JOM REBUT PELUANG INI

Click To Know Better

SILA BUKA APPLICATION GOOGLE CHROME UNTUK SETTING YANG SEMPURNA. TQ

Quite Interesting

Followers

Thursday, December 29, 2011

Hotel Paling Pelik Di Dunia

Assalamualaikum wbt...

Pagi ni saje google nk cari hotel/resort yang best kat Pangkor... Almaklumlah, dengar citer en Asben nk bawak g honeymoon ke sana Januari depan... So, Mulan pun cepat-cepat cari Hotel yang menarik untuk bermalam... Cari punya cari terasa kalau lah dapat pergi oversea kan best... Wah, tinggi betul angan-anganku ini... Yelah, hidup kena berangan babe.. Baru mimpi jadi kenyataan...

Okey, berbalik kepada carian hotel tadi, sajelah gatal tangan nie nak meng'google' hotel paling pelik di dunia..
Jom bersihkan retina mata anda dengan benda-benda pelik berikut...



1. California’s Madonna Inn, USA
siapa nak merasa kehidupan Zaman Batu bolehlah booking sekarang... Available u...




2. The Galactic Suite Space Resort, Barcelona
projek ini akan bermula Tahun 2012... Meh, saper nak honeymoon di angkasa? Gayat kot... hekhek... Siapa punya idea yg sangat ohsem nieh... Cantik tu, boleh tengok Bumi kita yang indah nieh...




3.The Everland Hotel, Paris
nampak macam ulat bulu tak siap jer... Tapi ia sebenarnya hotel... Boleh tempah semalam sahaja... Makanan dihantar terus ke depan pintu...




4.The Gamirasu Cave Hotel, Turkey
Teringin nak tidur di dalam gua yang berusia lebih 1000 tahun ??? Ada berani??




5.Utter Inn Stockholm, Sweden
Apakah ini? Tak macam hotel pun... Ini hotel paling kolot kot... hehe.. Hotel ini terapung di tengah lautanKita akan ditinggalkan bersendirian di hotel ini.. wah, ape aku nak buat kalau ditinggalkan sesorang yerk? Bagi Mulan, tak syiok arhhh hotel ini.. Sunyi sangat... Dahla takde pape-pape... Air laut jer keliling... 




6.Das Park Hotel, Linz, Austria
Ohh sangat pelik... ia dibina daripada paip longkang yang besar untuk menampung double bed... Nak ke tido kat sini korang?



7.Jumbo Hostel in Switzerland
bermalam dalam kapal terbang... 














Wednesday, December 28, 2011

Bayar RM15 untuk 'Party Durian'

Assalamualaikum wbt...

Wah, dengar macam best ajer tajuk di atas... Ini memang betul kejadian bukan COBAAN yea... Mulan selak Harian Metro dan jumpa perkara yang boleh dishare bersama nieh...

FAMA mempromosikan buah-buahan tempatan dengan mengadakan "Party Durian" kepada semua yang berminat...

Menurut Pengerusi Fama Datuk Badruddin Amiruldin berkata ini bertujuan mempromosi, menarik minat dan menggalakkan rakyat Malaysia makan buah-buahan tempatan.

“Dengan minimum 50 orang, ‘durian party’ ini boleh diadakan di rumah.

“Contohnya di hujung minggu satu keluarga nak panggil ahli keluarga dan saudara-mara untuk adakan perjumpaan dan kita (Fama) akan sampai ke rumah mereka, kita akan pasang khemah, hantar pegawai kami untuk hidangkan buah-buah ini dengan harga berpatutan,” katanya kepada pemberita di majlis Pesta Jom Makan Durian 2011 di pekarangan Muzium Telekom di sini, semalam.

Beliau berkata harga yang dikenakan ialah RM15 bagi dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak bagi durian D24.

Okey, nieh Mulan dah carikan no phone FAMA untuk dihubungi... Boleh tanya FAMA lebih lanjut pasal 'Party Durian' ini...

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
Bangunan FAMA Point,
Lot 17304 Jalan Persiaran 1,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-61262020
Faks : 03-61383650 / 03-61385200
E-mel : fama@fama.gov.my





MOU Pelaksanaan SBPA

Assalamualaikum wbt....

