JOM REBUT PELUANG INI

Click To Know Better

SILA BUKA APPLICATION GOOGLE CHROME UNTUK SETTING YANG SEMPURNA. TQ

Quite Interesting

Followers

Saturday, March 2, 2013

Chicken Chop Black Pepper Sauce Yang Simple

Assalamualaikum wbt... salam Ahad...

Dah masak ke u oll? Mulan hari ni cuma masak Chicken Chop Black Pepper Sauce... Semalam beli bahan untuk masak CC nieh... So hari ini try la.. Tengok sedap ke tak... Jom tengok cemane pembikinannya...

Bahan:
3 bahagian peha/ dada ayam (650gm+-/potongan besar) | buang tulang *Mulan beli yang ayam khas untuk CC..
3 ulas bawang putih | kisar halus
6 inci halia | kisar halus
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar saus manis ABC
1 sudu kecil serbul lada sulah/lada putih
Garam

Salutan:
1 biji telur | kacau
2 sudu besar tepung gandum
100gm bread crumbs

Cara:
1.Bersihkan ayam dan gaulkan ayam bersama bahan kisar, sos tiram, saus manis, serbuk lada sulah dan garam.Masukkan dalam tupperware dan perapkan selama 3 jam dalam peti ais.
2.Setelah cukup masa memerap, gaulkan pula dengan tepung gandum.
3.Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau.
4.Ambil ayam dan celupkan dalam telur kemudian salut dengan bread crumbs.Buat satu persatu.
5.Goreng dengan api sederhana besar agar ayam masak sekata.


Sos lada hitam
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram - secukupnya
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili - secukupnya
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam
sedikit gula - jika suka


Resepi Kentang Putar ( Mashed Potato) *Mulan tak buat pun, tapi takpe lah untuk next reference
6-8 biji Kentang ( dikopek kulit, di potong dan di rebus hingga empuk)
1 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair
sedikit daun bawang (di potong2)
sedikit lada sulah dan garam

Cara membuatnnya
1. Satukan kentang rebus, butter, garam dan lada sulah kemudian lecek hingga hancur.
2. Masukkan susu cair. Kacau hingga rata. Kalau rasa- rasa terlalu pekat boleh ditambah sedikit lagi susu atau air masak.putar dan gaul bagi rata..


Coleslaw 
Bahan-Bahan;-
Kobis dan lobak merah dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris dan dicincang kecil-kecil. kuantiti ikut suka)
sudu Mayonis - secukupnya
sudu Fresh milk - secukupnya *Mulan tak letak sebab dah beli mayonaise khas untuk Coleslaw
Sedikit gula garam - secukupnya



tadaaa... time to ngap..


 rupa bread crumbs..



 ayam yang dah diperap sebentar... tak sabar nak ngap dah... so tak payah la perap lama-lama... demi kebaikan perut ku ini....



 murah je u oll bread crumbs nie... RM6 = 1kg... 



 Black Pepper Sauce dah ready... 




Coleslaw... yummeh....


p/s : jemput makan semua... sebenarnya u oll tak payah tiru satu-satu resipi... mana yang ada kat rumah tu boleh sebat ajer... Mulan pun x ikut satu persatu... Asal ada jer... Yang penting sauce kena sedap...  





No comments:

Post a Comment

Jangan lupa komen taw... wink wink
From Mulan Maseirra

Shopping Shopping

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...