Monday, May 2, 2011

10 Wonders Yang Akan Hilang Part 1

Assalmualaikum wbt... 

Percaya tak u all manusia ni tak pernah puas dengan aper yang dia ada??? Bila dah kaya tu nak kaya lagi... Bila dah jadi pandai tu nak jadi pandai lagi... Bila dah jadi ketua tu nak jadi pulak pemimpin.... Apa yang Mulan dok ngarut nie... Actually Mulan nak tunjuk kat u all sepuluh(10) benda ajaib dunia yang memang sangat wonders n kalau kita tak pandai jaga kemungkinan kita takkan dapat tengok lagi 10 wonders ni... Sayangilah bumi kita... Kalau bukan kita yang nak jaga siapa lagi??? 

Menurut en Yahoo yang Mulan baca, jika pemanasan global terus berlaku Lautan Artik akan cair dan akan menyebabkan beruang kutub akan pupus, Glacier di Swiss Mountain akan mencair dan menjunam ke bawah dan National Glacier Park juga akan hilang dalam masa kurang 40 tahun babe!!! Tulah u all suruh jaga bumi taknak... Dok buang sampah merata-rata jer, sungai taknak jaga... habis semua nak dimasukkan ke dalam sungai, rokok tu tau isap ajer... cehh,, kemain Mulan dok tiru gaya pakcik yang dalam kempen jaga sungai kita kat TV1 tu... ade gaya dak??

Taknak cerita panjang , Jom tengok  apa yang Mulan maksudkan 10 wonders tu.... Check it out~~

1. Belize Barrier Reef


Salah satu pusat ekosistem terumbu karang paling menarik dan cantik... Kat sini lah habitat ikan jerung, udang karang berduri, ikan-ikan besar mahupun ikan/makhluk yang kita sendiri tak pernah lihat hidup.. 

Ancaman :Diceritakan Belize Barrier Reef ni pernah buat/cipta batu karang sepanjang 700 batu sama jauhnya dengan Mexico ke Honduras... Kalau kita di Malaysia agaknya dari Johor Bharu ke Perlis... Tapi dah semakin pupus batu karang ni disebabkan pencemaran air laut, pertanian yang tidak dikawal dan hasil pemanasan global itu sendiri...Dianggarkan akan lupus dalam masa 40 tahun lagi..


2.The Congo Basin

Hutan hujan tropika seperti Congo Basin menghasilkan oksigen 40 peratus (40%) dari dunia dan sebagai sumber  penting untuk menghasilkan makanan, ubat dan mineral. 

Ancaman : Ia berukuran 1.3 juta batu persegi, Congo Basin ialah hutan hujan kedua terbesar dunia, selepas Amazon. Menurut PBB sehingga dua pertiga daripada hutan ditumbuhi tumbuh-tumbuhan unik yang unik dan hidupan liar dan ia mungkin hilang menjelang 2040.... Melainkan langkah-langkah yang lebih berkesan diambil untuk melindunginya.


3.The Dead Sea
 Ia tempat terendah di bumi (1,312 kaki di bawah paras laut), 10 kali lebih masin daripada air laut (jadi manusia boleh terapung-apung di dalamnya), dan dipercayai mengawal mineral therapeutic.


Ancaman: Dalam dekad empat terakhir, Dead Sea telah mengecut satu pertiga dari keluasan asalnya dan tenggelam 80 kaki—13 inci setiap tahun! Dahulunya ia adalah tempat peranginan di tepi pantai malah restoran-restoran hampir sebatu dari pesisir pantai... Dipercayai akan hilang lebih 50 tahun lagi. Kebimbangan ini terjadi disebabkan pengeluar syarikat kosmetik yang mencari sumber mineral di kawasan ini.



4.The Everglades

 Ia teridiri 2.5 jutaekar tanah lembap merangkumi paya sipres, bakau, sawgrass dan pinus savanah. Ia satu-satunya tempat di dunia di mana buaya-buaya dan aligator-aligator berkongsi wilayah mereka.. 

Ancaman: Tanah lembap ini dalam bahaya berikutan pencemaran dari ladang-ladang, spesies invasif , dan pembangunan semakin mengganggu. Fakta mengatakan 60 peratus air dari Everglades ini telah diselewengkan kepada bandar-bandar berdekatan dan ladang-ladang. Hasilnya, The Everglades kini separuh saiz pada 1900. Lebih buruk, ini merupakan habitat tunggal harimau kumbang Florida , dan terdapat kurang daripada 100 makhluk-makhluk liar yang tinggal di dalamnya. Kucing-kucing yang besar ini boleh hilang sepenuhnya dalam 40 tahun akan datang disebabkan habitat mereka hilang.

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa komen taw... wink wink
From Mulan Maseirra

Shopping Shopping