Dah 2 tahun kot bila dah mula pandai buat Triffle nie, bila ada jer event apa-apa mesti offer diri untuk masak... Last week, ada port luck kat sekolah... This time being, bukan Mulan yang offer tapi PK KOKO mintak masak dan bayar upah sekali... (oh god, Mulan tak ambik pun upah... sedekah ajer..)
Jom tengok resipi Triffle... Senang sangat... Semudah ABC...
Bahan-bahannya ialah tepung kastard, agar-agar NONA (perasa Mango), Swiss Roll, Buah-Buahan Cocktail
Susu cair
1. Swiss Role dihimpit-himpit pada lapisan pertama.
Mulan buat 2 bekas... bekas yang lain Mulan letakkan pandan Swiss Role
2. Lapisan ke-2 : Taburkan sedikit buah-buahan cocktail
3. Tuangkan kastard... Untuk buat kastard masakkan 1 tin susu cair + 4 sudu tepung kastard + 1/2 cawan air. Pastikan dimasak sehingga pekat dan sentiasa kacau untuk elakkan berketul...
4. Tunggu kastard tu sejuk dan keras sebentar. Kemudian masukkan lebihan buah-buahan Cocktail
Mulan masukkan juga Nata De Coco Laici... (air dia Mulan tak masukkan)... buah-buahan cocktail pun tak masukkan air-nya juga...
5. Lapisan terakhir, masukkan agar-agar NONA. Biarkan sejuk dan letak dalam peti ais....
Time mencedok Triffle, kena cepat sebelum habis..
Tadaa... nak sedap campurkan dengan susu cair... Ada yang suka letak buah-buahan lain... hiaslah ikut citarasa anda....
Selamat mencuba!
nampak pun sedap..
ReplyDeleteMulan memang suka triffle nieh...
ReplyDelete