Wednesday, May 2, 2012

Saya jadi taukey ke taugeh?

Assalamualaikum wbt...


Last weekend on Sunday, Mulan and few friends bukak booth di Padang SKPI untuk jualan HARI SUKANEKA... 

Mulan jual Marsmallow celup coklat, buah dan air... Ya ampun panas giler kot time tu... Kitorang dah start jual pukul 8.30 pagi sampai 11.30 pagi... Sambutan meriah bangat... Tak menang tangan.... Alhamdulillah... Taklah untung sangat tapi kepuasan menjual tu yang penting... Best tengok kanak-kanak membeli... Macam-macam ragam... Jom tengok gambar...



Marshmallow dah sedia untuk dimandikan....



Ini dia bahan-bahan untuk melukis ye kawan-kawan...



Yeaa... dah siap mencelup dan menabur bahan-bahan tersebut... 



Ni lah dia... Marshmallow salut coklat berhias...


See, sibuk-sibuk pun sempat lagi ambik gambar... 



My hubby tolong potong buah...




Apalah yang muncung tue...



Yeayyy... time ni pagi lagi dalam pukul 9 gitu so matahari tengah nak naik.... Pelanggan pun belum ada sebab tak haus lagi... Tunggu tengahari, baru tau cemane bahangnya... 

Whatever it is, we're happy kerana dapat menjual... Poyo sangat... hehe

Tuesday, May 1, 2012

My baby Q

Assalamualaikum wbt...

Geram tau tengok si comel ni. Tak puas nak gomol semalam. Kalau boleh I taknak bagi dia tidur. I nak main jer ngan dia. Hehe. Makngah ni nk kena taw kacau kite nak tidur.


saya belum mandi lagi time nie....




kite senyum kat makngah kite yang cun nieh.... hehe










ape makngah zoom dekat sangat nieh.... kite malu laaa...









eeeee... tajam la pak ngah punya misai + jambang... hehe
time ni kite dah mandi... dah wangi... n kite rasa ngantok pulak... makngah taknak kasi kite tidur la... huhu...







Dress ni makngah yang bagi... Tapi besarla makngah... Kena tunggu kite 3-4 bulan baru muat... hehe

8 TUNTUTAN BERSIH

 Just for sharing....

copy from http://bm.bersih.org/?page_id=2673

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0
1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.


3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.


4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.


5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.


6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.


7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.


8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

Friday, April 27, 2012

Apa Rahsia Berbelog

Assalamualaikum wbt...

Ramai orang kata buat blog ni nak show off kan diri... Ada juga yang kata sebagai diari... Tapi tahu tak dengan ber'blog' kita boleh buat duit... Bagi yang newbie mesti rasa pelik macam mana boleh dapat duit pulak kan... Betullah tu, memang boleh buat duit... Ada blogger yang kaya raya dengan hanya buat blog... Sebulan riban-riban dalam tangan... Tulis cerita sikit ajer tapi tengok follower 'mak kau, ku semangat'....

Mulan perasan diorang nie berjaya dengan beberapa sebab... Antaranya :

kalo blogger perempuan tu sure cun punya... gebu geban... yang paling penting blogger-blogger kat luar sana dah pandai memilih yang mana blog pilihan mereka... kalau setakat muka manis tapi penulisan pun cam hampeh sure sekali ajer kunjungan diorang...

entry title mesti gempaksss... contohnya "anak dara kena main"... "abang suka makan paha"...tapi sebenarnya entry dalaman tu totally different.. fitrah manusia memang suka kan perkara yang luar biasa dan luar tabii... sure ada pengunjung yang akan mengunjungi blog anda... try lah buat...

asyik berentry... kekadang cerita takde apa pun tapi ya ampun dia ni asyikla meng'post' entry... "sakit perut" la, "sayang boyfriend" la... bla bla bla bla... ye lah tau itu ko punya blog dan ko punya suka... tapi kalau nak penulisan yang berkualiti haruslah penceritaan itu bererti dan mempunyai motif dan tujuan yang tersendiri... janganlah buang entry sesuka hati... cukupla sekali dua entry dalam satu hari... kalau tak jemulah dan 'mua' lah orang nak membacanya iye dak... Mulan perasan jugak blogger-blogger terkenal yang rajin post, tapi mereka ada cerita sendiri yang nak disampaikan... bukan merapu meriban...

rajinlah berkunjung ke blog orang lain dan tinggalkan jejak... tak susah pun kalau nak orang lain jengok blog kita... asalkan kita juga jengok blog mereka... barulah mereka kenal... kalau ko dok diam cemane orang nak kenal... kannn...

kekadang suami Mulan pun marah kenapalah bini aku asyik berblog... apa yang best sangat??? kannn... Bila Mulan tunjukkan duit kat Nuffnang barulah dia terkejut dan cakap "ooo"....adalah buktinya... bukan omongan kosong ye kawan-kawan...

