Tuesday, January 3, 2012

Batu Karang Menyerang Lagi

Assalamualaikum wbt...

31 Dec semua orang dok prepare nak sambut Tahun baru tapi laki den sakit pulak... Start dari pagi sampai ke petang dalam pukul 2 menahan sakit... Penyakit lama dia menyerang semula... Kesian sangat tengok dia... Siapa yang pernah kena batu karang tahu cemaner azabnya...

Petang tu jugak pukul 4 Mulan drive ke Hospital Serdang untuk check up.. Batu karang ni menyerang sekejap sekejap, tak berpanjang... Tapi sekali kena serang, memang rasa nak mengamuk satu rumah la dibuatnya... Atually batu karang ni terjadi selepas kami makan seafood kat Kuala Perlis 2 tahun lepas...

Boleh tahan lama jugak kami menunggu di Hospital Serdang... Biasalah hospital kerajaan kan... Jom tengok perjalanan check up encik asben...


 Firstly dapat refer letter from Klinik Zuraidah... Disebabkan tak solve jugak n rasa sakit lagi so kami ke Hospital Serdang, hospital paling hampir dengan rumah....


 Pergi ke Emergnecy & Trauma section... Dapat nombor, walaupun beza 1 ajer tapi boleh tahan la nak menunggu nyer tu... 


Bayar singgit ar sebab tak bawak surat rawatan dari majikan... Hrmis rosak katanya... Bayar ajerlah kan... Bukan mahal sangat pun...

dah jumpa doktor, pergi ke section ni pulak untuk X-Ray..

Result : tak nampak pun batu dalam ginjal tu sebab dalam sangat kata doktor... Cuma dalam air kencing ada darah... Dari keputusan tu doktor rumuskan memang batu karang... Possibility nya tinggi.. So, sekarang tengah tunggu buat appointment dengan doktor pakar Eurology untuk rawatn selanjutnya... Doakan suami saya...

Nak tau tentang penyakit batu karang... Kat sini Mulan google sikit...

Apa dia Batu karang dalam Ginjal? 

Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar.

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.



Apakah tanda-tandanya ? 

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat \akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.

Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera. 








4 comments:

  1. arap nnti baik2 saja eh..
    cepat2 smbuh..

    ReplyDelete
  2. shnz : thanks... harap2 cepat buang batu karang tue...

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sembuh....dulu arwah atuk saya pernah kene...dia minum air biji kani, pas tu batu karang tu kua...boleh try ler....

    ReplyDelete
  4. atia : thanks... boleh la nt cuba... mana tau berkesan...

    ReplyDelete

Jangan lupa komen taw... wink wink
From Mulan Maseirra

Shopping Shopping