Tuesday, November 29, 2011

Penangan Iphone 4S

Assalamualaikum wbt...



iPhone 4S vs. Samsung Galaxy S II Drop Test
Camni rupanya Samsung Galaxy S II dan Iphone bila dibuat Drop Test...


iPhone 4S vs. Samsung Galaxy S II - Ultimate Test






Untuk Peminat Ombak Rindu

Assalamualaikum wbt...

Jom tengok video dari Ombak Rindu...  Can`t wait.. Can`t wait.. Can`t wait.. Can`t wait.. Can`t wait..



Monday, November 28, 2011

Iphone 4S "Boleh Bercakap"

Assalamualaikum wbt...

Sangat terpegun bila tengok Iphone 4S yang boleh bercakap nieh? Korang cakap atau tanya jer apa-apa kat Iphone 4S nieh and dia akan cari solution untuk permasalahan yang korang cipta itu... Ohsem giler...
Contohnya :

- nak send message pada seseorang... Cuma sebut sahaja "Send my message to my mom"....  Then Iphone 4S akan tanya "What will you type to your mom"?.... Kita cakap "What your dish for tonight?" ... Macam itu ajer dan mesej akan sampai pada mak kita... Ohsem tak?


- kita boleh tanya weather jugak kat "dia"/Iphone 4S nieh... Contoh "What weather will be on this Sunday at Kuala Lumpur?"... Then she`ll reply weather pada tempat yang kita nak pergi tue.. Ohsem sangat....


- kita nak buat muffin... tanya ajer dia akan tunjuk cara-cara nak buat sampai dia SET TIME untuk kita...  lagi ohsem...


tengok video ni untuk tengok ke"ohsem" annya...



uhhhhh... macam-macam lagi kot yang Iphone ni boleh buat... Sampai tak terjangkau dek akal kita kot... Giler ohsem.... (sambil jerit)....hehehe

Sinopsis Drama Bersiri Tentang Dhia

Assalamualaikum wbt...

Sekarang semua dok sibuk melayan drama nie kot "tentang Dhia".... Termasuklah Mulan sekali di dalam golongan tersebut... Cemaner Mulan leh terjebak pun dah tak ingat dah.... Tapi sekali dah terjebak memang tak boleh keluar dah dari kancah keghairahan menonton drama tersebut... Gitu... Memang tak miss arr... Akan ku tepuk-tepuk cushion empuk lalu menghempaskan kepala keras Mulan ini ke atasnya... Dengan mata buntang Mulan tonton tanpa berkelip sedikit pun... So, korang boleh agakla cemane penangan drama Tentang Dhia yang memberi impak yang kebaboom terhadap diri Mulan... hehe




Jom tengok sinopsis cerita ini....

Bermula kisah sedih cinta tiga segi antara Dhia lakonan Nora Danish dan dua orang lelaki yang sangat dicintainya, Raffi (lakonan Irfan Roslan) dan Azmi (lakonan Ako Mustapha). Dhia dicemburui oleh Melly (Izreen Azminda) kerana Dhia menjadi rebutan dua lelaki tersebut.

Dhia seorang gadis kampung yang disukai ramai kerana perwatakan yang ayu, lembut dan cantik. Dhia sudah lama jatuh hati kepada Azmi lakonan Ako seorang anak kepada Imam di kampung dan bekerja sebagai kerani biasa saja. Manakala Raffi seorang pemuda yang berasal dari keluarga kaya dan berkelulusan dari luar negara menjadi teman rapat Dhia.

Dhia bakal melangsungkan pertunangan dengan Azmi, Raffi sedih , namun tetap redha dengan keputusan Dhia walaupun dia masih mencintai Dhia.

Kisah sedih Dhia bermula apabila Melly cuba memerangkap Raffi dengan memaksa Raffi menidurinya dalam keadaan mabuk. Melly mengandung tapi Raffi tidak mahu bertanggugjawab. Melly cuba pulak memerangkap Azmi dan akhirnya mereka ditangkap khalwat.

