Sunday, January 23, 2011

Blogger untung 1 Juta

KUALA LUMPUR: Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta setahun.
Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti, kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali atau penulis mampu meraih keuntungan beratus-ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun.
 
 
Itu merupakan sebahagian daripada artikel Blogger Untung RM1 Juta yang menjadi tajuk utama akhbar berita minggu pada 23/01/2011. Sukar untuk dipercayai tetapi itulah kebenarannya apabila pengendali blog yang konsisten mampu memperoleh pendapatan purata RM 500,000 hingga RM 700,000 dalam tempoh tujuh bulan atau purata hingga RM 70,000 sebulan. Di Malaysia dianggarkgaan antara 50 hingga 100 orang penulis blog mendaftar setiap hari dengan nuffnang iaitu komuniti pengiklanan online.
Angka rasmi pada 2004 juga menunjukkan  Malaysia mempunyai kira-kira 500,000 blog dan akan meningkat lebih 7 juta blog berdasarkan rangkaian sedia ada dengan pencapaian dalam laman sosial popular  facebook yang mencecah 11 juta pengguna di Malaysia.
Kesimpulannya, bukan sesuatu yang senang untuk menghasilkan blog yang mampu menarik minat pembaca kerana kita perlu tahu apa yang mampu menarik minat pembaca untuk berkujung ke blog kita. Sama ada blog itu menggunakan kisah peribadi , politik, perniagaan atau yang lebih bersifat umum atau khusus serta kreativiti penyampaian juga turut menjadi faktor penyumbang kepada jumlah pengunjung melayari blog kita.
copy dari syndromania... tq...
p/s : pagi tadi ai dengar hotfm AM Krew.. Fafau n partner nya bercerta ttg topik di atas... Blogger kaut untung 1 juta... Wooww... Tapi disebabkan dengar dalam kereta n dah sampai tempat keja so, tergendala la kejap nak dengar caller yang terdiri dari blogger2 jutawan tu call AM Krew kan... Saper dengar boleh sharing2 kat sini....
Kepingin mau jadik macam mereka... Saper tak nak kan... Sumer nak duit... Orang giler pun nak duit... Tapi pokok pangkalnya usaha dan komitmen yang derang berikan untuk hasilkan bahan yang terbaik dan menjadi bahan tatapan pembaca from all over the world... "Bukan senang nak senang... N bukan susah nak susah"......    
 

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa komen taw... wink wink
From Mulan Maseirra

Shopping Shopping