Tuesday, September 25, 2012

Aksi Baby Bila Makan Lemon

Assalamualaikum wbt...

Jom layan... Syiok tengok muka baby masam-masam... sila tulis kat comments u all suka yang mana... They are so sute babe...

video A



video B



video C


video D



video E



video F


U all pilih mana best... hehe... ketawa terbahak-bahak I tau tak... So funny... 








Mandi Manda Di Kolam Putrajaya

Assalamualaikum wbt...

Layankan jela gambar kami ke Kolam Putrajaya beberapa bulan lepas... Maps ada disertakan... Bawak kanak-kanak bermandi-mandi di sana... Kemain seronok lagi depa... My Idan kata "tak syok la, 'ayak' cengkat ja" cengkat tu membawa maksud 'cetek' yea... Bahasa Kedah style... :-)






































maps kat bawah ni yea...




View Larger Map

Cari mark A tu yea.   Selamat membawa anak-anak anda ke sana... Dun worry Free of Charge...
Tempat salin pakaian pun ada... Neat and clean... Pesanan penaja : Recommended for 12 years below...

Thursday, September 20, 2012

Comments dari Blogger

Assalamualaikum wbt...

Ada jugak orang yang rajin mengomen blog Mulan Maseirra ni yea... Alhamdulillah... Thanks...

ok la,,, yang mengomen lebih daripada posts... ok lah jugak tu... hehe... keep it up ya...

Monday, September 17, 2012

Mulan Maseirra vs Persian Cat

Assalamualaikum wbt...

Masih tak habis lagi upload gambar masa berniaga di Downtown Cheras, KL masa bulan puasa baru-baru ini.. Banyak kenangan manis kami lalui bersama... Semua manis tau... Takde pahit... Yelah, ada beberapa rakan niaga yang sangat close ngan kami... Dah macam adik beradik dah... Macam mana nak lupa babe...

Bukan setakat kawan-kawan close malah binatang pun close jugak... Binatang apakah? Of course mini zoo kat depan booth kitorang tue... Kan macam-macam binatang ada... Dari ular, iguana, sugar glider mahpun kucing... Alo tomey tomey...

Kali ni ahli diorang bawak Persian cat... Serius suka giler babe... Gebu bak sutera gitu... Jom cekidaut...

Cik Ika pegang persian cat...


 disaksikan oleh ramai peminat... mostly yang lalu mesti terpegun tengok persian cat nieh..



 muka slumber jer...



my turn pulak... tengok tu siap nak tido lagi atas pangkuanku...




 alolo... cute nye dia...




 persian cat di dadaku... ko ade? haha




kembang kuncup hidungku...




sayang tengok ape kat bawah tu...




 Hadi pun berminat gak...




persian cat cam rimas jer ngan I... tengok kaki dia nak turun dah...






Friday, September 14, 2012

Zaira Health adakan Giveaway. Jom Serbu!

Mulan copy jer dari blog http://zairahealth.blogspot.com/....



Assalamualaikum wbt...

Kami dengan berbesar hati ingin mengadakan Giveaway VCO Catalyst Bernilai RM39.90 kepada semua. Mudah sahaja nak menang. Hanya :

1. LIKE page http://zairahealth.blogspot.com/... Di blog ni pun ada link facebook...

2. SHARE link tersebut dengan rakan-rakan yang lain. Paling mudah hanya tekan share pada post facebook tersebut. Atau kalau rajin boleh share di blog anda.. Mana-mana pun boleh...

Tarikh tutup 10/10/2012

* Kami akan tentukan pemenang sejurus tamat tarikh Giveaway ini dan sabar yea.. Kami akan mesej melalui facebook nanti...

Jom like n share... Sesiapa yang membeli barangan dari kami juga digalakkan.

Monday, September 10, 2012

Berbekam Adalah Fardhu Kifayah

Assalamualaikum wbt...

Lamanya tak mengusik blog kesayangan hamba nieh... Idea kurang sikit n cerita pun takde. Nanti bosan pulak. Penulisan pun akan jadi hambar automatically. When there`s a story, there`s a Mulan Maseirra... Gitu..

Nak cerita last week on Thursday, Mulan beranikan diri berbekam. Adala 2 orang makhluk Allah ni datang ke sekolah dan buat rawatan mengurut kaki, acupunture selain berbekam. Time ni migrain tengah menyerang kepala otak Mulan. Imagine that I manage to get migrain since Selasa tu. Means dah 2 hari lebih kot. Sakit dan berat ajer kepala nieh... Tidur akan buat kepala ini lagi bertambah sakit. Oh God...
Siapa ada migrain then they`ll know how suffer we are... Rite???

Mulan tanya-tanya dan siasat dulu pasal bekam ni dengan pengubat tu. Pengubat tu of course perempuan. Then, dia cakap "tak sakit dik, nanti adik akan rasa ringan dan segar lepas buat bekam"... Gitu yea...

