Monday, November 14, 2011

Semakan Penyata Gaji di Jabatan Akauntan Negara ANM

Assalamualaikum wbt...

Untuk kakitangan kerajaan, sekarang kita tak lagi diberikan payslip setiap bulan... Payslip yang warna hijau itu dah jadi kenangan buat kita... Di sini, Mulan tunjukkan cara untuk melayari laman web akauntan negara untuk kita download payslip gaji setiap bulan.... Payslip ini penting untuk salinan kita... Mana tau dalam kecemasan nak buat loan atau untuk rujukan kita sendiri...




Mendaftar terlebih dahulu

  • Sebelum menggunakan aplikasi yang disediakan seharusya anda mempunyai no slip gaji. Bolehlah bertanya kepada kerani masing-masing ataupun rujuk slip gaji sebelum ini dibahagian atas sekali.
  • Bagi yang belum mendaftar perlu masuk ke http://www.anm.gov.my .
  • Cuba lihat sebelah kiri atas web tu ada tertulis e-penyata gaji & laporan ( klik Daftar masuk ).
  • Sila klik “ pertama kali mendaftar “
  • Masukkan maklumat yang diminta
  • Selesai

Login untuk semakan selepas mendaftar

  • Sekiranya selesai mendaftar ataupun yang telahpun mendaftar bolehlah terus ke cara yang disediakan ini.
  • Di halaman login sila masukkan no kad pengenalan dan kata laluan
  • Klik “ Daftar masuk “
  • Di paparan profil saya sila klik penyata gaji “ sendiri “
  • Pilih tahun dan bulan yang dikehendaki dan klik “ cari “
  • Setelah itu akan terpapar link untuk slip gaji masing-masing.
  • Klik sahaja link tersebut, ia akan muat turun/download ke komputer masing-masing.
  • Setelah selesai download masing-masing boleh bukanya dengan klik file pdf tersebut.
  • Sebelum buka pastikan komputer masing-masing mempunyai perisian adobe reader
  • Selesai, semoga berjaya.


























No comments:

Post a Comment

Jangan lupa komen taw... wink wink
From Mulan Maseirra

Shopping Shopping