwaetjanha


(SUNGMIN)Sok sseokneun iri an doo kaji anin seseang-e urin sara keukeon ae-do ara


(LEETEUK)mwo ireohke eoryeopna uri chal meokgo chal jago tto charamyeon kereohke hamyeon dwiji


(RYEOWOOK)Keuttae-ga hwa-ga na-myeon chingul mannna dwitdamhwaro peureobeorigo (Alright!) Alright


(EUNHYUK)Keuttae-ga kwireupda-nyeon norae borreo sori jilleo nalryeobeorigo (Alright!) Alright, Alright


(SJ)Bwara Mr. Simple, Simple Keuttae-neun Keuttae-neun Keuttae-ro meotchyeo
Bwara Miss Simple, Simple, Keuttae-neun Keuttae-ro yeppeo (SJ Call)
Bwara Mr. Simple, Simple Keuttae-neun Keuttae-neun Keuttae-ro meotchyeo
Bwara Miss Simple, Simple, Keuttae-neun Keuttae-ro yeppeo (SJ Call)


(EUNHYUK)Dance
(LEETEUK)jaryuran-ke mwo keuri byeol geo ittna
(DONGHAE)Just Get It Get It
(LEETEUK)Sosohan iltaree jaemi
(RYEOWOOK)deung deung deung keung keung keung
(SHINDONG)Sara-ittneun keuttael neukki-go shipna
(DONGHAE)Just Grab It Grab It
(SHINDONG)kaseum ttwineun ne kkum-deuri aeki
(RYEOWOOK)deung deung deung keung keung keung
(SJ)(Because You Naughty, Naughty)


(KYUHYUN)Ije keokjeong hajima ap-en choo-eun nari ulkeoya Shimgakan aekin da dwiro mirwodugo


(YESUNG)Oneur-eun barke useobwa keuddae-wi hwanhan useum-e modu kibon choha-chyeo


(SJ)Bwara Mr. Simple, Simple Keuttae-neun Keuttae-neun Keuttae-ro meotchyeo
Bwara Miss Simple, Simple, Keuttae-neun Keuttae-ro yeppeo (SJ Call)
Bwara Mr. Simple, Simple Keuttae-neun Keuttae-neun Keuttae-ro meotchyeo
Bwara Miss Simple, Simple, Keuttae-neun Keuttae-ro yeppeo (SJ Call)


Kaja kaja eoseo kaja Makhyeosseul ttaen dorakaja kot kotchi apa chukketdamyeon oneul haruman norgo boja


Han keurae-do keochin sesang chukeora ttwimyeon naman jicheo kidaryeobwa akkidwi pak neowi nari kot ultenikka

(SJ)Blow Your Mind kara Mr. Simple
Blow Your Mind ttaega wattjanha Duryeowo malgo
Blow Your Mind kaja Mr. Simple
Blow Your Mind kara Mr. Simple

Joint Kelas Aerobic

Assalamualaikum wbt...

Since last week Mulan asyik "menggedik" ajer kerjaya... Perkataan "menggedik" di atas boleh diklasifikasikan sebagai "aerobic" yea sayang sayang.... Kisahnya bermula bila my auntie was organised the aerobic class at Bukit Kuchai, Bandar Kinrara Puchong... And I`m the one who "penyibuk" yang rajin mengikut ke kelas berkenaan... They`re forcing me u know... hekhek... Forcing but yet I have an extra benefit within...

Banyak manfaat bila kita bersenam ni... Selain keluar peluh dalam bahasa pasar, dengan bersenam dapat meningkatkan kadar metabolism tubuh...
- boleh maintain badan selepas raya
- panjang umur sebab darah berjalan lancar
- flow blood lagi smooth dan tak pekat macam orang yang malas bersenam... sebab bila exercise kita dehydrate dan kita akan minum banyak air...
- aweks muda ; bila banyak peluh keluar badan akan lebih sihat...
- in shape body
- kurangkan selulit (minum air banyak boleh buatkan kulit cantik)

dan banyak lagi khasiatnya... nak tau lebih lanjut sila click sini

Jadi bila dah my auntie sendiri open up an aerobic class so tak boleh nak elak lah dari joint kan... hehe... Some more I love to makes a friend... Dari duduk rumah kan... Suami pun asyik reja... Dari tengok TV cerita Keeping It Up Kardashian and Bachelorette jer baik haku g kelas aerobik...