From his Facebook jom kita tengok apa pindaan baru(MOU) yang dibuat oleh Cuepacs dan JPA




p/s : pagi ni Mulan baru terima borang opsyen... Gaji baru 1.1.2011 naik sikit jer pun... Huhu... Ingatkan banyak sangat... Mulan memang ambik 58 tahun lah jawabnya... Taknak lah extend 60 tahun... 58 tahun pun rasanya tak sanggup dah... Den taknak keja lelamer, nak buat Biz... hehhe... Terpesong sudah... Whatever it is, hari ni jugak kerani nak suruh tandatangan n hantar... Oke, baek... Saya yang menurut perintah...







info : dahlia journal...

Tuesday, December 27, 2011

Khairul Fahmi Che Mat yang sangat Hot "ta"

Assalamualaikum wbt....

Tak habis lagi mengenai goal keeper terhebat Malaysia, KFCM... Khairul Fahmi Che Mat... Walaupun macam-macam kontroversi melanda diri beliau tapi beliau tak cepat melatah... Mulan tertarik dengan gambar terbaru "HOT" KFCM dalam menghiasi cover majalah GLAM Lelaki pada Januari 2012.

hot tak?? Gile kentang hot... Mau cair iman Mulan kalo bergelar jantan bila diapit dengan wanita seksi....


p/s : semoga Tahun 2012 menjadi tahun yang cemerlang buat beliau dalam bidang Bola Sepak... 


Quran Terbesar Di Dunia

Assalamualaikum wbt...

Subhanallah, kagum Mulan melihat naskah gergasi Al-Quran... Jom cekidaut gambar seterysnya...

Terletak di Masjid Qolşärif iaitu kawasan Kazan Kremlin. Ianya adalah masjid yang terbesar di Rusia dan juga terbesar di Eropah kecuali Istanbul.


Al-Quran terbesar di dunia ini dibuat di Italy oleh syarikat ‘Reverra Ltd’ (2011). Mempunyai berat 800 kg, dan berukuran 2 meter x 1.5 meter x 25 cm. Ianya mempunyai 632 muka surat yang mana setiap satunya seberat 250 gram. Kulit luar di perbuat daripada daun emas, perak, malachiter, jasper, batu turqoise, topaz, emas dan lain-lain. Dalam bulan Mei mereka bercadang untuk memindah Al-Quran terbesar ini ke Kota Bolgar, Tartastan dimana tempat Volga Bulgaria menerima Islam dan menjadi agama rasmi pada 922 M.






Happy Wedding Anniversary To Me!

Assalamualaikum wbt...

20hb Disember genaplah 3 tahun kami suami isteri diijabkabulkan bersama.... Alhamdulillah, dah 3 tahun dah... Sekejap je rasanya.... With no kids? Yup, sedih nyer... Tahun depan nak start treatment kat hospital... Nak start balik buat insuran... N start treatment kat Hospital Swasta... LPPKN rasanya lambat dan doktor asyik takde ajer

Jom lah layankan sweet picture while our Wedding Anniversary... Gambar kek ajer...

Golden White Cheese Cake...


orang lain punya WA, orang lain tukang tiup lilin... Disaksikan oleh sanak saudara yang cool...


Idan pulak tiup...


tolong suapkan untuk Mother In Law... Doakan kebahagiaan kami yea mak... Juga doakan kami mendapat zuriat yang soleh dan solehah...
Of course MIL I ni sangat baik dan 100% jauh lebih baik dari mak Zikir,,, hehe

Monday, December 26, 2011

Genting Trip yang Buat Aku Demam?

Assalamualaikum wbt...

Adakah disebabkan percutian di Genting Highland selama 16jam yang membuatkan Mulan demam dari hari Sabtu sehingga ke hari ini? Lama kot tak demam... 2 tahun rasanya... Selepas kena demam virus selama 2 minggu 2 tahun lepas tup tup demam menyerang semula... Alhamdulillah hari Sabtu tu dah boleh main badminton dengan segar bugarnya walaupun siangnya seharian landing atas katil... Badan sangat tak sedap...

Tak caya meh lihat Mulan check in kat MBA.... huhu... Tarak tipu punya lohhh...


keh keh keh.... nak gelak ajelah... 

Meh layankan gambar-gambar kami masa pergi Genting ritu...

ini dalam kereta sebelum mendaki di kaki bukit Genting Highland




masa sampai tu pukul 9.30am... Awal kot sebab tu kabus ajer view from gondola(betul ke?) Skyway ... Mana tak awal bangun pukul 6am pagi untuk kejutkan bapak n anak, siapkan baju-baju diorang n sempat jugak goreng cempelak (cempedak)..






wif Idan





going down to outdoor... pegi outdoor dulu sebab takut hujan...






me n Optimus Prime






fourteen of us... what a lovely us...






ride a mini train...







love u darling!