Dhia terkejut dan kecewa amat sangat apabila mengetahui tentang hal itu, lebih lebih lagi majlis pertunangan sudah hampir. Dhia yang jujur dan baik hati sanggup memaafkan Azmi dan mereka bertunang juga akhirnya. Melly tak mengaku kalah dia menyerang Azmi semasa majlis pertunangan dan mahu Azmi bertanggungjawab. Melly berjaya disatukan dengan Azmi tanpa kerelaan Dhia.

Dalam keadaan masih sedih mengenangkan nasibnya ,Dhia didatangi pula Zikir (lakonan Ady Putra) dalam hidupnya. Zikir seorang arkitek dari Kuala Lumpur.

Perkenalan Zikir dengan Dhia bermula apabila Zikir berkunjung ke kampung Dhia kerana Zikir menziarahi pengebumian kawan baiknya. Di situlah Zikir jatuh cinta pandang pertama dengan Dhia. Zikir sebenarnya digilai oleh Rose (lakonan Tasha Shila).

Selepas Dhia kehilangan Azmi dapatkah Zikir merebut hati dan cinta Dhia, adakah cinta Dhia dan Zikir akan terhalang lagi dengan kehadiran Rose pulak? Ok sama sama nantikan drama Akasia Tentang Dhia , 26 episod di TV3 jam 7 malam.


comel sungguh Izreen dan Nora Danish bertudung,,,,


Lagu Opening Tentang Dhia









Ogy Ahmad Daud Akan Saman Johan Raja Lawak Kerana Menghinanya

Assalamualaikum wbt...



Episod ini berlaku semasa Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Ahad lalu. Idea pihak Astro menggabungkan Fauziah Ahmad Daud, 49, dengan Johan Raja Lawak sebagai hos mungkin dianggap boleh memberikan kelainan. Iyalah, gandingan baru dan lama siapa yang tak mahu lihat, pentas boleh jadi riuh rendah dibuatnya.

Namun, siapa sangka sebenarnya berlaku konflik senyap yang mungkin tidak disedari oleh kebanyakan penonton. Kekecewaan diluahkan oleh Fauziah atau Ogy ini mengenai sikap Johan terhadapnya sepanjang mengemudi majlis yang disaksikan hampir satu juta penonton itu.

Dakwa Ogy, Johan telah mengaibkannya di hadapan para penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung.

“Hampir satu juta penonton dapat saksikan bagaimana Johan memperlekehkan, mengaibkan dan mempersendakan saya di pentas FFM. Ini bukan gelanggang Raja Lawak. Di depan tetamu kenamaanteri pula tu.

“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.

“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” katanya.

Menurut Ogy, sepanjang majlis, dia hanya mampu beristighfar di dalam hati walau sedih dengan sikap Johan yang dianggap keterlaluan. Bagi Ogy, dia harus bersikap profesional kerana mahu tidak mahu, majlis perlu diteruskan dengan baik.

“Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar. Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya.

“Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya. Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya. Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali,” kesalnya.

Mana IQ?

Bercerita lanjut, menurut Ogy, dia juga kesal kerana sebagai seorang yang berpengalaman dalam industri terutama dalam bidang pengacaraan, dia melihat ramai ‘budak baru’ tidak pandai menghormati golongan senior.

Kata Ogy, ini bukan soal sensitiviti hanya kerana dia merupakan seorang wanita yang berusia. Tetapi sudah banyak contoh di depan mata yang menyaksikan bagaimana pendatang baru dalam industri tidak bijak menyampaikan jenaka. Malah, kata Ogy, ada yang tidak faham antara lawak bodoh dengan lawak yang punya IQ.

“Buat lawak tak perlu menghina orang. Lawak yang punya IQ dan isi, yang tak menghina atau mengutuk orang pun akan jadi satu jenaka yang boleh menghiburkan penonton.

“Lihat contoh, Harith Iskandar atau Afdlin Shauki. Mereka tak ada pun nak hina-hina orang untuk membuatkan orang ketawa. Mengapa Johan perlu buat begitu? Mengenakan saya di pentas dan menggunakan perkataan yang tidak sesuai, apa dia ingat saya ni adik diakah?” katanya.

