Wednesday, October 20, 2010

Sel Stem kekang Penuaan

Saper nak muda??? Kalo nak tahu rahsia awet muda mari baca artikel ini.....................

TEKNOLOGI sel stem iaitu darah yang diambil pada tali pusat bayi lebih banyak digunakan untuk tujuan kesihatan.


Sel stem yang disimpan ini mampu mengubati pelbagai penyakit seperti leukemia, jantung, kanser, kecacatan sistem imun, diabetes dan kardiovaskular. Justeru, darah dalam tali pusat bayi ini sangat bernilai yang secara genetiknya unik kepada bayi dan keluarga serta individu yang mempunyai jenis darah yang sama.

Namun, setelah melalui pelbagai kajian dan penelitian di pelbagai peringkat, sel stem ternyata mampu diperkembangkan dalam bidang kecantikan bagi membantu mengatasi penuaan kulit. Sel stem atau sel induk berguna untuk menggantikan sel yang rosak serta mengembalikan keanjalan kulit. Seperti manusia, tumbuh-tumbuhan juga mempunyai sel stem dikenali sebagai plasenta tumbuhan iaitu sel utama yang mengekalkan sedikit tabungan sel stem untuk membekal secara berterusan dan mengekalkan pertumbuhan atau menggantikan tisu baru. Menurut Pengurus Besar Kajian dan Penyelidikan Unza Sdn Bhd (Unza), Toh Mong Sah walaupun sel stem semakin diterima ramai, penyelidikan dan kajian masih lagi dijalankan bagi memperbaiki serta meningkatkan kualiti dalam bidang kecantikan. Menyedari kehendak wanita yang takut dimamah usia terutama apabila kulit mula berkedut pada hujung mata dan garis halus menjelma pada seluruh muka, kebanyakan wanita menunggu sehingga mereka melihat tanda penuaan ini sebelum bertindak menggunakan produk antipenuaan. "Ini disebabkan kurangnya pengetahuan mengenai produk penjagaan sesuai untuk kulit tanpa disedari usia, kulit semakin menua. "Apabila sudah sampai kepada usia 40-an, sayangnya usaha ini terlalu lambat. Jika mereka sendiri menyedari tanda kerosakan kulit pun, ramai tidak melakukan apa-apa kerana menganggap ia boleh hilang dengan sendiri. Malah, ada wanita yang langsung tidak mahu menggunakan produk kerana percaya produk antipenuaan hanya untuk wanita berusia sahaja," katanya.
Menyedari hal ini, Unza memperkenalkan produk kecantikan Skinz Infinite yang mensasarkan kepada wanita berusia 25 hingga 30 tahun ke atas. Gabungan kuasa alam dan sains yang dihasilkan menerusi teknologi Bio-StemCell Activator membantu memulihkan kecantikan dan keremajaan kulit. "Formula terkini yang dihasilkan dari Korea ini mengandungi Bio-Stemcell Activator yang berfungsi jauh ke dalam lapisan sel selain Toco-Retin A yang bertindak memadamkan tanda penuaan segera manakala karnosin adalah antioksidan yang bertindak menguatkan rintangan kulit terhadap radikal bebas, membina struktur kulit seterusnya melambatkan penuaan foto," katanya.


Tambahnya, kulit yang menua ditandai penumpukan sel kulit mati, timbulnya parut, keanjalan kulit yang semakin menurun dan munculnya kerutan pada kulit. Penuaan kulit akan semakin parah jika ditambah dengan gaya hidup yang kurang sihat. Rangkaian produk eksklusif Skinz Infinite ini terdiri daripada krim pembersih HydraClean yang membersihkan mekap dan kotoran tanpa meninggalkan rasa tegang atau kering. Ia diperkaya dengan 99 peratus aktif tumbuhan Bio- StemCell Activator untuk merangsang proses pembaharuan sel, menghasilkan kulit lembut dan licin.


Selain itu, penyegar HydraPlenish Glacier tanpa alkohol pertama diperbuat daripada air mineral glasier Swiss turut diperkenalkan bagi memanjakan kulit wanita tanpa mengira jenis kulit.

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa komen taw... wink wink
From Mulan Maseirra

Shopping Shopping