Dinasour Land...






seems at London








ape kes muka cenggini???






dah malam... see my shining eyes... keep yawning... penat sangat berjalan start from 6am until 12pm arrived at home...







Sunday, December 18, 2011

Maya Karin dan Adegan Ranjang Dalam Ombak Rindu

Assalamualaikum wbt...

Wah, tak hengat tajuk entry di atas... Kemain lagi yea.. Mulan sangat adore dengan watak Maya Karin sebagai Izzah sebab berjaya untuk melakonkannya dengan baik sekali... Jutaan peminat semua dok tunggu watak kesayangan mereka iaitu Izzah... Meh baca apa kata Maya Karin mengenai isu Alhamdulillah yang dilakonkan dalam watak Ombak Rindu nieh...


Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakon babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak berkenaan sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Memang nampak sangatlah tak sesuai penggunaan perkataan Alhamdulillah di atas sana kan? Namun sebenarnya Maya Karin tak guna pun perkataan tersebut. Itu semuanya ditulis salah oleh wartawan-wartawan yang menemuramahnya. Kata Maya Karin:-

Saya tahu tempat mana nak cakap (Alhamdulillah). Saya cuma cakap gementar… saya terkejut… yang saya ingin lakukan itu (adegan ranjang) pun tak cakap. Saya tak perlu diperbesarkan (isu ini)… dah disalah tulis… ada juga title (tajuk) lain yang saya tak sebut langsung.

p/s : Apa pun thumbs up pada semua yang menjayakan filem Ombak Rindu nieh... Yang penting haku nangis... sob sob...

kredit beautifulnara.

Adlin Umum Perang Dengan Chef Wan Sebab Tersingkir Maharaja Lawak

Assalamualaikum wbt...

Berita gempar bila Adlin nak isytihar perang pada Chef Wan gara-gara komen Chef Wan yang menyebabkan dia tersingkir... Aduhhh, lek lek... Cool... Jom baca apa komen Chef Wan yang menyebabkan Adlin naik hangin... Bagi Mulan kita jangan cari pasal dengan orang... Kita betulkan diri kita dulu baru boleh nak menegur salah orang... But as a pengkritik mungkin Chef Wan ada hak untuk menyuarakan pendapat dia tapi tak usahlah sampai buat status yang menjatuhkan maruah orang.... Kan... Ada yang terasa who knows kan???,,,


dan yang ini dari Adlin Aman Ramli...


Friday, December 16, 2011

Celcom Launching Iphone 4s Malam ni

Assalamualaikum wbt...



Malam ni tepat pukul 12 malam, di La Bodega Bangsar Shopping Centre akan bersesaklah manusia di sana... Sebab apa? Sebab Celcom akan launched Siri Baru untuk Iphone iaitu Iphone 4S... Mungkinkah anda juga orang yang pertama?




kalau korang malas beratur sila click di sini kerana Celcom menyediakan lebih banyak tempat untuk melanggan...












Thursday, December 15, 2011

Suhaila Masih Ketagih Judi Dan Rokok – Jimmy Shanley

Assalamualaikum wbt...

Wah, tak habis lagi pasal artis nieh... Sedihnya Mulan dengar bila ada segolongan artis yang terikut-ikut dengan budaya Barat... Nak tau, jom cekidaut....

Sebelum bernikah, dia berjanji untuk meninggalkan tabiat buruk itu dan melayan saya 24 jam. Oleh sebab itulah saya bersetuju untuk berkahwin. Bagaimanapun, ia tidak berubah selepas kami berkahwin kerana Nursuhaila masih berjudi hinggakan layanan terhadap saya terhad. Dia juga enggan berada di rumah saya yang tiada talian Internet tanpa wayar. Saya juga bertanya penting ke layan FB dan BBM rakan-rakan, lalu dia menjawab lebih penting layan kawan daripada suami...


p/s : kalo Mulan opkos layan suami lagi best dowh....






kredit to beatifulnara

Perbezaan Kumpulan Tertinggi dan Kumpulan Pelaksana

Assalamualaikum wbt...