Menurut pengarah dan penerbit ini lagi, kebanyakan jenaka yang dibuat oleh Johan juga tidak berlandaskan skrip yang disediakan oleh pihak Astro.

“Saya tahu dia berbakat untuk buat lawak tetapi cara dia melampau. Sudahlah masa latihan sebelum majlis berlangsung dia datang lewat.


“Kami diminta datang pukul 3 petang, dia sampai pukul 6 petang. Macam mana tu? Tiga jam saya menunggu, tetapi dia langsung tidak minta maaf pada saya.

“Pembantu peribadi dia yang malu dan berkali-kali minta maaf dari saya. Mana budi bahasa? Tetapi saya sedikit pun tidak bising pada dia. Kalau dia nak jawab, jawablah pada Astro, ” katanya.

Menyifatkan isu ini sebagai sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh, kata Ogy, dia nekad untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Johan.

Menurut Ogy, biar sekalipun Johan tampil memohon maaf ke atas dirinya selepas ini, namun dia tetap akan berkeras untuk menyaman pelawak tersebut.

“Saya berpegang pada hak asasi manusia. Tidak kira siapa pun, kalau mereka telah memperlekehkan maruah diri dan ibu bapa saya, saya tidak akan bertolak-ansur. Biar dia datang minta maaf sekali pun, saya tidak akan layan. Sebab seseorang harus bangkit memberi pengajaran kepada budak baru seperti dia yang tak tahu apa makna menghormati.

“Bukan saya datang cari Astro untuk minta jadi pengacara malam itu, tetapi Astro yang datang cari perempuan buruk ini untuk menjayakan majlis. Tapi saya datang bukan untuk diperlekeh-lekeh begitu,” ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Ogy, dia dan peguamnya kini sedang menguruskan proses lanjut untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah.

“Saya akan bangkit mewakili mana-mana artis senior yang rasa diri mereka diperlekehkan orang baru.

“Jangan main-main dengan Fauziah Ahmad Daud. Saya tidak akan lepaskan budak ini!” katanya lagi dalam nada cukup tegas.

sumber : utusan malaysia

Friday, November 25, 2011

Pengeluaran KWSP untuk Kakitangan Kerajaan Bertaraf Pencen

Assalamualaikum wbt...

Wah, gitu panjangnya title hari ini...

Since Mulan one of the pencarum KWSP yang layak membuat pengeluaran berikutan 3 tahun berkhidmat dan memilih Skim Berpencen jadi Mulan pun mula lah google pasal jumlah pengeluaran yang akan Mulan dapat... Hurmm... banyak ke?? Huhu...

Demi wang, Mulan menggagahkan (gagah ke suka?) diri ke KWSP belakang Tesco, Puchong Jumaat lepas... Parking dia best, tak sesak dan banyak tempat kosong lagi... KWSP nieh memang baru sangat pun buka... Susun atur dalaman pejabat KWSP ni pun cantik... Selesa sangat... Yang penting kakak "kaunter pertanyaan" tu manis dengan senyuman... So, Mulan double excited dan suka... hehe...

Tengahari Mulan ambik borang dan petang terus submit... Dia cuma nak salinan Kad Pengenalan, salinan Tawaran ke Jawatan Tetap, salinan Pengesahan Jawatan dan salinan Skim Taraf Berpencen.. Dan paling penting kita kena tengok dalam slip gaji kita tu dah takde lagi potongan KWSP... Means dah clear kat bahagian Potongan... (kecuali lah potongan angkasa kita tu yang super banyak kan)... Huhu...

Okey, melalui hasil pencarian google rata-rata mengatakan kita akan dapat 45% untuk caruman selepas bekerja dengan kerajaan. 55% kerajaan akan ambil... Caruman semasa kerja dengan swasta, kita akan dapat 100%.

Wah,betul ke 100? Kalau 100% memang Mulan suka sangat lah... Tak sia-sia kerja dengan Motorola n Telekom Malaysia dolu-dolu.... Tapi Motorola kot yang banyak menyumbang kepada caruman yang lumayan setiap bulan... Mana taknya dolu bujang n suka sangat buat OT... keh keh...

