Tuesday, September 21, 2010

Like Mother Like Son

Budak kecil yang cute ni namanya Haziq... Secomel n seindah namanya kan... Tapi sayang Haziq dah kehilangan ibu semasa usianya setahun lebih... Ibunya, Kak Na iaitu sepupu saya meninggal dunia akibat Barah Payudara... Barah yang paling ditakuti oleh semua wanita selain Barah Rahim... Balik kg aritu kami one family pergila rumah mak lang (nenek Haziq) iaitu kakak mak saya yang nombor 2... Then bila nampak si kecik Haziq ada bersama rasa pilu sangat hati nieh...

Maklumlah saya sangat rapat dengan arwah ibunya... Sebijik macam arwah ibunya... Haziq ni baik sangat dan tak banyak kerenah macam budak lain.. Dia macam tau yang ibunya takde dan buat hal macem-macem... Senang nak mengasuh dia...

Masa saya sampai tu dia tengah berbogel baru lepas mandi... N saya terpa n dukung dia n kiss-kiss dia... Rindu sangat kat dia... Rindu kat mak dia jugak... Saya pakaikan baju dia.. N tanya dia mana ayah?? Dia cakap ayah kerja.. Then my sepupu selaku kakak arwah mak dia cakap "cuba tanya mana mak dia"... Then saya pun tanya Haziq " Mana mak Haziq?"..... Tau tak dia cakap aper??? Haziq cakap " Mak kat kubur".... "Hajiq pegi tengok mak, naik kereta dengan tok".....

Alahai, syahdunya bila budak sekecil Haziq yang berusia 4 tahun tu tahu erti kubur.... Hurmmm... Lepas pakai baju saya suapkan makanan kat dia... Mulanya dia nk makan sendiri... Last2 pujuk dia cakap tumpah then dia bagi la saya suapkan....

Lepas makan mata dia dah stim dah... Mesti nak tido si Haziq nieh... Then, saya suruh dia g ambik bantal kat dalam bilik... Cepat ajer dia ambik n tidur kat ruang tamu dengan botol susu kat mulutnya...

Sedih sangat bila tengok dia... Mak takde masa dia kecik sangat lagi... Tak tahu apa2 pun... N late mother dia nie mmg terlalu baik ngan saya... Arwah Kak Na meninggal dalam usia yang sangat muda...28 tahun...Dek kerana menyangka hanya bengkak payudara sahaja jadi family arwah nie hanya berubat kampung sahaja.. Cara Tradisional... Bila dah teruk dan tak baik2 juga barulah dirujuk pada hospital... Masa tu Barahnya dah teruk...

Sapa sangk kan seorang wanita yang sangat ceria dan sihat tubuh badannya jatuh sakit sebegitu... Tak sanggup nak cerita lebih2 rasanya kat sini... :-(

Masa arwah dah nak meninggal, arwah ada bertanyakan saya pada adik saya yang ketika tu datang melawatnya di hospital... Maaf Kak Na tak dapat melawat... Masa tue tak suspect yang dia dah teruk... N masa tu saya kat KL... Arwah kat Kedah.... Whatever it is kami semua mendoakan Kak Na di alam sana... I love and miss u Kak Na...

p/s : Moral nya jangan berlengah2 pergi ke hospital kalo terasa apa2 yang janggal pada badan kita...

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa komen taw... wink wink
From Mulan Maseirra

Shopping Shopping