Wednesday, September 29, 2010

Darling oh Darling...

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit, Nasreen Ngasri atau Darling dikenakan hukuman denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas tuduhan alternatif iaitu menggunakan dokumen palsu sebagai tulen.

Hakim Jagjit Singh menjatuhkan hukuman itu terhadap Darling, 27, dan memerintahkan jika pelakon itu gagal membayar denda, dia boleh dipenjara tiga bulan.

Darling didakwa atas pertuduhan alternatif menggunakan dokumen ‘Director’s Circular Resolution’ Syarikat Nasridz Sdn Bhd sebagai tulen sedangkan dia mengetahui ia palsu.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di RHB Bank Bhd, Level 1 Tower 2, RHB Centre, 426 Jalan Tun Razak Cheras di sini, pada 16 Ogos 2007.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Darling yang diwakili peguam bela A Kailesh dalam rayuannya memberitahu mahkamah anak guamnya sudah menyelesaikan kes itu di luar mahkamah dengan pengadu kes iaitu Mohamad Ridzuan Mat Hussin.
“Pengadu juga sudah menarik balik laporan bertarikh 18 Mac 2008 dan menandatangani perjanjian penyelesaian pada Mei lalu. Darling juga sudah menyerahkan cek bernilai RM150,000 iaitu wang milik Mohamad Ridzuan.

“Anak guam saya kini mengandung dua bulan. Dia mengalami tekanan perasaan sejak kes ini dibawa ke mahkamah dan tidak mempunyai sumber pendapatan kerana tidak lagi menerima tawaran berlakon,” katanya.
Kailesh turut memanggil Mohamad Ridzuan yang mengesahkan dia sudah mendapat semula wang RM150,000 yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank.

Selain itu, Kailesh memberitahu bahawa Darling membuka akaun baru itu selepas akaun asal syarikat di CIMB Bank dibekukan pengadu. Selain Kailesh, peguam Amir Feisal Ariff Mohamad Shukri mewakili Darling.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah KM Abu Bakar dan Anselm Charles Fernandez.

Sebelum ini, Darling mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan utama iaitu menggunakan dokumen cagaran berharga palsu iaitu ‘Director’s Circular Resolution Nasridz Pictures Sdn Bhd’ bertarikh 16 Ogos 2007 dan didakwa dilakukan di tempat dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan ini dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Darling yang membayar denda itu hadir ke mahkamah bersama suaminya, Nur Azlin Rahmat, 34, dan ibunya Habibah Jaafar.
Darling didakwa kali pertama di mahkamah pada 6 Februari lalu dan dibebaskan dengan jaminan RM10,000.

Mengikut fakta kes, polis membuat siasatan selepas Mohamad Ridzuan membuat aduan bahawa Darling menggunakan dokumen mengandungi tandatangan pengadu selaku pengarah bagi membuka akaun syarikat di bank itu.

Selain Darling, dokumen itu mengandungi nama Mohd Khairul Amin A Ramli sebagai setiausaha syarikat.

3 comments:

  1. Semua artis biasanya banyak berhadapan bala kerana sumber rezekinya yang tak berapa comel....?

    ReplyDelete
  2. Salam,maaf mengganggu,saya masih baru lagi kat blog sebegini. Jadi,sudi x awak follow saya kat blog saya, media-seeker.com ,saya follow awak...nanti senanglah saya tgk blog awak....ok?

    Terima Kasih.

    ReplyDelete

Jangan lupa komen taw... wink wink
From Mulan Maseirra

Shopping Shopping