JOM REBUT PELUANG INI

Click To Know Better

SILA BUKA APPLICATION GOOGLE CHROME UNTUK SETTING YANG SEMPURNA. TQ

Quite Interesting

Followers

Wednesday, August 10, 2011

Cencaru Sumbat

Assalamualaikum wbt...


Selalunya kita akan excited bila tiba Bulan Ramadhan kan... Yelah, sebab time nilah mak-mak kita akan masak masakan yang sedap-sedap buat kita... Macam Mulan pun sama, since dah kahwin n duduk jauh dengan emak ini maka selalulah Mulan termimpi-mimpi dengan masakan mak... Hurm,,, sob sob... Rindu mak... 


Selalunya mak Mulan akan tanya "hampa nak makan apa petang ini?"....


Nanti Mulan akan cakap "Akak ingat nak makan karipap kentang, nasi ayam, nasi tomato, bla.. bla..."


Sekarang ni bila dah bersuami, Mulan pulak sibuk tanya en Asben "Abg, nak berbuka dengan apa jap g?"

Asben akan cakap "Ikut lah"... Very shortform gilesss.... Tak gaduh n tak payah dah... Memang senang sangat nak jaga en asben... Dia tak memilih... Belasah ajer apa yang ada... Cuma ada lah certain makanan yang dia tak usik... Memang selera kampung asben I nieh... Japanese food cam Sushi ke, Teppayaki ke memang dia tak boleh blah... Yang tu Mulan belah sorang-sorang...


Terfikir petang ni nak masak apa? Mulan ingat nak masak ikan cencaru sumbat... Yummy... Nah gambar Mulan bagi kat kau... 


Meh tengok macam mana nak buat Cencaru Sumbat.



Bahan-bahannya
2 ekor ikan sumbat ( dibuang isi perut dan insangnya dan di belah bhgn belakang)
4-6 biji cili padi
2 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 inci halia
1/2 inci kunyit
1 batang serai
sedikit asam jawa
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
sedikit perasa
cara membuatnya.
1. Semua bahan disatukan dan ditumbuk lumat. Gaulkan dengan asam jawa yang telah di asingkan bijinya.
2. Kemudian sumbatlah bahan tadi ke dalam ikan ( bahagian belakang yang telah di belah dan bahagian perutnya.
3. Bakarlah di atas api sederhana atau boleh juga di masukkan di dalan oven. Mulan goreng ajer.. 

2 comments:

  1. tension tgk entry nie..hahhahahahah

    ReplyDelete
  2. aduyaiiii sedapnya,,lama dah tak buat ni,,,sy lak suka wat sambal tumis,,pastu sumbat belkg tu dan goreng garing,,perggghh memg sedap,,cuma minyk die lah rugi tkleh pakai bnyk kali,,,huhu,,neway nice blog,,follow here!

    ReplyDelete

Jangan lupa komen taw... wink wink
From Mulan Maseirra

Shopping Shopping

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...