Seronok sangat bila dapat earning dari Nuffnang... biarpun sehenggat... saper nak kasi kat kau... oleh itu janganlah berhenti berblog.... teruskan usaha anda menulis hingga akhir hayat... mana tau blog kita boleh mewarisi generasi anak-anak kita nanti??? barulah anak-anak tahu "oh, camni mak aku dulu"... ye dakk...

Keep up the good job.. keep writing...

Thursday, April 26, 2012

iPad 2 view CCTV

Assalamualaikum wbt...




Suami Mulan buat CCTV, Autogate, Alarm Security, Barrier dan macam-macam lagi Security System... Gambar kat atas ni ialah paparan Rest ABM Mydin di Bandar Puteri,Puchong melalui ipad 2... My husband install CCTV di rest tu... Dah ye pun, my hubby ni regular customer kat Rest ni... Minum pagi mesti kat sini punya... Sebelah office je pun...


Application yang digunakan ialah Eagle Eye... Mulan pun boleh tengok from iphone... App Eagle Eye ni untuk ipad dan iphone la... Kalau smartphone atau gadget maybe boleh jugak....

So, boleh nampak clearly from our gadget to see what happen in area... Ok lah kan... Untuk keselamatan pengguna... See what our gadget will do for us... Makes our life living better...

Untuk keterangan lanjut sila lah tengok ini... Call my husband for affordable price... Tolong orang Melayu dan bangsa sendiri apa salahnya dari meng"kaya"kan bangsa asing betul tak?...

Wednesday, April 25, 2012

Adorable Qaisara

Assalamualaikum wbt...

Memperkenalkan my baby Qaisara... I miss her la rite now... Geram nak gomol... Bila lah nak jumpa ngan baby Q nieh? Who is she? She's my brother in law daughter... Cute kan...

Ni kenapa nanges nieh?.... Nanny dia lah punya kerja nieh... Dok kacau baby Q... Baby Q faham Nanny marah dia.. Apa lagi cebik- cebikla mulut dia.. Tapi tak nanges pun... Cebik jer... Cebik tu yang mahal taw.... Lagi dia cebik lagi best kami tengok... Jahat tol makngah dia nieh... hahaha... Tangan di dada, mata ke atas... Wink wink....

Baby Q ni badan dia kejap... Memang sedap nak pegang... Tak lembik... So confident la nak pegang kan...











"Amboi... Biasa dia...."Nanny dok agah.... haha





Ni dah nak nanges tapi kejap jer...





"Amboi.... "





Suka tengok dia cebik... mahal taw...





Alolololo.... syian kat dia...

Sunday, April 22, 2012

Husband Saya Sudah Terkena

Assalamualaikum wbt....

On 20th April, dengan bantuan rerakan dan adik ipar, Mulan berjaya made my plan goes excellent... Berjaya kenakan suami tersayang... huhu...

Actually Jumaat lepas was my husband birthday... So, Mulan order choc cake from my friend... Sedap tau cake dia... My permanent taukey for cake business... I tempah cake without my hubby intention... Malam birthday tu Mulan ajak hubby pergi makan kat luar... Sebelum keluar tu, Mulan dah berpakat dengan taukey cake( kebetulan suami dia is my hubby partnership) untuk bagi barang for their project konon-konon... Tapi sebenarnya cake!!!

So, bila sampai rumah taukey cake tu, then her husband pun serahkan cake tu pada Mulan... Then my hubby terkial-kial la kenapa bagi cake pulak... Sedangkan sepatutnya nak bagi barang untuk project diorang... Hahaha... Then my hubby said "Mane barang kata nak bagi?".... My hubby dah tekono....

Mulan request Chocolate Moist dengan Strawberry... Jom tengok gambar...


Penuh Strawberry keliling... n luckily strawberry tu tak masam...


Nyum nyum...




Ni makanan yang kitorang makan malam tue...




Luv u sayang...



Muachsss



Makan time



Lalalalala...



Nganga.... Aaaaaa.... nyum nyum... siap feel lagi...


my adik ipar n Idan turut membantu... Supposed a few of my relatives pun datang tapi ada hal yang tak dapat dielakkan so kami berempat jela...





Thursday, April 19, 2012

Proton Preve Menawan

Assalamualaikum wbt....

Woww... Mulan baru jer tengok spect Proton Preve tadi... Kat laman web jelah, bukan Proton punya booth... hehe... Tapi sumpah la memang Mulan sangat suka... Alahai... Boleh termimpi-mimpi lah malam nie Mulan dibuatnya....

Banyak la spect yang canggih yang Proton buat kali ini... I would to say that is Proton doing a big changes to their product for this era.... Apa yang buat Mulan rasa syiok sangat bile spect yang ditawarkan was great and really help and convenience for us...

Depan Proton Preve macam Honda Civic dan belakang macam Proton FLX pun ada... But never mind his buttock la... Antara yang Mulan sempat tengok tadi :


  • Paddle di stereng - so tak payah susah-susah nak tekan clutch kat kaki dah
  • 4 airbag
  • Anti trap power - tak risau terkepit tangan dah
  • Auto Rain Sensor - detect air dan terus pasang wiper
  • Auto Light Sensor - detect waktu gelap, automatik ON lampu


dan banyak lagi la... Boleh lawat sini utuk keterangan lanjut yea... http://protonpreve.com


Warna putih jadi pilihan hati I... kecik la pulak... hurmm... google la sendiri yek... 