Baiklah dengan semangat kesukanan yang tinggi dengan berbekalkan keimaman dan ketabahan, Mulan pun buat la bekam nie... Acara bekam bermula... Mula- mula dia suruh Mulan meniarap dan tenang. Pastu dia mula cukur sedikit rambut di tengah kepala.... Oh NO... My hair...  dah kena cantas.... Ok FINE!!! Sabar jer demi sakit kepala ini...

Lepas tu, pengubat tu letakkan cup dan vacuum kulit kepala Mulan. Yang paling mengerikan dia cucuk-cucuk sedikit dengan mengguanakan pisau 'blade' tu u all... Imagine sekarang! Tapi sebenarnya tak sakit pun time cucuk-cucuk nieh... Seriously babe.... My friend la told me that she`s using that kind of blade to stab in my skin. Giler lah.. Dengar cam ngeri tapi tak sakit pun. Rasa cam kena gigit semut gitu jer.

Acara diteruskan lagi. Cup di letakkan lagi dan disedut dengan menggunakan vacuum... Time ni agak lama... Dalam 15 minit gitu... Apa yang Mulan rasa sekarang ni hanyalah kebas di kepala... dan leher... Mulan buat 2 tempat tue jer...  The result is Mulan rasa gatal-gatal sikit kat tempat yang bekam tu.. Especially kat leher... Kat kepala takde la pulak rasa gatal-gatal....




jelas kelihatan kulit kepala yang dicukur dan kemudian dibekam... Tak sakit babe... Seriously said... 






 just ignore my dandruff



 see... sangat likat dan pekat darah yang keluar... bukan fresh blood yea...



 darah kotor kelihatan




 darah ada lagi selepas dioles buat kali kedua sapuannya




 kat leher... wowww... takut tengok diri sendiri...











 darah keluar lagi... banyak kot...




 ini lah hasil darah pekat yang keluar melalui bekam di leher Mulan Maseirra





 berbekas camni... It took for 3-4 days before the 'bekas bekam' disappear...  tak sakit pun... nampak macam merah tentu menyakitkan... hihi



 Meh baca ni sejarah bekam dan maksudnya... barulah Mulan tahu berbekam ini adalah Fardhu Kifayah.... Kalo Mulan tak buat atau belajar buat bekam, means semua penduduk di Puchong Perdana akan mendapat dosa. Wah, ayat yang paling senang nak cakap...

Jom baca... kredit to Ilhamkaryasari


Sejarah bekam

Bekam (Al-Hijamah) sudah dikenali sejak zaman kerajaan Sumeria lagi, kemudian ianya berkembang sampai ke Babylon, Mesir, Saba, dan Parsi. Pada zaman Rasulullah, baginda menggunakan kaca berupa cawan atau mangkuk yang tinggi. Pada zaman China kuno, mereka menyebut bekam sebagai "Rawatan Tanduk" kerana tanduk menggantikan kaca. Pada kurun ke-18, orang-orang Eropah menggunakan lintah sebagai alat untuk berbekam. Kini kaedah berbekam telah dimodifikasi dengan sempurna menggunakan alat-alat yang moden dan praktikal yang dikenali sebagai Bekam Inovatif.

Mengapa Harus Berbekam?

Berbekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksin/racun) yang berbahaya dari dalam tubuh badan melalui permukaan kulit. Toksin adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diurai oleh tubuh manusia. Darah kotor adalah darah yang mengandungi toksin/racun, atau lebih dikenali dengan darah beku yang menyumbat peredaran darah sehingga sistem peredaran darah tidak dapat berjalan dengan lancar. Keadaan ini sedikit demi sedikit akan mengganggu kesihatan fizikal dan mental. Akibatnya kita sering terasa lesu, murung, resah, kurang sihat, mudah pitam dan sebagainya. Ditambah lagi dengan angin yang sukar dikeluarkan dari tubuh yang akan mengakibatkan penyakit-penyakit seperti angin ahmar (stroke), darah tinggi, kencing manis dan sakit jiwa.

Toksid dalam tubuh manusia antaranya berpunca daripada:

1. Pencemaran udara
2. Makan makanan segera kerana mengandungi zat kimia yang tidak baik untuk badan seperti pengawet, pewarna, perisa, dan sebagainya
3. Hasil pertanian yang beracun (insektisid, fungisid, herbisid)
4. Tabiat buruk seperti merokok, makan tidak teratur/bersih, makanan terlalu panas atau sejuk, terlalu masam, dan lain-lain
5. Ubat-ubatan kimia, kerana mempunyai kesan sampingan merosakkan organ dan micro-organisma baik dalam sistem badan

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan darah beku iaitu:

1. Darah beku yang diakibatkan oleh kecederaan ketika di dalam rahim dan semasa dilahirkan
2. Darah beku yang berpunca dari penderitaan fizikal seperti kemalangan, terseliuh, dan aktiviti-aktiviti lasak
3. Darah beku akibat perbuatan sendiri seperti mengangkat beban berat, penggunaan pakaian ketat, dan ikat kepala yang berpanjangan
4. Darah beku yang berpunca dari emosi yang tidak terkawal. Kemarahan, ketakutan, kesedihan, dan kerisauan menyebabkan pengeluaran adrenalin berlebihan yang dapat membahayakan metabolisma tubuh
5. Darah beku yang diakibatkan oleh diet yang tidak seimbang, kegemukan, sering sembelit, dan pencemaran alam sekitar

Oleh itu, darah beku haruslah dikeluarkan dengan apa cara sekali pun. Namun kaedah perubatan allopathy (konvensional) tidak dapat bertindak demikian. Jadi, kita harus mencari kaedah perubatan yang dapat bertindak mengeluarkan darah beku tersebut agar tubuh badan tidak lemah dan mudah diserang pelbagai penyakit. Salah satu caranya adalah dengan berbekam.

Bekam merupakan kaedah paling unggul dan sangat berkesan untuk mengatasi pelbagai penyakit. Bekam merupakan rawatan pencegahan (Preventive Medicine) dan juga sangat efektif untuk rawatan penyembuhan (Curative Medicine). Ianya bukanlah perubatan alternatif, tetapi merupakan perubatan berdasarkan wahyu (sunnah Rasul), maka ia mempunyai satu hikmah yang luar biasa dari sisi khasiatnya, dan yang menyembuhkannya tetap adalah Allah SWT.


Antara Penyakit-Penyakit Yang Boleh Dirawat Dengan Berbekam

-Sakit kepala -Mata kabur -Sakit leher
-Migraine -Katarak -Sakit kaki
-Tekanan/stress -Sakit urat -Kembung perut
-Sakit belakang -Sakit angin -Batuk
-Sakit pinggang -Bengkak-bengkak badan -Asma/masalah paru-paru
-Sakit sendi -Lenguh-lenguh badan -Kolestrol tinggi
-Lemah badan -Kebas-kebas -Sakit gigi
-Darah tinggi -Gout -Kejang otot
-Diabetik -Resdung -Gatal-gatal
-Sakit jantung -Jerawat -Sembelit
-Angin ahmar -Sinusitis -dan lain-lain



Bekam, Cara Perubatan Terbaik

Dari Jabir RA, bahawa ada seorang wanita Yahudi dari penduduk Khaibar memasukkan racun ke dalam daging domba yang dipanggang, lalu menghadiahkannya kepada Rasulullah SAW. Baginda mengambil bagian kaki dan memakan sebagian darinya. Beberapa orang sahabat yang bersamanya juga ikut memakannya. Sebagian sahabat yang terlanjur memakannya ada yang meninggal. Lalu Rasulullah SAW melakukan rawatan bekam di bahagian dahinya karana daging yang terlanjur dimakan oleh baginda. Sahabat yang merawatnya adalah Abu Hindun, dengan menggunakan tulang tanduk dan mata pisau.

Untuk mengekalkan kesihatan rohani dan jasmani, Rasulullah SAW mengajar berbagai teknik pengubatan atau terapi sebagaimana terdapat dalam Sahih Bukhari dari Said Ibnu Jabir RA dari Ibnu Abbas RA dari Nabi SAW, bahawa Rasululllah SAW bersabda: “Kesembuhan itu ada dalam tiga hal, iaitu dalam manisan madu, alat bekam atau sedutan api. Namun aku melarang umatku melakukan sedutan api.” Bahkan Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya cara pengubatan paling baik yang kamu amalkan adalah al-hijamah (bekam).” (Muttafaq ‘alaihi)

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Jika pada sesuatu yang kamu gunakan untuk berubat itu terdapat kebaikan, maka hal itu adalah bekam.” (HR. Ibnu Majah, Abu Dawud)




Hukum Berbekam

Imam Ghazali berpendapat, yang dinukilkan dalam kitab Tasyirul Fiqih lil Muslimil Mu’ashir oleh Dr. Yusuf Qardhawi: “Al-Hijamah adalah termasuk fardhu kifayah. Jika di suatu wilayah tidak ada seorang yang mempelajarinya, maka semua penduduknya akan berdosa. Namun jika ada salah seorang yang melaksanakannya serta memadai, maka gugurlah kewajiban dari yang lain. Maksud saya, sebuah wilayah kadang-kadang memerlukan lebih dari seorang. Tapi yang terpenting adalah adanya jumlah yang mencukupi dan memenuhi keperluan yang diperlukan. Jika di sebuah wilayah tidak ada orang yang Muhtajib (ahli bekam), suatu kehancuran siap menghadang dan mereka akan sengsara karana menempatkan diri di ambang kehancuran. Ini kerana Zat yang menurunkan penyakit juga menurunkan ubatnya, dan memerintahkan untuk menggunakannnya serta berdakwah untuk melaksanakannya, maka dengan meremehkannya bererti sebuah kehancuran telah menghadang.”






Shopping Shopping