Abang "kaunter" yang entertain Mulan tu cakap nanti dia akan bagi surat dan proses pengeluaran ambik masa selewat-lewatnya 2 minggu... Just wait n see jelah yea...

Wednesday, November 23, 2011

Counting Days for Ombak Rindu!

Assalamualaikum wbt...

Mulan masih ingat zaman kegemilangan Ombak Rindu yang suatu ketika dahulu yang amat dikenali oleh anak-anak muda... Boleh potong jari kot kalau ada yang tak tahu... Ker buat-buat tak tahu... Mulan siap beli lagi Novel Ombak Rindu nieh disebabkan terlalu obses dengan cerita kawan-kawan yang "passion kot"...

Semalam tengok cassette kat Astro duratin 1/2 jam... Tapi macam lari sikitla dari cerita asal/ cerita novel... Seingat Mulan Harris ni simpan Izzah kat condo... Betul tak kengkawan? huhu...

Tapi apa yang paling Mulan excited sekarang ialah nak tengok cerita Ombak Rindu kat wayang... 1 Disember 2011 ni babe... Jom penuhkan pangggung sambil support filem Orang Melayu...

Ni Mulan nak kasik sikit sinopsis bagi sesiapa yang belum pernah baca novel ini:

Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


Jom tengok siapa pelakon yang akan membintangi filem Ombak Rindu...

yang ni  Harris tengah ehem ehem ngan Izzah


Romantik Harris and Izzah


Filem on 1st Dis 2011


Ni lah novel nya... It`s really remind me to Izzah - kindness n politeness..



Beli Notebook Baru

Assalamualaikum wbt...

Last day teman suami pergi Digital Mall... Tujuan ke sana ialah membeli laptop untuk kegunaan suami kot... (walhal nanti aku yg akan kebas) Dia nak program card access senang... Now, he`s doing a project at Mines 2, so he manage to have a laptop... Sebelum ni takde laptop pun sebab guna PC ajer... Tapi, sekarang dah crucial for him for his business...

He`s decide to bought a TOSHIBA brand... Jom tengok spect :


Processor Type : i3-2330M
Memory (Standard) : 2GB DDR3 HDD : 640GB
Screen : 14" 
Built-in : Optical DVDRW
Graphics : Intel HD
HDMI Port : Yes
Webcam : 1.3MHD
Bluetooth : Yes/v3.0
Speakers :IHDAS
OS : W7HP
Color : GraceSilver
Warranty : 3 Yr RW 

*ok lah tu 3 years warranty kan... 




nota kaki : berkenan dengan brown colour tapi out of stock... processor i5 tambah RM200... 

Tuesday, November 22, 2011

Thriller "Michael Jackson"

Assalamualaikum wbt...

Since Mulan teringat lagu Thriller oleh Michael Jackson, Mulan try to search it just now... There`s a few video dance I attached together... Enjoyed... So fun!

This wedding thriller... 

A group dance... Solute to them

From the 30 Going to 13... I love this movie anyway...


Monday, November 21, 2011

Steamboat Dine In

Assalamualaikum wbt...

Last night we`re having a dinner at MAEPS, Serdang... Thanks to our headmistress for buying us a such of special dinner... It is a celebration for Badminton Player Sekolah Kebangsaan Puchong Indah... Even we`re not going to Final nor semi-Final but we`re runner up for Groups... Ok lah tu.. Aku main dah separuh mati dah kot... keh keh... I would like say that we`re having a such of plenty fun together...  Chill ya...

Come to see how fun we are...




 bersedia untuk terjun ke dalam air mendidih








 first time makan siput buluh











 yeahh...bermandi manda bersama kawan-kawan yang lain...



ABC 
+ ice cream... sodap...







jemput-jemput... 

Thursday, November 17, 2011

RM100 Punya Hal

Assalamualaikum wbt...

