Monday, September 26, 2011

Sistem Pertukaran Guru Online - eg Tukar

Assalamualaikum wbt...




Sistem Pertukaran Guru Secara Online



Click banner di atas... Pastikan guna Internet Explorer...


Berita baik untuk guru-guru. Permohonan pertukaran guru antara negeri boleh dilakukan menggunakan Sistem Pertukaran Guru - eGTukar dengan klik gambar di atas.
 
Bila Mulan bekerja di sekolah ni biasalah kan mesti terlibat dengan Sistem Online yang melibatkan guru-guru kan... Kekadang naik pening bila banyak sangat sistem online yang disediakan oleh kerajaan nie... Yang jadi mangsanya ialah guru-guru dan kakitangan lah... e-g tukar ni boleh dikatakan okey lah lagi berbanding dengan sistem online lain.. Kadang-kadang kasihan tengok cikgu-cikgu ni terkejar-kejar nak siapkan nya... Dah tu ada pulak tarikh tutupnya kan... Ada tu server nya pulak alahai mak siput... Lambat ooo...
So, yang mana ada komputer/ laptop kat rumah kekadang adalah kesempatan untuk buat di rumah... Kalau di pedalam macam mana yea?
 
Memang tak disangkal kerajaan nak rakyatnya celik IT... Kalau di bandar memang Mulan sokonglah tapi macam mana dengan penduduk luar bandar... Kadang tu komputer ada tapi talian internet tiada di sediakan... Macam mana guru-guru nak siapkan? Itu berbalik pada inisiatif guru lah pulak untuk cari alternatif lain untuk mengakses talian internet tersebut...
 
So,Mulan tak menyokong sesiapa pun, kerajaan atau guru-guru... Cuma bersama-samalah kita berusaha untuk memperbaiki sistem teknologi yang berkesan untuk kegunaan semua...

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa komen taw... wink wink
From Mulan Maseirra

Shopping Shopping