Tuesday, October 19, 2010

Nasha Aziz : Tak kisah jadi model tua




NAMA SEBENAR: Noraishah Abdul Aziz

TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
TARIKH LAHIR: 14 Mei 1971
STATUS: Bujang
KERJAYA: Model dan pelakon
ANTARA DRAMA: Duit Free, Drama Cik Mala Janda Berhias, Inspirion, Inikah Cinta, Diari Datin dan Kasih Tercipta
TEATER: Lantai T Pinkie
FILEM: Sepi, Otai, Puaka Tebing Biru, Buli Balik, Kemarau Cinta, Tak Ori Tapi Ok, Cinta Luar Biasa, Buli, Trauma, Laila Isabella, Gerak Khas The Movie, Bara, Burung Besi, Puteri Impian, Kad Cinta
PENCAPAIAN: Festival Filem Malaysia ke-17 (2004): Pelakon Wanita Terbaik dan Festival Filem Malaysia ke-14: Bintang Harapan Wanita Terbaik (1999)

"Saya tidak melihat diri sudah terlambat untuk meneruskan bidang peragaan kerana masih mendapat kepercayaan dari pelbagai pihak di luar sana.


"Memang saya yang paling berusia dalam bidang ini kerana model berusia 20-an dan yang paling tua pun baru 30 dan 32 tahun di pentas peragaan sekarang.

"Saya akan teruskan bidang ini selagi masih diperlukan. Saya juga tidak berasa dipinggirkan kerana model yang jauh lebih muda ramai yang meminta tip peragaan dari saya mengenai bidang ini," katanya.

Nasha berkata, dia baru kembali menjayakan pertunjukan fesyen di Shanghai, China pada Jun lalu.

"Saya juga menurunkan berat badan kepada 50 kilogram dengan ketinggian 173 sm semata-mata untuk memenuhi tuntutan bidang peragaan ini. Kalau di pentas lakonan saya tidak boleh nampak terlalu kurus sangat dan ia berbeza dengan bidang fesyen.

"Seperti mana yang kita tahu kalau di lokasi penggambaran, berat badan saya memang cepat naik kerana kami makan tiga kali sehari.

"Terbaru, saya akan menjayakan dua pertunjukan fesyen anjuran MIFA dan 1Malaysia nanti.

"Saya juga akan menggayakan rekaan pereka Syaiful Baharim dan Kavita Sidhu (pelakon Layar Lara) pada acara itu nanti," katanya.

sumber : harian metro

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa komen taw... wink wink
From Mulan Maseirra

Shopping Shopping