JOM REBUT PELUANG INI

Click To Know Better

SILA BUKA APPLICATION GOOGLE CHROME UNTUK SETTING YANG SEMPURNA. TQ

Quite Interesting

Followers

Wednesday, December 28, 2011

Bayar RM15 untuk 'Party Durian'

Assalamualaikum wbt...

Wah, dengar macam best ajer tajuk di atas... Ini memang betul kejadian bukan COBAAN yea... Mulan selak Harian Metro dan jumpa perkara yang boleh dishare bersama nieh...

FAMA mempromosikan buah-buahan tempatan dengan mengadakan "Party Durian" kepada semua yang berminat...

Menurut Pengerusi Fama Datuk Badruddin Amiruldin berkata ini bertujuan mempromosi, menarik minat dan menggalakkan rakyat Malaysia makan buah-buahan tempatan.

“Dengan minimum 50 orang, ‘durian party’ ini boleh diadakan di rumah.

“Contohnya di hujung minggu satu keluarga nak panggil ahli keluarga dan saudara-mara untuk adakan perjumpaan dan kita (Fama) akan sampai ke rumah mereka, kita akan pasang khemah, hantar pegawai kami untuk hidangkan buah-buah ini dengan harga berpatutan,” katanya kepada pemberita di majlis Pesta Jom Makan Durian 2011 di pekarangan Muzium Telekom di sini, semalam.

Beliau berkata harga yang dikenakan ialah RM15 bagi dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak bagi durian D24.

Okey, nieh Mulan dah carikan no phone FAMA untuk dihubungi... Boleh tanya FAMA lebih lanjut pasal 'Party Durian' ini...

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
Bangunan FAMA Point,
Lot 17304 Jalan Persiaran 1,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-61262020
Faks : 03-61383650 / 03-61385200
E-mel : fama@fama.gov.my





No comments:

Post a Comment

Jangan lupa komen taw... wink wink
From Mulan Maseirra

Shopping Shopping

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...