JOM REBUT PELUANG INI

Click To Know Better

SILA BUKA APPLICATION GOOGLE CHROME UNTUK SETTING YANG SEMPURNA. TQ

Quite Interesting

Followers

Wednesday, October 24, 2012

Agar Agar Pelangi


Assalmualaikum wbt...

Dah lama tak buat dessert.. Since Mulan ada jemputan makan-makan di rumah makcik baru-baru ni so Mulan pun google nak buat untuk dibawa makan bersama nanti... Cari punya cari pakcik google tunjukkan Agar-agar Pelangi nieh... So bermula lah kisah membuat nya... Tak senang babe... Dah tu agar-agar ni sangat sensitf... Terlebih air nanti jadi lembik... Terkurang air pulak jadi keras pulak..







AGAR-AGAR PELANGI INDAH

Bahan A
20 gm serbuk agar-agar
340 gm gula pasir
1725 ml air
6-8 helai daun pandan

Bahan B

20 gm serbuk agar-agar
340 gm gula pasir
1725 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih)
- saya gunakan 1 liter santan KARA + 725 ml air) - ni kes mls nak perah lerr..1 sudu teh garam

Bahan C

Loyang berukuran 23 x 23 x 8 cm (lebih kurang 9 x 9 x 3 inci)
-Mulan gunakan bekas Dadih tu jer... loyang takde... hehe
Pewarna ungu, kuning, merah, hijau atau apa pun warna pilihan anda

Cara-Cara
Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih. Tuang ke dalam loyang sebanyak 230 ml agar-agar santan (Bahan B). Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 230 ml agar-agar jarang (Bahan A). Biarkan sehingga hampir keras, lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setetes dua pewarna pilihan anda.

Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan, mengikut contoh susunan di bawah. Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.

Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.


Contoh Lapisan:LAPISAN 1 – 230 ML AGAR-AGAR PLAIN SANTAN
LAPISAN 2 – 230 ML AGAR-AGAR PLAIN JARANG
LAPISAN 3 – 230 ML AGAR-AGAR UNGU SANTAN
LAPISAN 4 – 230 ML AGAR-AGAR UNGU JARANG
LAPISAN 5 – 230 ML AGAR-AGAR KUNING SANTAN
LAPISAN 6 – 230 ML AGAR-AGAR KUNING JARANG
LAPISAN 7 – 230 ML AGAR-AGAR MERAH SANTAN
LAPISAN 8 – 230 ML AGAR-AGAR MERAH JARANG
LAPISAN 9 – 230 ML AGAR-AGAR HIJAU SANTAN
LAPISAN 10 – 230 ML AGAR-AGAR HIJAU JARANG


copy from http://rozzan.blogspot.com/2007/12/agar-agar-pelangi-indah.html

nota kaki : agar2 Mulan keras berdengung sebab sikit air... huhu..




2 comments:

  1. Rajinnya buat agar2 pelangi... selamat aidil adha Mulan..

    ReplyDelete
  2. amie : ni mood tengah rajin bolehla... hehe

    ReplyDelete

Jangan lupa komen taw... wink wink
From Mulan Maseirra

Shopping Shopping

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...