Ni kes RM100 yang diperuntukkan oleh kerajaan baru-baru ini... Alahai kesiaannya parents terpaksa beratur panjang untuk dapat seratus hengget.... Hurmmm... politik... politik.... Tau sangat dah...

Wednesday, November 16, 2011

Sibuk kat sekolah dengan UPSR!

Assalamualaikum wbt...

Hari ini tarikh untuk ambil keputusan UPSR untuk semua sekolah di Malaysia... So, apa lagi memang penuhla dengan parents di perkarangan sekolah... Tak termasuk parents yang datang untuk ambik duit RM100 yang diberikan oleh kerajaan... Telefon dekat sekolah pun asyik berdering... Asyik bertanya pasal duit RM100 ajer... Kesian dekat PAP dan kerani yang menjawab... Kannn...

Untuk pengetahuan u all, SK Puchong Indah score straight A`s for 38 pupils... Tahniah buat mereka... Alhamdulillah, berbaloi segala penat jerih mereka melakukan revision... Walaupun ada yang study last minute kan... Ada ke yang study last minute score 5A`s??? Maybe ada... Kalau ikutkan graph UPSR tahun ini meningkat.. So, for excellence student aje yang score A...

For SK Puchong Indah, there`s an inreasing student who get straight A`s... Compare to last year just 36 pupils... But the percent is down for 1%... Tahniah untuk semua warga SKPI... Proud to be SKPIAN...

Tuesday, November 15, 2011

What Kendall Jenner Got On Her Birthday???

Assalamualaikum wbt...

Can u see what Kendall Jenner got on her birthday? What a super luxuries gift from her family...









Kim, Kylie, Kourtney and Kendall 


Kylie and Kourtney

Khloe n Lamar


p/s : just wondering where`s her lovely dad, Jenner???

Shoes Cantik

Assalamualaikum wbt...

Mulan jalan-jalan n found this pretty shoe... Walaweh, bikin Mulan tergoda dan cair dengan serta merta... Meh layankan gambar di bawah... N kalau berkenan nak tengok sila ke page CALA MAN... gila gorgeous ko closet dia... CALA MAN ni jual macam-macam selain kasut... Nak tau click link biru di atas...




Jika Pemimpin kita begini alangkah bagusnya

Assalamualaikum wbt....




Mulan cuma nak cakap best kalau semua pemimpin Melayu kita duduk semeja dan berdamai... Alangkah bersih politik kita bila semua bersatu... Tak bermusuh dan saling menyalahkan masing-masing...

Tabik spring pada klon Tun Mahathir, Najib Tun Razak, Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Anwar Ibrahim.. This article will let our eyes open to see how co-operation can lead through excellent achievement!...

Sultan Mizan Kahwin 2 ???

Assalamualaikum wbt...



Apa kes Sultan Mizan kahwin dua nieh??? Ni keywords yang terdapat dalam blog Mulan minggu ini... Wowww... takde maknanya wow... Macam mana lah keywords ni boleh ada? Huhhh.... Fuihhh... penat gak Mulan memikir sejak semalam...

Setelah puas memikir barulah Mulan tahu akibat artikel/post yang Mulan tulis pada tarikh 1 May 2011 hari tu  iaitu Sultan Mizan n Queen pun ada semasa Majlis Perkahwinan Prince William?? Lama dah kot...

Tak de sikit pun Mulan tulis pasal Sultan Mizan kahwin 2 ... Biasalah ini mesti anasir Internet di carian enjin yang macam-macam tulis mengenai perkara ini... Huhu...

Masih terkezut lagi ni....

 

Monday, November 14, 2011

Semakan Penyata Gaji di Jabatan Akauntan Negara ANM

Assalamualaikum wbt...

Untuk kakitangan kerajaan, sekarang kita tak lagi diberikan payslip setiap bulan... Payslip yang warna hijau itu dah jadi kenangan buat kita... Di sini, Mulan tunjukkan cara untuk melayari laman web akauntan negara untuk kita download payslip gaji setiap bulan.... Payslip ini penting untuk salinan kita... Mana tau dalam kecemasan nak buat loan atau untuk rujukan kita sendiri...




