Wednesday, November 7, 2012

Cara Menggunakan NuffnangX

Assalamualaikum wbt...

Meh nak share cemane nak guna NuffnangX nieh... Ada yang tak taktau kan.... Mulan pun baru jer berjinak-jinak dengan NuffnangX...

Begini kisahnya... Jeng jeng jeng....


Sejak pelancaran rasmi aplikasi NuffnangX pada 18 September lepas, tidak kurang blogger-blogger yang telah menerima aplikasi ini dengan sambutan yang hangat sekali. :D Namun, mungkin masih ada lagi yang kurang jelas dengan konsep NuffnangX. Usah bimbang, kami akan menerangkan dengan ringkas tentang penggunaan aplikasi smartphone mudah yang telah membantu merevolusikan dunia blog hari ini! :)

Pertama sekali, muat turun NuffnangX secara percuma dengan smartphone Apple mahupun Android anda. Kemudian, setelah selesai, ikon NuffnangX akan muncul seperti rajah di bawah.





Seterusnya dengan menggunakan komputer anda, layarilah NuffnangX.com untuk mendaftarkan diri.



 Tip: Jikalau anda memiliki akaun Nuffnang, anda boleh terus daftar masuk dengan e-mel dan kata laluan yang sama!





Sila ikut arahan yang diberikan dan setelah berjaya mendaftar masuk, tekan gambar profil anda di bahagian kiri atas dan klik “claim your blog”.




Kemudian, langkah-langkah seterusnya amat mudah sahaja! Anda hanya perlu taip nama blog anda dan mengesahkannya mengikut arahan seperti yang ditunjukkan di rajah bawah ini.



Kod yang diberikan seperti langkah ketiga di bawah perlu disalin dan ditampalkan di bahagian “add a gadget” di halaman “layout settings” blog anda. Cuma klik “add HTML/Java Script” dan tampalkan kod tersebut sebelum meneruskan ke langkah terakhir pendaftaran NuffnangX!




Setelah, selesai membuat pendaftaran, sila ikut semua blog kegemaran anda di NuffnangX hanya dengan satu klik!




Seterusnya, layari blog mereka dan cari logo NuffnangX. Dengan satu klik sahaja, blog mereka akan segera disenaraikan sebagai ‘Favourite‘ anda! Hebat kan? ;) Kini, apabila anda menggunakan aplikasi NuffnangX, semua blog yang anda diikuti akan dipaparkan mengikut turutan entri terkini.




Tonton video ini untuk lenih details...

Jikalau anda ingin mengetahui penggunaan aplikasi NuffnangX dengan lebih lanjut lagi, sila tengok video di bawah yang memaparkan ringkasan NuffnangX hanya dalam masa satu minit!




No comments:

Post a Comment

Jangan lupa komen taw... wink wink
From Mulan Maseirra

Shopping Shopping