Monday, November 28, 2011

Sinopsis Drama Bersiri Tentang Dhia

Assalamualaikum wbt...

Sekarang semua dok sibuk melayan drama nie kot "tentang Dhia".... Termasuklah Mulan sekali di dalam golongan tersebut... Cemaner Mulan leh terjebak pun dah tak ingat dah.... Tapi sekali dah terjebak memang tak boleh keluar dah dari kancah keghairahan menonton drama tersebut... Gitu... Memang tak miss arr... Akan ku tepuk-tepuk cushion empuk lalu menghempaskan kepala keras Mulan ini ke atasnya... Dengan mata buntang Mulan tonton tanpa berkelip sedikit pun... So, korang boleh agakla cemane penangan drama Tentang Dhia yang memberi impak yang kebaboom terhadap diri Mulan... hehe




Jom tengok sinopsis cerita ini....

Bermula kisah sedih cinta tiga segi antara Dhia lakonan Nora Danish dan dua orang lelaki yang sangat dicintainya, Raffi (lakonan Irfan Roslan) dan Azmi (lakonan Ako Mustapha). Dhia dicemburui oleh Melly (Izreen Azminda) kerana Dhia menjadi rebutan dua lelaki tersebut.

Dhia seorang gadis kampung yang disukai ramai kerana perwatakan yang ayu, lembut dan cantik. Dhia sudah lama jatuh hati kepada Azmi lakonan Ako seorang anak kepada Imam di kampung dan bekerja sebagai kerani biasa saja. Manakala Raffi seorang pemuda yang berasal dari keluarga kaya dan berkelulusan dari luar negara menjadi teman rapat Dhia.

Dhia bakal melangsungkan pertunangan dengan Azmi, Raffi sedih , namun tetap redha dengan keputusan Dhia walaupun dia masih mencintai Dhia.

Kisah sedih Dhia bermula apabila Melly cuba memerangkap Raffi dengan memaksa Raffi menidurinya dalam keadaan mabuk. Melly mengandung tapi Raffi tidak mahu bertanggugjawab. Melly cuba pulak memerangkap Azmi dan akhirnya mereka ditangkap khalwat.

Dhia terkejut dan kecewa amat sangat apabila mengetahui tentang hal itu, lebih lebih lagi majlis pertunangan sudah hampir. Dhia yang jujur dan baik hati sanggup memaafkan Azmi dan mereka bertunang juga akhirnya. Melly tak mengaku kalah dia menyerang Azmi semasa majlis pertunangan dan mahu Azmi bertanggungjawab. Melly berjaya disatukan dengan Azmi tanpa kerelaan Dhia.

Dalam keadaan masih sedih mengenangkan nasibnya ,Dhia didatangi pula Zikir (lakonan Ady Putra) dalam hidupnya. Zikir seorang arkitek dari Kuala Lumpur.

Perkenalan Zikir dengan Dhia bermula apabila Zikir berkunjung ke kampung Dhia kerana Zikir menziarahi pengebumian kawan baiknya. Di situlah Zikir jatuh cinta pandang pertama dengan Dhia. Zikir sebenarnya digilai oleh Rose (lakonan Tasha Shila).

Selepas Dhia kehilangan Azmi dapatkah Zikir merebut hati dan cinta Dhia, adakah cinta Dhia dan Zikir akan terhalang lagi dengan kehadiran Rose pulak? Ok sama sama nantikan drama Akasia Tentang Dhia , 26 episod di TV3 jam 7 malam.


comel sungguh Izreen dan Nora Danish bertudung,,,,


Lagu Opening Tentang Dhia









1 comment:

Jangan lupa komen taw... wink wink
From Mulan Maseirra

Shopping Shopping