Assalamualaikum wbt...
Mulan nak share ngan u all khasiat Day Napping ataupun dalam bahasa Malay nya tidur siang...
Khasiat Day Napping
Tidur sebentar pada waktu tengahari (sekadar 15-30 minit) dipercayai dapat mengembalikan tenaga dan kesegaran pada waktu petang. Memang diakui, apabila bangun sahaja daripada day napping, badan mungkin rasa agak pening dan kaku (blur),tapi sejurus selepas itu, dalam 5-20 minit kemudian, badan kita akan mengalami perubahan yang mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan juga fokus.
Untuk pengetahuan semua, badan kita mempunyai pusingan biologi yang sememangnya telah ditetapkan oleh Allah. Ia berkait rapat dengan rembesan horman dalam tubuh manusia. Apabila tibanya waktu malam, paras hormon melatonin akan meningkat dan ini menyebabkan kita berasa mengantuk. Pada waktu pagi pula, hormon kortisol pula yang memuncak. Oleh sebab itu, kita menjadi lebih bertenaga dan produktif pada waktu pagi.
Namun, pada waktu tengahari, hormon kortisol ini menurun ke paras yang terendah mengakibatkan badan kita rasa lemah, tidak bermaya dan mengantuk. Oleh itu, kita perlu tidur sekejap supaya badan kembali aktif dan dapat bekerja seperti biasa.
Ikut Sunnah
Rasulullah pernah bersabda,maksudnya, “Lakukanlah qailulah (tidur siang hari) kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan qailulah.” (Riwayat al-Tabarani).
Dalam kitab Misykat al-Masabih juga ada menyebut, “Tidur yang sedikit pada waktu siang hari(qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SAW ada melakukannya.”
Ketahuilah kita bahawa Rasulullah adalah sebaik-baik ikutan. Bahkan amalan day napping yang banyak manfaatnya ini juga sudah lama diajar oleh baginda. Subhanallah…
nota kaki : Haku kalo tidor takde nap nap dah nyer... tido mati teruih... hekhek...
No comments:
Post a Comment
Jangan lupa komen taw... wink wink
From Mulan Maseirra