Wednesday, November 23, 2011

Counting Days for Ombak Rindu!

Assalamualaikum wbt...

Mulan masih ingat zaman kegemilangan Ombak Rindu yang suatu ketika dahulu yang amat dikenali oleh anak-anak muda... Boleh potong jari kot kalau ada yang tak tahu... Ker buat-buat tak tahu... Mulan siap beli lagi Novel Ombak Rindu nieh disebabkan terlalu obses dengan cerita kawan-kawan yang "passion kot"...

Semalam tengok cassette kat Astro duratin 1/2 jam... Tapi macam lari sikitla dari cerita asal/ cerita novel... Seingat Mulan Harris ni simpan Izzah kat condo... Betul tak kengkawan? huhu...

Tapi apa yang paling Mulan excited sekarang ialah nak tengok cerita Ombak Rindu kat wayang... 1 Disember 2011 ni babe... Jom penuhkan pangggung sambil support filem Orang Melayu...

Ni Mulan nak kasik sikit sinopsis bagi sesiapa yang belum pernah baca novel ini:

Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


Jom tengok siapa pelakon yang akan membintangi filem Ombak Rindu...

yang ni  Harris tengah ehem ehem ngan Izzah


Romantik Harris and Izzah


Filem on 1st Dis 2011


Ni lah novel nya... It`s really remind me to Izzah - kindness n politeness..



3 comments:

  1. tak sabar gak nak tengok....harap2 best macam dalam novel tu....

    ReplyDelete
  2. jom..jom..jom... atia tengok ngan auntie nak? ;-)

    ReplyDelete
  3. betol2..xsabar nak tengok..
    b4 this baca novel je..

    ReplyDelete

Jangan lupa komen taw... wink wink
From Mulan Maseirra

Shopping Shopping