Mendaftar terlebih dahulu

  • Sebelum menggunakan aplikasi yang disediakan seharusya anda mempunyai no slip gaji. Bolehlah bertanya kepada kerani masing-masing ataupun rujuk slip gaji sebelum ini dibahagian atas sekali.
  • Bagi yang belum mendaftar perlu masuk ke http://www.anm.gov.my .
  • Cuba lihat sebelah kiri atas web tu ada tertulis e-penyata gaji & laporan ( klik Daftar masuk ).
  • Sila klik “ pertama kali mendaftar “
  • Masukkan maklumat yang diminta
  • Selesai

Login untuk semakan selepas mendaftar

  • Sekiranya selesai mendaftar ataupun yang telahpun mendaftar bolehlah terus ke cara yang disediakan ini.
  • Di halaman login sila masukkan no kad pengenalan dan kata laluan
  • Klik “ Daftar masuk “
  • Di paparan profil saya sila klik penyata gaji “ sendiri “
  • Pilih tahun dan bulan yang dikehendaki dan klik “ cari “
  • Setelah itu akan terpapar link untuk slip gaji masing-masing.
  • Klik sahaja link tersebut, ia akan muat turun/download ke komputer masing-masing.
  • Setelah selesai download masing-masing boleh bukanya dengan klik file pdf tersebut.
  • Sebelum buka pastikan komputer masing-masing mempunyai perisian adobe reader
  • Selesai, semoga berjaya.


























Sunday, November 13, 2011

Samsung Galaxy Note

Assalamualaikum wbt...

Since my handphone was lost past a few weeks ago, Mulan desperately crave for smartphones... But yet still don`t know which smartphones should I take it... As now, there`s a lot of smartphones coming up in the market, in different company as well... Iphone, Samsung, Balak oppss Blackberry, HTC (quite ohsem) and others...

But now Mulan want to show you a superlicious of Samsung Galaxy Note... Samsung with their top product Samsung Galaxy Tab but now the new one... More power and superb... Just take look about the figure below...






Network

HSPA+ up to 21Mbps 850/900/1900/2100
4G LTE
EDGE/GPRS 850/900/1800/1900
※ Network differs by country

Processor

1.4GHz Dual Core Processor

Display

5.3” WXGA (1280 x 800) screen*
HD Super AMOLED



Platform



Android™ 2.3(Gingerbread)



Camera

Main(Rear) : 8 MP with LED Flash / Front : 2 MP
Action Shot, Beauty, Panorama Shot, Smile Shot





Video

1080p Full HD video recording & playback
Recording: 1080p@24~30fps/ Playback: 1080p@30fps
Codec: MPEG4/ H.263/ H.264/ DivX, Xvid, WMV, VC-1

Audio

Codec : MP3, AAC, AMR, WMA, WAV, FLAC, OGG
Music Player with SoundAlive
3.5mm Ear Jack, Stereo FM Radio with RDS

Multi Input

Full touch + S Pen (Advanced smart pen)



Connectivity

Bluetooth® technology v 3.0 + HS
USB 2.0 HOST
Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, Wi-Fi Direct

Sensor

Accelerometer, Digital compass, Proximity, Barometer,Light

Memory

16GB Internal memory + microSD (up to 32GB)


Size

146.85 x 82.95 x 9.65 mm, 178g



Battery

Standard battery, Li-on 2,500 mAh

Value-added Features

Samsung Touchwiz/ Samsung Live Panel UX
S Memo/ S Planner/ S Choice (Apps for GALAXY Note)
Samsung Apps
Samsung kies 2.0/ Samsung kies air
Social Hub, Readers Hub, Music Hub
Google™ Mobile Services : Gmail™, Google Talk™, Google Search™, YouTube™, Android™ Market, Google Maps™ with Google Places™ and Google- Latitude™
For ur information the price is RM2299... But Celcom can give you worth to RM 1368...
Figure dia lebih kurang cam kat bawah nie...


Nak tak? Meh sini click CELCOM... 

Celcom launched this smartphones on 11 Nov 2011... So, don`t wait... Just grab it...