Monday, April 16, 2012

Mulan Bukak Kedai Baru!

Assalamualaikum wbt....

(Mode malu-malu kucing)... Sila bayangkan oke...

Mulan bukak kedai baru... Begitulah entry tittle di atas dan kesinambungan kisah nya yang Mulan nak ceritakan di sini... Pening tak bila ada banyak ayat tersirat? oke oke... Kanak-kanak, ibu-ibu dan bapak-bapak sekalian, Mulan nak bagitau ni Mulan mula menjual baju sekarang.... BAJU KURUNG MODEN....


Memandangkan sekarang ni dah nak puasa kan, tak sampai 3 bulan kot so, Mulan n 2 orang partnership decide nak jual Baju Kurung Moden dulu... Insyaallah incoming plan nak jual blouse dan pakaian wanita pulak...

Sila berkunjung ke sini yea... untuk lebih lanjut...

ni lah satunya tapi SOLD out dah...

Friday, April 13, 2012

Yea Yea Dapat Earning

Assalamualaikum wbt...

Tak sangka betul Mulan dapat earning from Nuffnang sebanyak nieh... Taklah banyak sangat sebagai blogger cipisan ni kan... tp agak banyak jugakla berbanding sen-sen sebelum ni... Alhamdulillah, terima kasih pada Allah sebab bagi jugak rezeki buat hamba dia ni yang agak "jakunz" bila dapat earning... Tq Allah...

Thursday, April 12, 2012

Mari Beli UPT Murah

Assalamualaikum wbt...

Mulan tercari-cari and wondering jugak kat mana nak beli UPT (unit Pregnancy Test) yang murah dan berbaloi dengan penggunaannya... So, dengan bantuan cik google, Mulan nak share lah webpage ngan u all... Meh click sini http://www.marihamil.com/2012/02/fertile-focus-saliva-ovulation-test.html

Kalau diikutkan memang mahal harga UPT kat farmasi-farmasi kat luar sana... Selalunya Mulan beli dalam RM10- average... Nak dikira dah beratus kot habis kat UPT nieh...

Yang ni promotion 10 stick RM24 exclude postage... (atau kengkawan ada tempat yang lagi murah ek?) Share la yea...

So harapnya dengan perkongsian dapatlah membantu kawan-kawan yang tengah TTC... Doakan yang terbaik untuk diri Mulan dan kalian juga...

"Allah Maha Besa"... Berdoalah dan mintalah dengan Allah, semoga Allah berikan kita petunjuk untuk menerima yang lebih baik dari apa yang kita ada sekarang"...











Monday, April 2, 2012

Senang Hamil?

Assalamualaikum wbt...

Mulan nak share sikit pasal satu produk yang dikatakan boleh hamil dengan mudah... Hanya sapu ajer dan krim ajaib ini akan menyelesaikan masalah kita... Jeng jeng jeng... Nama ubat ajaib tersebut ialah Lumiglow...

Mulan tengok dalam facebook dia tadi, korang boleh click sini.http://www.facebook.com/senanghamil
Senang ajer nak gunakannya... katanya... hanya sapu pada bahagian ari-ari... 2kali sehari... Meh tengok apa katanya:

Produk yang dirumuskan di Jerman ini mempunyai ciri-ciri anti-radang serta membantu dalam penyeimbangan hormon.

Hormon ialah sejenis bahan kimia yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin, ia berfungsi mengawal atur semua proses fisiologi tubuh seperti pertumbuhan dan pembiakan. Ketidakseimbangan hormon akan membawa risiko-risiko kesihatan yang tidak diingini.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon, antaranya ialah:-

pencemaran persekitaran, bahan-bahan kimia bertoksik, tekanan fizikal dan mental, obesiti dan berdiet yang keterlaluan, usia, keturunan dan sebagainya. Ketidakseimbangan hormon akan mengakibatkan ketidakseimbangan fungsi-fungsi dan sistem badan.

Bagi remaja wanita yang berumur 20-an, tumbesarannya akan terbantut, masalah jerawat, dada yang rata, senggugut dan masalah-masalah lain akan wujud.

> Wanita berumur 30-an ( peringkat hamil ): tidak cukup tidur, sembelit, sistem penghadaman yang kurang cekap.
> Wanita berumur 40-an ( peringkat pertengahan ): payudara mengendur, osteoporisis, otot-otot merasa sejuk, artritis dan bintik-bintik hitam.
> Wanita berumur 50 tahun dan ke atas ( peringkat menopos ): rambut gugur, gaut, berpeluh malam, emosi yang tidak stabil dan sebagainya.


 gitu... sapu jer...



p/s : Betul atau tak wallahualam...Bagi Mulan la, susah la percaya produk-produk gini... Taktau la kalau betul-betul berkesan... Pada yang sudah guna dan percaya keberkesanannya boleh la share dengan Mulan...

Shopping Shopping