Some more, it just RM5 per session... Mana dapat kalo engkau pergi fitness babe... The special is the teacher/instructor also imported from ex-fitness.. So, she already establish in this field...

Jom, let`s dance together...

Click here...

instructor Fiza

Indulgence of An Ice Cream

Assalamualaikum wbt...

My kids from neighbor next was coming last night n have an indulgence of ice cream together with me... I put up a chocolate topping and nuts... wah, sedapnya...


tengah kusyuk makan...

buat muka macam cute...

p/s : jadi anak angkat auntie nak tak?? hehe...

Surah Al-Quran dan Khasiatnya

Assalamualaikum wbt....

Meh share ilmu pada petan nie tentang khasiat dan zat membaca Al-Quran..



‎10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Hukum OMG

Assalamualaikum wbt...

I used to call this word regularly, almost everyday I`ll spoke that... hurm.... Let`s check it out what does it mean for us as a Muslim... for our knowledge... Perkataan tidak menghalalkan cara...


Monday, October 10, 2011


Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…



Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah
 disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara: 

Pertama : Niat.

Kedua : Menghilangkan najis pada badan.

Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim].

‎*Sesiapa yg nak share silakan. Tak perlu mintak izin dah sebab mmg sy nak share dgn semua Sahabat pun.

Belanjawan Kerajaan 2012

Assalamualaikum wbt...

Mulan search dan google mengenai Bajet 2012 yang dilaporkan baru-baru ini...


Intipati BAJET 2012

  1. Kewujudan Dana Perusahaan Kecil Sederhana secara Patuh Shariah bernilai RM2 billion yang akan diagihkan melalui institusi kewangan Islam yang terpilih.
  2. Potongan cukai kepada sukuk terbitan wakalah, sebelum ini telah diberikan kepada sukuk mudarabah, BBA, Istisna’, murabahah, ijarah.
  3. Pengecualian cukai bagi urusniaga sukuk bukan ringgit sebagai galakan perkembangan industri kewangan Islam.
  4. Skim pembelian kereta baru jenama tempatan bagi pemilik teksi individu dengan beberapa tawaran nilai lupusan bagi jangka hayat kereta yang berbeza. Ini juga baik, bagi menggalakkan kualiti teksi sedia ada, sekaligus mengurangkan risiko pengguna dan menaikkan imej negara.
  5. Potongan dua kali belanja syarikat bagi yang menyediakan latihan internship. Langkah ini juga disokong khususnya latihan teori dan peperiksaan di universiti semata sememangnya tidak mampu menghasilkan tenaga kerja yang cekap dan mahir, justeru tawaran ini dikira mampu meningkatkan kecekapan tenaga kerja muda di Malaysia disamping menaikkan produktiviti syarikat terbabit dengan tenaga kerja yang lebih menjimatkan.
  6. Mana-mana pemberi biasiswa dari kalangan syarikat swasta akan memperolehi pengecualian cukai.
  7. Pertukaran gaji kepada sistemsatu lapis dan kenaikan gaji, iaitu pada kadarRM80 – RM320 atau opsyen skim SBPA dengan faedah kenaikan gaji pad akadar 7-13 peratus.
  8. Bonus setengah bulan kepada kakitangan awam dan bantuan RM500 kepada pesara.
  9. Dana Pengkomersialan Inovasi bagi PKS sebanyak RM 500 juta melalui pembiayaan patuh Shariah.
  10. Yuran sekolah rendah & menengah dimansukhkan.
  11. Sumbangan orang ramai kepada rumah ibadah dan sekolah swastaakan mendapat potongan cukai.
  12. Pelbagai program membangun hal asasi di luar Bandar melalui danabernilai RM5 bilion untuk jalanraya, air bersih, elektrik, tangki air, felda diperbaiki sistem pengairan dengan bajet RM400 juta lagi.
  13. Umur bersara lanjut ke 60 tahun.
  14. Jadual dan jumlah jam kerja pegawai perubatan di ubah kepada purata hanya 60 jam seminggu sahaja, ditambah dengan sistem elaun oncall pada kadar RM30 ke RM 80 semalaman.
  15. Bajet biasiswa bagi galakan penjawat awam menyambung pelajaran di peringkat BA, MA dan PhD
  16. Naik pencen 2 peratus setahun.
  17. Baiki rumah nelayan dari dana sumbangan bernilai RM 300 juta.
  18. Bantuan guaman bagi yang tertuduh tidak mampu. Bajet RM 15 juta diperuntukan.
  19. Hospital kanak-kanak dan wanita RM 700 juta.
  20. Warga emas berumur 60 ke atas dikecualikan dari caj hospital kerajaansebagai pesakit luar. Selain itu juga diberikan 50% diskaun tambang LRT dan Monorel
  21. Orang ramai boleh menggunakan RM 1300 dari wang KWSP mereka untuk mendapatkan kuota haji melalui kaedah ring-fencing.
  22. Peruntukan meningkatkan sumber makanan melalui pertanian dengan nilai 1.1 billion.
  23. Baucar buku RM 200 bagi pelajar matrikulasi, IPTA, IPTS dan tingakatan enam.
  24. Galakan sistem bina kemudian jual, diperuntukan melalui perbankan Islam bagi rumah bernilai RM 600,000 ke bawah. Ertinya, hanya apabila rumah siap, barulah pelanggan diperlukan untuk membuat bayaran bulanan.