Atau click sini untuk ke laman sesawang SAMSUNG GALAXY NOTE...

VIDEO SAMSUNG GALAXY NOTE

CLICK PLAY



Friday, November 11, 2011

Iphone 5

Assalamualaikum wbt...

Gua memang sakit hati betul la ngan lu... wahai iphone... kamu sungguh ohsem.... Canggih gilerrr... Tabik spring kat pengasas dia even baru meninggal baru-baru nie...

Jom layankan video yang sungguh ohsem ini dan surely merobek jiwa anda...


walauwehh

Tuesday, November 8, 2011

Aku tak suka Gomok!

Assakamualaikum wbt...

Aku dah gomok??? yea... begitulah jika diikutkan survey dari peminat-peminat saya iaitu mak abah saya, suami saya mahupun family terdekat... Fuhhhh... sat sat... nak lap peluh.... Sekarang jugak Mulan g timbang.... 51kg dah... Haaa???

Hurmmm... Since Mulan dah berpindah duduk dengan suami, pekerjaan utama di malam hari selain menonton TV ialah makan... Makan... Makan... Makan... Dan inilah hasilnya... Terbaekk wokk..

Bila balik kampung baru-baru nie, some of members of my family said "berisi ke?"... huhhh... yeahhh... I said "memang berisi... Berisi lemak-lemak tepu".... Huhu....

Then, yang lebih meyakinkan fakta di atas bila mak dan abah turut menegur... "Kak, hang dah gemuk"... Keh keh... Mulan balas balik "yaa ka mak?'"... "Tang perut tu nampak berisi", mak cakap.... "Memang dia naik kat perut dulu,mak", kataku yang masih nak berdalih dan taknak percaya....

Bila kat dapur, abah pulak tegur "kak, hang jangan gemuk lagi... Nanti tak cantik... Tara ni ok dah"... Hahaha... Nak tergelak den... Abah nak kata aku gemuk tapi dia berselindung pulak kata badan aku dah ok macam nie...

So, bila banyak ayat-ayat fakta di atas berkumandang di telinga ini, makan apakah tindakan yang harus Mulan lakukan yeaaa... Mari kita tengok checklist Mulan :

- kurangkan makanan berminyak (masalahnya kat kantin sekolah Mulan ni semuanya disajikan dengan makanan berminyak!!!)
- makan makanan berebus (OMG, ape yang aku nak rebus? Lalukah aku nak makan nanti? Suami aku cemaner pulak??? Ni yang masalah...)
- jangan makan malam!
- makan oat/ cereal untuk kurangkan berat badan dan kolestrol
- exercise (Mulan dah g aerobic, kira cukup dah kot)
- pergi kerja jalan kaki (4 minit jer kot jalan kaki, tapi kalau lambat Mulan naik kereta)
- kurangkan makan nasi atau tak payah makan langsung kot.... (memang boleh kurus cara ni, dah banyak tengok kengkawan yang kurus sebab tak makan nasik)
- makan sayur-sayuran dan ulam-ulaman dengan banyak (jadi kambing la Mulan nanti)...

tu jer kot... ok caiyok Mulan... U can do it!!!

Mulan nak jadi cam retis di bawah yang cun melecun nieh...



Monday, November 7, 2011

Aishiteru - Zilifia With Lyric

Assalamualaikum wbt...



Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku

saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…




Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan


c/o

walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru


Bridge:

hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

kembali ke *)

Hadiah Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum wbt...

Yeah, akhirnya dapat jugak rabbit... Lovely husband  beli kat kampung, Alor Janggus, Alor Star... Baka Australia rasanya... Mata merah... So cute...  Jantan n betina... Rabbit tue tak dibawa ke KL... Biarkan di kampung ajer... Katanya ayah nak buat kandang untuk rabbit nie... Nanti bulan 12 boleh balik tengok anak-anak rabbit tue...

from the top... Mr n Mrs Bunny...

Mulan ambik sekeping ajer gambar... Tak sempat nak ambik sebab dah excited dok pegang si rabbit nieh... 

Shopping Shopping