Kump. Premier/Tertinggi - Kenaikan Gaji 100%
Kump. Pelaksana - Kenaikan Gaji 10%

Kump. Premier/Tertinggi - tol, minyak & bil boleh claim
Kump. Pelaksana - kena bayar tol, minyak & bil

Kump. Premier/Tertinggi - kereta disediakan, parking free
Kump. Pelaksana - kereta beli sendiri, parking bayar hari2

Kump. Premier/Tertinggi - 5 tahun skali leh claim rm82k cash ganti tiket flight
Kump. Pelaksana - nak beli tiket airasia pun semput

Kump. Premier/Tertinggi - bonus separuh gaji. gaji berpuluh ribu syok la
Kump. Pelaksana - bonus minima rm500

Kump. Premier/Tertinggi - ade driver bw ke mana2
Kump. Pelaksana - disuruh naik bas sbb kurangkan jln sesak

Kump. Premier/Tertinggi - ade elaun keraian (tapi masuk poket)
Kump. Pelaksana - x de lain keraian (tapi keluar duit poket utk rai)

Kump. Premier/Tertinggi - arah keje sana sini
Kump. Pelaksana - buat keje sana sini

Kump. Premier/Tertinggi - mcm2 elaun yg x spatutnye bribu2 ringgit
Kump. Pelaksana - elaun ciput tp bila minta naik skit dah bising

Kump. Premier/Tertinggi - minoriti
Kump. Pelaksana - majoriti (undi adalah rahsia)


p/s : so nak jadi dalam golongan Kumpulan Premier/ Tertinggi kenalah pandai kipas... Belajar pun kena la tinggi jugak...






Tuesday, December 13, 2011

Gaji SBPA 2012. Pekeliling SBPA 2012 Dah Keluar Secara Rasmi

Assalamualaikum wbt...

Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Dan….antara perkongsian maklumat yang kami terima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :


1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.

Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.

Kakitangan sektor kerajaan yang gagal memperlihatkan atau mencapai prestasi perkhidmatan disasarkan selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan kerja di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA Gaji Baru 2012), yang bakal dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini 2012

Peruntukkan bagi Skim Gaji SBPA 2012 baru ini terpakai ke atas keseluruhan 1.3 juta tenaga kerja sektor awam, tidak kira peringkat dan kumpulan perkhidmatan.



2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :

  • Premier
  • Jusa
  • Pengurusan Tinggi
  • Pengurusan dan Profesional
  • Pelaksana
Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.

Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.



3) Skim SBPA Gaji Baru 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan empat kategori markah penilaian perkhidmatan iaitu :

  • Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
  • Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
  • Markah 75 % – tiada kenaikan
  • Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan



4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :

Ketua Setiausaha Negara – RM50,ooo
Premier – RM40,000
Jusa C – RM12,000
Pengurusan & Profesional – RM6,000
Pelaksana – RM3,000

Skim gaji baru 2012 SBPA ini bakal menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis yang digunakan sekarang.

P/S : Jikalau ada maklumat yang ingin dikongsikan berkenaan dengan Sistem Gaji SBPA (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam) 2012 yang baru ini, dipersilakan untuk dibincangkan bersama.



Antara intipati pelaksanaan SBPA Gaji 2012 yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:

  • Gaji SBPA 2012 : pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;
  • Gaji SBPA 2012 : pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.
  • Gaji SBPA 2012 : pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;
  • Gaji SBPA 2012 : pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan;
  • Gaji SBPA 2012 : peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;
  • Gaji SBPA 2012 : peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;
  • Gaji SBPA 2012 : pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);
  • Gaji SBPA 2012 : penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);
penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;

  • Gaji SBPA 2012 : pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;
  • Gaji SBPA 2012 : pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;
  • Gaji SBPA 2012 : perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia;
  • Gaji SBPA 2012 : pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;
  • Gaji SBPA 2012 : pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;
  • Gaji SBPA 2012 : pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;
  • Gaji SBPA 2012 : pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;
  • Gaji SBPA 2012 : penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;
  • Gaji SBPA 2012 : peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan
  • Gaji SBPA 2012 : pengekalan pegawai yang menolak gaji SBPA2012 di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)


Port Dickson Vacation

Assalamualaikum wbt...

I know this post must be basi+lemau entry... Dah sebulan kot pergi PD baru terhegeh-hegeh nak upload... :"ade Wan kisah!"....

Kami (suami isteri + Idan) berkonvoi dengan 7/8 kereta ke sana untuk menikmati percutian yang sudah lama dirancang... Mulan punya part ialah perap ayam untuk dijadikan bbq... wah, begitu skema ayatku... 