kredit to : islam itu indah



Gaji Kakitangan Awam Yang Baru

Assalamualaikum wbt...


Wah, gaji yang baru... Mulan share dari fb... Mari kita renung-renungkan... Yang gaji tinggi semestinya lagi tinggi ganjarannya... Yang gaji rendah macam I nie rendahlah jugak ganjarannya... Whatever it is, thanks to PM, DS Najib... 

Friday, October 7, 2011

Coklat dapat Panjangkan Umur

Assalamualaikum wbt....

Mulan is addiction with chocolate... That`s why I`m open up my chocolate shop.. hehe... No, actually Mulan sendiri tak tau kelebihan coklat... Yang Mulan tahu ngap ngap coklat ajer... huhu... Since Mulan dah start berbisnes n Mulan found there`s a lot of benefit when you bite a chocolate...

Chocolate dapat menyelamatkan umur kita... Kajian yang ditunjukkan baru-baru ini mengatakan sebanyak 37% penyakit kardiovaskular dapat dikurangkan manakala sebanyak 29% dapat kurangkan penyakit "stroke"....  Coklat gelap menunjukkan kadar antioksidan yang tinggi, menggalakkan kesihatan jantung dan dapat mengelakkan penyakit berkaitan dengan kardiovaskular...

Katanya lagi :

Dark chocolate is filled with flavonoid antioxidants (more than 3 times the amount in milk chocolate) that keep blood platelets from sticking together and may even unclog your arteries.It may also help with weight loss by keeping you feeling full, according to a study from Denmark. Researchers gave 16 participants 100 g of either dark or milk chocolate and 2 hours later offered them pizza. Those who consumed the dark chocolate ate 15% fewer calories than those who had milk chocolate, and they were less interested in fatty, salty, and sugary foods.
Stroke memang punca utama kematian di Malaysia... Mulan imbau 10 tahun lepas bila tokwan Mulan pun meninggal dunia sebab stroke... sob...sob...

So, u all mehla makan coklat ok... Tapi jangan lah sampai over limit pulak kan... Hagak-hagakla... Sebab coklat ini tinggi kalori nya...

Jangan lak nanti u all gtau kat semua kata Mulan yang suruh makan coklat banyak-banyak pulaks...

Makan dalam kuantiti yang selamat ok... Who`s craving for chocolate can contact Mulan oke,,,




Thursday, October 6, 2011

Tutorial : Tinggalkan Jejak url di Komen

Assalamualaikum wbt...

Tahu tak kekadang bila kita komen pada blog seseorang kemungkinan mereka akan balas balik kunjungan kita... Ada juga yang tak membalas kunjungan kita kan... Itu selalunya terjadi pada blogger terkenal lah... Sebab banyak sangat yang mengomen so, berpinau jugak kot mata diorang nak tengok komen kita yang hanya blogger cipisan nieh... (asyik cipisan ajer, bila nak jadi terkenal hagaknya)...

oke, salah satu nak tingkatkan visitor ke blog korang, kita mesti tinggalkan link seberapa banyak tempat yang boleh... Salah satunya pada komen...

