Mahkota daku sudah hilang... Siapa yang ambik / curi?
Dah lama daku menjaga mahkota ku ini... Akhirnya menjadi hak milik orang lain... Siapa tak sedih...
Mau meraung macam cipan kot bila mahkota yang boleh dikatakan barang paling sayang di abad ini... Malah barang yang dikatakan paling akrab dengan Mulan... Mana pernah berenggang babe...Tido sesame, bawak g jejalan sesame... Bilik air jer tak pernah bawak masuk... Mesti confuse nieh....
okey... dah... dah... mulakan bercerita dengan ayat sihat dan penuh ikhlas...
Rasa macam nak pitam+pengsan bila dapat tahu barang kesayangan Mulan dah hilang... Lately I've been talking about it if u realise.. Apa??? the answer is my lovely phone...
Handphone buruk daku iaitu Nokia Express Music 5800... Gambar seperti di attach di bawah... i'll be missing you darling...
how it is happened?? sedih ar nak cerita...
cerita jugakla.. sebenarnya we all (hubby and me ofkos, auntie and uncle include our cousin).. we went to my brother in law at bandar tasik selatan.. sebelum makan tengahari, kitorang beramai-ramai terjun swimming pool yang ada kat apartment adik ipar tue, Mulan pass handphone kesayangan pada lovely suami... Dengan harapan "tolong jaga jap, baby nak g salin baju kat atas"... Macam tu lah kata-kata terakhir pada lovely suami sebelum handphone ku hilang...
baby is my surname only for my husband. jangan jealous darling-darling...
Selepas salin baju, dengan excited dan terujanya Mulan terjun ke dalam pool... Tanpa ada rasa sedikit pun ingat pada handphone yang telah diserahkan kepada lovely suami...
Dah masuk dalam air, sambil berenang-berenang dengan lemah longlai, sambil main lawan-lawan selam bersama sepupu, adik ipar, bapa sedara dan lovely suami, buat floating dengan berlagak berkata "korang tak pandai ke buat floating?"... keh keh... main bola "pool" iaitu Mulan sebagai goalkeeper yang tak reti jaga gawang sendiri... juga sambil lawan-lawan berenang saper paling jauh... banyaklah lagi aktiviti yang tak dapat diingat semua termasukla kentut dalam air sambil melihat kepulan buih yang timbul... tak senonoh gitu...
Bila dah penat main air selama hampir sejam, kitorang naik atas tanpa sekelumit rasa pun teringat pada handphone.... Lepak rumah adik ipar sampai petang... Bila time balik tiba, mula lah terkocoh-kocoh cari handphone sampai lebam dalam rumah... Memang takde lah ko...
Mulan tanya lovely suami "abang letak mana handphone?"... Dia cakap letak kat tempat duduk kat tempat tadi... Lovely suami dah misplace letak handphone Mulan... Siapa salah sekarang??? Daku atau lovely suami???
Kesimpulannya, "abg,jom beli handphone baru".... Mulan rasa handphone lama tu dah majok ngan Mulan... Mulan asyik sebut nak beli iphone ajer kat lovely suami... But reality is I don`t want it happened like this... Macam tragis pulak kehilangan kau wahai handphone... Kalau rosak, bolehlah dimaafkan... Ini misplace... Kecuaian yang tidak boleh dimaafkan... !!!! sob sob... sambil lap air hingus yang hampir jatuh ke lantai...
sebijik... games bounds same... huhu... goodbye darling...
main bola... Mulan di hujung sinun... jaga gawang gol konon...
tengah nak lawan selam paling lama...
si penjaga gol baju pink tengah ready...
nota kaki : lihatlah betapa gembira haku sampai handphone sendiri terlupa... siapa yang ambik tu memang rezeki dia lah... nak buat cemana... suratan takdir... sob sob... sambil sedut hingus...
No comments:
Post a Comment
Jangan lupa komen taw... wink wink
From Mulan Maseirra