Kawan-kawan ada yang bawak nasi, spagheti la, donut, cekedis, air dll... Banyak sangat kot nak mention... Jom layankan ajer gambo untuk senang bercerita dengan lebih lanjut..

ayam siap sedia di bbq... dorang cakap sedap ayam perap... aku mulalah nk kembang kuncup... hehe



geng jaga "ayam"...



geng perempuan yang maintain kejenya menyembang...hehe... 
yelah, kitorang dah masak kat rumah semua kan...



u all can see my spare tyre yg superb... now, I`m try to reduce the bad fat..



sponsor by Yanie... nyum...nyum..



see closer... sajer nk bagi jeles...




sehingga menjilat jari tuh...



laki I yg tak sabar nak terjun laut dah...


lepaking... "penat tunggu depa nie bakar ayam"....



all of us yang conquer satu pondok....



Monday, December 12, 2011

Carian Google Yang Paling Top

Assalamualaikum wbt...

Mulan dapat dari sumber ini... Meh tengok ape yang orang-orang kita selalu cari/search from google :



Fastest rising searches
1. Facebook
2. Angry Birds
3. Maharaja Lawak
4. iPhone 5
5. Samsung Galaxy
6. iPad2
7. Jawatan kosong
8. Android
9. Tonton
10. Aishiteru
Fastest rising people
1. Bruno Mars
2. Hana Tajima
3. Cikgu Shida
4. Avril Lavigne
5. Anwar Ibrahim
6. Fatin Liyana
7. Justin Bieber
8. Rihanna
9. Ustaz Kazim
10. Hanis Zalikha
Top news stories
1. ipad 2
2. Malaysian grand prix
3. Kennedy space center
4. Kentucky derby
5. Japan nuclear crisis
6. MTV movie awards
7. Michael Jackson funeral
8. Malaysian open
9. Thailand flood
10. Malaysia budget 2012
Top image searches
1. Justin Bieber
2. Background designs
3. Fixie bike
4. Domo Kun
5. Monster energy
6. Supra shoes
7. Jules Verne
8. Smiley face
9. Kartun muslimah
10. Chelsea Olivia
Top ‘what is…’ searches
1. what is bersih
2. what is g6
3. what is ppvrip
4. what is ipad
5. what are words
6. what is jailbreak
7. what is android
8. what is lmao
9. what is hacking
10. what is information
Top TV shows
1. ANTM
2. x factor usa
3. american idol 2011
4. amazing race 18
5. tvb drama 2011
6. nagamma serial
7. supernatural
8. bones season 7
9. Al Jazeera
10. My Princess
Top international travel destinations
1. Kowloon/Hong Kong
2. Su Mei Island, Thailand
3. Phuket Island
4. Bangkok
5. Maldives
6. Disneyland Hong Kong
7. Taipei
8. Paris Disneyland
9. New York
10. Caribbean
Top blogs
1. Blog Serius
2. Beautifunara
3. Papagomo
4. Jejariruncing
5. Honeykoyuki
6. Oh Bulan
7. Kari ngeri
8. Malaymoviesfull
9. My Resipi
10. IniBelogSaya
notakaki : most of bloglist above memang jadi pujaan hati Mulan pun untuk follow... semua nieh otai-otai blogger...  yezza... 

Katakan Taknak Dan Menang RM3000 Worth

Assalamualaikum wbt...

Terbeliak kot mata Mulan bila tengok tagline? Wah, lumayan dowh.... Teringin nak joint tapi masih dok fikir-fikir lagi gambar apa yang nak dipertaruhkan... Dahla haku takde DLSR... Kamera cabok jer pun yang den ado... Huhu... Takpe, nak seribu daya taknak seribu dalih...

click untuk joint...

Ahad Journey

Assalamualaikum wbt...

Since hari ini adalah hari keputeraan Sultan Selangor maka Mulan dengan rasa excited n gembira sebab coti 3 hari berturut-berturut... Siok tol coti kan... Mane tak siok boleh lepak-lepak sampai lebam kat rumah... Not really lor... Today, cam biasa Mulan g office suami buat kerja... hehe... I kan isteri mithali... Isteri mithali memang camni, rajin tolong suami dia... masuk bakul angkat sendiri keh...  


Last day, kitorang g Jalan Pasar- cari ikan... Nak letak dalam akuarium...
Then, perjalanan diteruskan ke Kenanga Mall... cari baju untuk aerobic...
Kemudian gi karok kat Kinrara... RM12 jer kot for 1hour...
Last makan kat Rest Ayam Kampung, R&R Awan Besar...

Pukul 9 baru sampai rumah... Then, masak nasi goreng pulak untuk my hubby...
Pukul 10.30 pergi office suami lagi... Buat ape2 kerja yg patut dan tak patut.. yang x patut tu ialah "facebook'ing dan 'blogging"... Patut kot...

layan karok... kasi gegar bilik itu...

one big family of us... + BFF..


Shopping Shopping

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...