Sunday, December 4, 2011

REVIEW "Ombak Rindu" Sempat Bergambar Dengan Zarina Zainudin

Assalamualaiku wbt...

Last day, Mulan g tengok filem Melayu yang sangat hangat diperkatakan sekarang... Memang sangat teruja nak tengok sebelum nie pun n akhirnya tercapai jugak impian nak tonton... Mulan bersama 10 orang BFF + saudara layan Ombak Rindu kat TGV Sunway Pyramid... On the way sebelum masuk panggung kami terserempak dengan Zarina Zainudin.. Apa lagi, ambik peluang la tangakap gambar sekali kan...

One of our BFF nie memang "tak malu" sket dan dengan selambanya dia panggil ZZ nie untuk bergambar...  Jom layan gambar....

tukang snap kena Parkinson  

oklah, nak REVIEW sket pasal cerita Ombak Rindu nieh...

Secara keseluruhannya Mulan rasa ok lah... Mulan bagi 3.5/5... Nak kata super best tak sangat kot... Sebab tak banyak scene Harris pukul Izzah... Dalam novel memang teruk Izzah kena belasah kan... Means asyik kena jerkah ajer... Dalam filem ni kurang sket... Penderitaan Izzah dalam novel lagi hebat kot... So, tak terasa touching sangat...

Mulanya, Mulan taknak ngangis taw bila tengok citer nieh... Tapi tak leh tahan bila part Harris tolak Izzah dan tinggalkan Izzah ... Izzah bawak diri ke kampung... Time nie touching sket... Keh keh, dahla Mulan duduk sebelah budak lelaki yang agak teenage kot, malunya nak lap air mata nieh... Tapi terpaksa gak la lap sebab dah mencurah-curah jatuh ke bumi... Huhu...

Ending dia, Harris n Izzah bahagia dengan kehidupan mereka... N tengah tunggu kehadiran cahaya mata dalam perut Izzah...

Lastly, I LOVE IZZAH... Watak Izzah dalam novel memang sangat menyentuh perasaan ini hinggakan sangat teruja nak tonton filem dia... Watak Maya Karin n Aaron Aziz memang menjadi...

2 comments:

  1. kte nangis masa izzah kejar haris smp jatuh pastu tumpah darah tu..huhu

    ReplyDelete
  2. samelah ngan mulan... masa izzah lari kejar harris tu yg paling sedih...

    ReplyDelete

Jangan lupa komen taw... wink wink
From Mulan Maseirra

Shopping Shopping