Mulan akan ajar macam mana nak tinggalkan jejak/ url pada komen :


taipkan ayat hitam di atas dan follow hingga habis... tukarkan perkataan yang Mulan tandakan arrow tu kepada ayat yang korang nak tulis... 

p/s : cubalah buat... sure orang akan click url korang dengan kerap... dan visitor pun banyak... duit pun banyak... follower pun ramai.... ;-)



Bajet 2012

Assalamualaikum wbt...


Kakitangan awam akan dapat 40% gaji??? Atau bonus lumayan???
Untuk para kakitangan awam sekalian... Jangan lupa saksikan berita gumbira dari Perdana Menteri kita, Dato` Sri Najib Tun Razak pukul 3 petang nanti... Eh, takkan untuk kakitangan awam je kot... Mana boleh, kata rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan... Ye dak...???


As a part of government servant Mulan rasa kebahangan pembentangan yang akan dibuat petang nanti.. Semua colleague kat office sibuk dok kata isu hangat ini... Tapi, tak kiralah kau gomen ke swasta asalkan sama-sama merasa kenikmatannya... Sharing is caring... ye dak...

Bajet 2012 dikatakan akan menggembirakan rakyat....Hope so...

Bajet 2012 ini memberikan tumpuan kepada pengurusan kos sara hidup rakyat untuk mengurangkan bebanan rakyat bersesuaian dengan slogan “Rakyat Didahulikan Pencapaian Diutamakan”, dan pada masa yang sama menguruskan perkembangan ekonomi negara (Transformasi Ekonomi)...

Tahun lepas kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2010. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
- Jadi apa harapan anda dalam bajet 2011 ini?, jom share...

Pelaburan Akhirat


Assalamualaikum w.b.t,

Di bawah ini antara enam kaedah pelaburan yang boleh kita usahakan : ( banyak lagi sebenarnya)


1.Berikan senaskah al quran kpd seseorang. Setiap kali seseorang membacanya insyaAllah Allah beri ganjaran.

2.Sumbangkan sebuah kerusi roda kpd hospital/klinik. Setiap kali pesakit menggunakannya, insyaAllah Allah beri ganjaran.

3.Ambil bahagian/menyumbang dlm pembinaan sesebuah masjid.

4.Sumbangkan sebuah "water cooler" di tempat awam.

5.Tanam sebatang pokok. Allah mengganjarimu tiap kali seseorang, haiwan berteduh atau memakan buah2 dan dedaunannya.

6.Dan yg termudah sekali, kongsikan post ini dengan seramai insan yg boleh. Walau mana2 satu drp di atas yg dilaksanakan insyaAllah kamu pasti diganjari Allah s.w.t..


Wallahualam...


Wednesday, October 5, 2011

Tingkatkan Trafik Blog

Assalamualaikum wbt...

Sebelum ni Mulan ada cerita pasal nak tingkatkan follower kan... Oke, hari ni Mulan nak cerita pasal nak tingkatkan trafik blog pulak... Sebenarnya kalau u all google, macam-macam la cara nak tingkatkan trafik blog...
Tapi yang paling menarik hati Mulan ialah :

- menjadi pengomen pertama di blog-blog blogger terkenal...

Cubalah try test tengok... Huhhuu... Sebab apa?? Sebab - banyak sebab... Sebab musababnya ialah ayat pertama tu sendiri... Be the first one. Siapa yang taknak jadi yang pertama... Kalau di sekolah dulu pun kita nak jadi yang pertama di dalam kelas... But, second and third not so less... Bagus jugak, cuma kurang sikit dari the first one... 

Oke, bila kita tekan button view comments- of course otak akan bagi signal pada mata untuk melihat ayat pertama... Kemudian baru ayat kedua dan ketiga... N seterusnya... Macam tu jugkla dengan blogger lain, depa akan tengok siapa yang pengomen tegar yang menulis pada first komen... 

Jadi, secara tak langsung segerombolan orang akan masuk ke blog korang dengan automatik nya.... Betul tak? Nampak permainannya di situ?? huhu...

Actually agak susah la nak jadi pengomen pertama di blog blogger-blogger hebakk... But you have to try your best oke... Jangan lupa sentiasa lah update blog... Jangan biar usang dan berkarat!! 

Nota kaki : Best gak trademark "nampak permainannya di situ".... Boleh buat tajuk header nieh... Cop!!! Mulan punya oke...  

jangan jadi macam dia ini... huhu

Shopping Shopping